BAB 1
Seperti
selalu, jam loceng akan berbunyi tepat pada pukul 6.30 pagi, dan tepat saja jam
tersebut berbunyi, seorang lelaki yang bernama Adam akan serta-merta membuka
matanya lalu bangun dari tidur (yang dari tadi dihabiskan selama 8jam). Seperti
selalu juga, Adam akan bangun tidur, gosok gigi, mandi, bersiap sedia untuk ke
kerja lalu bersarapan. Beginilah kehidupan seorang insan yang bernama Adam yang
tinggal di tengah-tengah Bandar Aerial.
Kehidupan Adam boleh dikatakan berulang-ulang
untuk selama-lamanya seperti wayang gambar cerita dulu-dulu...
Selepas itu,
kehidupannya akan disambung semula dimana dia akan pergi ke kerja, buat kerja,
siapkan kerja, habis kerja, balik dari kerja, makan malam lalu tidur! Sampailah
ke besok pagi dimana dia akan melakukan perkara yang sama over and over
again...Kehidupannya tak ubah seperti sebuah robot yang bermukakan
manusia...dan oh ya! Tidak ketinggalan juga, Adam mengamalkan gaya hidup ‘NO
WORK NO LIFE! Cuma ia
hanya dari segi pemikiran si penulis dan bukan dari Adam sendiri.
Kita lupakan tentang bab gaya hidupnya, dan
fokus kembali ke kisah Adam. Bayangkan - Seorang lelaki yang kacak,
berpelajaran tinggi, berkerjaya, mempunyai sebuah rumah yang besar tetapi
kekurangan sesuatu (sebenarnya dua) iaitu, kehidupan yang normal dan teman! Ya!
Adam kekurangan dua benda tu dalam senarai kehidupannya dan tidak lupa juga,
Adam hanya ada ‘seciput’ saja kawan!
Disebabkan kehidupan Adam yang tak
‘beberapa’ normal itulah yang telah berjaya membuatkan kawan-kawannya memikirkan
tentang nasib rakannya yang kasihan itu, lalu mereka telah mencadangkan Adam
supaya menyewakan sebahagian daripada rumahnya itu kepada seseorang.
“Apa hal pulak
aku nak kena sewakan tempat ni?” Tanya Adam yang jelas tak paham akan niat baik
kawannya itu.
“Sebab, rumah
kau tu dahlah besar, lagipun kau duduk sorang-sorang, mana taknya hidup kau
bosan! At least bila kau dah ada orang yang nak menyewa rumah kau tu, ada
jugaklah member nak ajak berbual” ujar salah sorang kawan Adam yang bernama
Louis yang boleh dikatakan ada hidup jugaklah diantara kawan-kawannya yang
lain.
Adam tidak
kata apa-apa, hanya sekadar diam dan berfikirkan tentang apa yang baru
dikatakan oleh Louis sebentar tadi mungkin ada juga kebenarannya.
Setelah
memikirkan kata-kata Louis, Adam telah membuat keputusan untuk menyewakan
sebahagian rumahnya itu kepada seseorang. Lalu dia menghubungi pejabatnya dan memaklumkan kepada
pembantunya yang dia tidak dapat hadir ke pejabat untuk beberapa hari kerana
ingin menguruskan hal rumahnya itu. Setelah selesai hai yang itu, Adam telah
menhubungi pula kawan-kawannya untuk meminta bantuan mereka dalam bab-bab
mengemas rumah dan sewaktu dengannya.
Lalu bermulalah episod dimana Adam telah
menjalankan operasi yang mereka telah rancang sebelum ini. Setelah menguruskan
hal dalaman, kini tiba masanya untuk menjalankan operasi yang dinamakan
‘temuduga’ dimana (bagi pendapat Adam,
temuduga yang paling pelik sekali) para penyewa yang berminat bukan
‘calang-calang’ orang. Maksudnya sini ialah para penyewa yang nak sewa rumah
Adam tu terdiri daripada orang yang pelik-pelik belaka. Bermula dengan temuduga dengan seorang bekas
penagih dadah yang pada pendapat Adam masih lagi belum sembuh kerana setiap
kali Adam bertanyakan dia sesuatu, lelaki itu pasti menjawab “Lu ada supply
tak?” over and over again. Temuduga yang kedua juga masih lagi pelik apabila
penyewa itu mendakwa yang dia boleh baca masa depan seseorang dan wanita yang bernama Alexa itu berkata
yang Adam akan mati muda apabila umurnya mencecah 25 tahun, jelas sekali di
mata Adam dan kawan-kawannya yang Alexa ini
sedang berbohong kerana Adam sudahpun berumur 28 tahun ...
Setelah beberapa temuduga yang sememangnya
pelik-pelik belaka.. Adam dan kawannya yang lain mengambil keputusan untuk
berehat dahulu dan sambung semula pada keesokan harinya, tetapi hajat mereka
yang suci lagi murni itu terbatal apabila pintu rumah Adam diketuk
bertalu-talu. Sebaik saja pintu bernombor 501 itu dibuka, tercengat dihadapan
pintu, seorang gadis yang berumur dalam pertengahan 20-an. Adam hampir tergaman
apabila gadis itu mengukirkan senyuman dihadapannya, menyerlahkan lagi auranya
yang comel itu.
“Ini ke rumah
yang nak disewa tu?” Tanya gadis tersebut yang mempunyai suara yang seperti
kebudak-budakan itu. Matanya yang bundar itu terbuka besar menyerlahkan lagi
warna matanya yang berwarna kelabu asap, membuatkan Adam terpukau seketika.
Adam tidak
berkata apa-apa, hanya sekadar mengangguk.
“Erm...is it
still open?”
Sekali lagi
Adam tidak menjawab, tak tahulah apa kena dengan Adam kali ni yang membuatkan
dia terus kehilangan suaranya untuk berkata-kata.
Melihatkan
keadaan Adam yang tak ubah seperti orang bisu, gadis itu mengangkat keningnya,
pelik dengan sikap lelaki yang berada dihadapannya sekarang.
“Erm...I’m
interested in renting the place...Kosong lagi tak?” Tanya gadis itu sekali
lagi.
“Rumah ni
kosong lagi!” Terjah Louis yang tiba-tiba muncul di belakang Adam membuatkan
dia sedikit terkejut.
Gadis itu mengukirkan sebuah senyuman yang
lebar di wajahnya.
“Masuklah dulu.”Jemput Louis dengan ramah.
Lalu gadis itu
pun masuklah, sambil di iringi oleh Adam yang berada dibelakangnya.
“Nama saya Milla.” Beritahu gadis tersebut.
“Saya Louis.”
Beritahu Louis yang sudah menunjukkan kegatalannya itu.
“Awak tuan rumah
ke?” Tanya Milla.
“Eh tak lah!
Saya kawan kepada tuan rumah dan tuan rumah ni kat belakang awak tu, namanya
Adam” beritahu Louis sambil menunjukkan Adam kepada Milla.
Milla
tersenyum disaat dia menoleh ke arah Adam, membuatkan Adam tergaman lalu
tersenyum malu-malu...
“Awak dari
mana?” Tanya Louis.
Milla terdiam sebentar, mukanya yang tadi
berseri dengan senyumannya itu, berubah bagaikan terlihat pakwenya sedang
mencuranginya.
“Erm...dari
luar bandar, tak guna pun saya cakap, korang semua gerenti tak pernah dengar.” Jawab
Milla yang kedengaran seperti baru sahaja
mereka cipta jawapannya itu.
Adam dan
kawannya yang lain menggangkat kening apabila terdengar Milla berkata sebegitu.
“So, boleh tak
kalau saya sewa rumah ni?” Tanya Milla terus.
“Eh kejap-kejap...Awak
nak terus sewa rumah ni ke? Cepatnya..” Tanya Adam dengan tiba-tiba.
“Nah I don’t
mind, yang penting sekarang saya ada tempat yang boleh saya tinggal. Truth is,
I’m kinda desperate right now.” Ujar Milla sambil tersenyum manis.
Memang terdesak pun – ujar hati Adam
apabila dia perhatikan Milla dari atas sehinggalah ke bawah. Pakainnya tak ubah
ubah seperti gaya seseorang yang terpaksa memakai baju dengan keadaan yang
terburu-buru ketika banggunan rumahnya hampir terbakar dan Milla baru sahaja
keluar dari bilik air.Okaylah...senang cerita pakainnya memang selekeh!Dengan
seluar jeansnya yang lusuh lagi panjang tak di lipat bawahnya, dikenakan pula
dengan kemeja berlengan panjang yang butangnya yang kejap ada, kejap tak ada,di
tambah pula dengan scarf merah jambu di lehernya yang merupakan satu-satunya
bendanya yang boleh membuatkan orang ramai tidak perasan akan pakainnya yang
serabai itu, lagi-lagi kalau ada dikalangan orang ramai itu ialah pereka
fashion seperti Donna Karen, Calvin Klein,dan seangkatan dengan mereka.
“Awak ada
masalah ke?” Louis tanya dengan nada yang risau.
“Tak...Saya
tak ada masalah pun, cuma sekarang ni kalau boleh saya nak satu tempat yang
boleh saya tinggal... sebab susah sangatlah nak cari rumah sewa kat bandar ni.”
“Wow, you’re
in the hurry...” tegur Louis sambil berdiri berpeluk tubuh.
“Yeah... So,
boleh tak kalau kita just skip temuramah and just talk about the price ” desak
Milla yang nampak seperti terburu-buru.
“Oh, about the price that’s not up to me...awak
kena bincang tuan rumah ni.” Beritahu Louis sambil memuncungkan mulutnya ke
arah Adam.
“So,
macammana?” Tanya Milla sebaik saja dia memandang Adam.
Adam tergaman,
lalu berfikir sekejap “Erm.... Boleh tak kalau awak tunggu sekejap, saya nak
berbincang sekejap dengan kawan saya.”Ujar Adam lalu menarik tangan Louis ke
ruang dapur memandangkan jarak antara dapur ruang tamu agak jauh.
“What?” Tanya Louis sebaik saja di tarik oleh
Adam ke dapur.
“Kau rasa dia
okay ke?” Tanya Adam yang runsing.
“Aku rasa dia
okay je...she seem’s like a nice person.”
“Tapi dia tu
peliklah...” Bisik Adam dengan nada yang agak rendah, takut-takut kalau Milla
terdengar.
“Apa yang pelik?”
“She seem’s
secretive. That’s kinda odd, don’t you think?”
“Apa yang
pelik pasal tu?” Tanya Louis yang tidak berapa paham dengan maksud yang Adam
cuba katakan kepadanya.
“Well, kalau
orang nak sewa rumah, mestilah dia beritahu kita pasal background dia, bukannya
main terjah terus nak masuk rumah ni.”Jelas Adam.
Louis mengeluh
panjang sebaik saja mendengar penjelasan rakannya itu “Adam...You’re being
paranoid okay..Tak ada apa yang pelik pun pasal tu... Kau je yang mengada-ngada,
memilih sangat! Aku rasa dia tulah yang paling sesuai sekali untuk sewa rumah
kau.”
“But she’s a
girl, Louis!” Balas Adam dengan nada yang tegas. Seperti cuba mengingatkan
kawannya tentang sesuatu perkara.
“Yeah.. i can
very well see that! And because she’s a chick, itu yang bagus. For everyone,
nak-nak lagi kau. Or maybe me..” bebel Louis yang mula merepek raban.
“Cakap jelah
yang kau tu dah mula minat dia kan...” ujar Adam dengan nada yang malas dan
membosankan. Dia sudah masak sangat dengan perangai kawannya yang miang tu.
Louis
mengangguk cepat-cepat, sambil tersenyum. DASAR LELAKI MIANG!
“Okay. Macam
mana kalau dia tu tiba-tiba perompak, pembunuh bersiri ke...Entah-entah psiko!
Mampuslah aku!”sambung Adam lagi yang
jelas sekali sudah mula paranoid.
Louis membulatkan matanya apabila
terdengar Adam berkata begitu... Mahu saja dia sepak terajangnya kawannya itu!
“Adam...kau
tahu tak itu adalah alasan yang paling bodoh sekali yang aku pernah dengar!
Bagi aku Milla tulah paling perfect sekali, dan kalau kau nak tahu...Aku dah
malas lagi nak interview orang yang pelik-pelik lagi! Semua yang datang rumah
kau, mesti yang pelik-pelik! First, penagih dadah yang dah mentalnya tak boleh
nak betulkan lagi! Lepas tu psikik yang penipu, dan tak lupa juga lelaki yang
baru je putus tunang tu!” ujar Louis yang jelas sekali sudah muak dengan Adam!
dan tidak lupa juga lelaki yang baru saja disebut oleh Louis. Ceritanya begini, tengah-tengah Adam sedang
menunggu orang yang nak menyewa rumahnya
itu datang, munculnya seorang lelaki yang bernama Andy, pada mulanya Adam dan
kawannya yang lain sukakan Andy kerana personalitinya yang agak menarik dan
mereka yang lain sudahpun sepakat untuk ambil Andy sebagai teman serumah, tapi
niat mereka yang suci lagi murni itu terpaksa dibatalkan apabila Andy mula
berubah sikap ala-ala Dr.Jeckyll and Mr.Hyde! personalitinya yang sebentar tadi
ceria, selalu tersenyum, buat lawak berubah 100% apabila telefon bimbit salah
seorang rakan Adam berbunyi, dan orang yang memanggil tu adalah tunangnya,
apalagi si Andy ni pun terus mengamuk lalu mula menunjukkan sikapnya yang seperti
orang yang kena sawan!!
Hilang segala lawak dan senyuman Andy
tak kala tunang kawan Adam telefon, Andy mula marah-marah dan memaksa Adam dan
kawannya yang lain mematikan telefon bimbit mereka semua dan mula merepek-meraban
tentang cinta dan perkahwinan sebab katanya “korang semua tak payah percayakan
kata-kata cinta yang dilafazkan oleh perempuan, mereka semua berbohong!Everything
they said is one hundred total bullshit! Korang ni semua sekarang dah kena tipu
bulat-bulat dengan perempuan! Diorang ni hanya nak gunakan kita semata-mata nak cukur duit kita je...Bila kita dah pokai,
diorang buang kita jauh-jauh macam kita ni biskut basi! Perempuan semuanya
sama, tak guna ada perempuan dalam dunia ni kalau semuanya ada otak yang sama.
One more thing, korang kene berhati-hati dengan perempuan, diorang ni macam alien...
Diorang diturunkan ke bumi sebab nak takluki dunia daripada ancaman lelaki,
mula-mula diorang hapuskan kaum lelaki dari dunia, pupuskan populasi lelaki,
lepas tu memerintah kerajaan mereka sendiri...Jadikan lelaki sebagai hamba abdi
diorang! Lebih baik tak payah kahwin kalau macam tu! AKU BENCI MAHLUK BERNAMA
PEREMPUAN!!!”
Lalu selidik punya
selidik, Si Andy ni baru putus tunang rupanya...Tunang dia yang mintak putus
sebab dia kata [dengan nada perempuan yang mengada-ngada] “Like hell i’m gonna
married to a loser like you! I tak sanggup nak kahwin dengan lelaki yang macam
you ni..i takut hidup I tak terjamin! Kalau boleh I nak kahwin dengan lelaki
yang kaya, yang boleh tanggung I sampai mati, tak macam you..” ayat yang
seterusnya tak dapat disambungkan kerana sukar untuk si penulis nak mengarangnya.
Jadi, itulah sebabnya kenapa si Andy benci sangat kat perempuan.
“Habis tu nak
buat macam mana?” Tanya Adam.
“Buat apa
lagi..Take her in then!” jawab Louis dengan agak tegas.
“Serius ke?”
Louis sekali
lagi membulatkan matanya sambil mengosok mukanya “Adam tolonglah!!I’m begging
you to not waste anymore of our time! Aku betul-betul dah malas nak buat benda
alah ni lagi! Aku rasakan, semua orang yang ada dekat bandar ni pelik-pelik lah...Agaknya
aku sorang je kot yang betul-betul normal! lagipun kalau betul lah si Milla tu
pembunuh bersiri ke psiko... aku sanggup amik dia kalau kau taknak. Best
sikit...” luah Louis yang sememangnya sudah mula memikirkan benda-benda yang
kotor dan selekeh dimindanya hanya membuatkan Adam naik menyampah dengan
perangainya itu.
“Yelah,yelah!
Aku ambik dia!” beritahu Adam yang nak atau tidak terpaksa mengalah dengan
keputusan ini.
Lalu Adam dan
Louis pun memberitahu Milla tentang berita gembira itu.
“Serius ke?”
Tanya Milla dengan nada yang terkejut.
Louis
mengganguk dengan cerianya.
“Oh God! Thank
you so much! I really appreciate with what you’re doing right now.” ujar Milla
dengan ikhlasnya.
Louis dan Adam
tersenyum.”Ahh..actually..Adam je yang...”
“So, can i
move in now?!”Tanya Milla dengan tiba-tiba. Membantutkan apa yang Louis nak
katakan tadi. Louis yang dari tadi tersenyum terus pudar senyumannya tatkala
mendengar pertanyaan Milla itu, dan pada masa yang sama juga mata Louis dan
Adam hampir terbeliak takkala mendengar Milla berkata begitu dengan selamba die
je.
“Awak nak
masuk sekarang?”Tanya Adam yang kedengaran terkejut dengan apa yang baru saja
dikatakan oleh gadis yang berdiri dihadapannya ini.
Milla
mengangguk cepat-cepat.
“Barang awak
dah ada ke?”Tanya Louis pula yang kali ini mula meragui minatnya terhadap
Milla...
“Oh...Itu
korang semua tak payah risau, saya dah take care semuanya. Saya tak bawak
banyak barang, cuma yang penting-penting je. Lagi pun buat apa nak bawak banyak
sangat barang, kat rumah ni pun dah ada semuanya... Saya kan cuma sewa bilik
je...”Jawab Milla.
“Oohh...”
Hanya ‘oohh’ saja yang keluar dari mulut Louis; percaya atau tidak, Louis mula
meragui sikap Milla.
“Well,
Actually I have something urgent that I need to do... So why not Adam tolong
awak berkemas, so bolehlah awak berdua berkenalan. We’ll let two roomates get
to know each other okay!” Ujar Louis yang seakan-akan mahu mengelak.
“Okay!”Jawab Milla dengan ringkas.
Lalu Louis dan
rakan-rakannya lain pun beredar meninggalkan Adam bersama teman serumahnya yang
agak pelik tu.
Suasana menjadi sunyi sepi tatkala Louis
dan yang lain pergi (bayangkan bunyi burung berkicaun, simbol keadaan sunyi
sepi di antara Milla dan Adam).
“Well,
nampaknya kita berdua jelah yang tinggal.”Ujar Milla yang kelihatan mahu
mencari topik perbualan.
“Yup...” jawab
Adam yang masih lagi kaku dengan keadaan sekarang.
“I’m sorry!
Awak tak selesa ke dengan saya? Sebab saya tengok awak banyak diam je
berbanding dengan kawan awak tu... what’s his name?”
“Louis...”
“Right...Louis,
masa kitorang berbincang pasal rumah ni…Awak tak selesa ehh?” Tanya Milla
sekali lagi.
“Bukan… Cuma saya tak biasa ada orang lain
selain saya kat rumah ni, nak-nak lagi perempuan” ujar Adam.
“Ohh well,
nampaknya awak kenelah biasakan diri awak dengan keadaan sekarang since we’re going
to be roomates for a very long time.”Ujar Milla sambil tersenyum. Adam hanya
diam saja tapi turut tersenyum melihat gelagat Milla yang sedikit sebanyak
mencuit hatinya itu.
“Apakata awak
tolong saya angkat barang-barang saya kat bawah!” ajak Milla lalu dengan
selambanya dia menarik tangan Adam untuk mengikutnya ke tingkat bawah
membuatkan Adam tergaman seketika dengan perbuatannya itu.
“Awak letak
barang awak kat bawah ke?”
Milla
mengangguk tanpa berkata apa-apa.
“Tak takut ke
kalau kena curi?”
“Siapalah yang
nak curi barang saya?” ujar Milla dengan ringkas.
Patutlah Milla berkata begitu, rupanya barang
yang dibawanya memang barang yang tak ada orang nak curi pun. Dia hanya sekadar
membawa lebih kurang 5 beg pakain, 1 baldi yang berisi alatan mandi,dan hanya
beberapa buah kotak yang berisi – Adam sendiri tak tahu apa isinya…
“So, apakata
awak angkat barang tu, tu, tu dan saya bawak barang yang ni, ni, dan ni” ujar
Milla sambil menggangkat barang yang dibawanya itu.
“Awak dari
mana sebenarnya? Sebab tadi awak cakap awak dari luar bandar” tanya Adam.
“It’s no use
saying it though, awak tak pernah dengar pun nama tempat tu.” jawab Milla.
“Cakap jelah!”
desak Adam yang sekarang masih lagi berhumpas-pulas menggangkat barang Milla
sambil menaiki anak tangga.
“Elk lake!”
jawab Milla.
“Elk Lake?”
“Kan saya dah
cakap, awak tak pernah dengar pun nama tempat tu” ujar Milla sambil membuka
pintu rumah barunya.
“Where exactly
is that place? Bandar ke?”Tanya Adam.
“Bukan bandar,
kampung...Orang yang duduk kat situ sikit je, tak banyak. Semua orang kenal
semua orang. Pergi situ jumpa orang ni pergi sini jumpa orang yang sama jugak!
Kampung tu kecik je. Kalau ada orang yang tak kenal orang tu, maybe orang tu
adalah alien atau orang gila!” beritahu Milla dengan mukanya yang serius tu
membuatkan bulu roma Adam ternaik sedikit.
Melihatkan
Wajah Adam berubah apabila Milla menyebut perkataan ‘alien atau orang gila’
Milla pun berkata “Saja je saya buat lawak pasal alien tu...tak betul pun!”
ujar Milla lalu meletakkan barangnya di atas lantai ruang tamu rumah barunya.
“So, why don’t you show me around the house?”
“Oh...Okay
jom!” ujar Adam lalu berjalan menuju ke sebuah bilik.
“Ini bilik
awak dan as you can see, bilik yang kat depan tu bilik saya.” Ujar Adam sambil menunjukkan
biliknya kepada Milla.
Setelah menjelajahi seluruh pelusok rumah,
Adam menolong Milla menggangkat barang-barangnya ke dalam biliknya.
“Well, rumah
yang besar untuk dua orang tapi takpe, luas sikit.Tak sempitkan. Thanks again
though for letting me stay here.” Ucap Milla sekali lagi
“Nah,you’re
welcome.” Ucap Adam dengan ringkas sahaja.
Tiba-tiba
bunyi burung berkicaun berbunyi lagi (simbol terhadap keadaan yang sunyi sepi
diantara Milla dan Adam)..
“Erm..lebih baik saya berkemas dulu..” ujar
Milla.
“Oh ya, betul lah...bye!”
ucap Adam yang kelihatan sungguh blur.
Lalu Milla
menutup pintu biliknya dan meninggalkan Adam berdiri di hadapan pintunya
seorang diri dengan perasaan yang agak pelik tersemat dihati.
Adam
tidak pernah pun menduga bahawa kehidupannya akan berubah sebaik saja Milla
hadir ke dalam hidupnya dengan keadaan
yang agak pelik dan sedikit kelakar malah Adam sendiri tak pernah menduga
bahawa kehidupannya akan dihuru-harakan dan diporak-perandakan oleh seorang
wanita yang bernama MILLA.
Pada suatu hari yang belum lagi
diklasifikasikan pagi pun, Adam yang sedang tidur lagi enak diuliti mimpi telah
ternganggu apabila bunyi yang bising telah ‘memecah’ dinding bilik tidurnya.
Lalu Adam pun bangun – walaupun berat
hatinya untuk melakukannya. Sebaik saja dia membuka pintu biliknya, mata Adam
terus terbeliak apabila dia ternampak Milla sedang vakuum rumahnya yang kini
telah rasminya menjadi rumahnya bersama dengan Milla.
“What the hell
are you doing??” Tanya Adam sebaik saja melangkah keluar dari bilik tidurnya.
Milla
memandang Adam dengan mukanya yang tak bersalah tu, lalu tersenyum.
“Saya tengah
kemas rumah ni.. Berhabuk sikit!” ujar Milla lalu menyambung semula kerjanya
semula.
Mulut Adam
hampir terlopong apabila mendengar Milla berkata sebegitu.“Tengah-tengah pagi
buta ni?!” Tanya Adam dengan nada yang agak kuat sedikit sebab nak lawan bunyi
vakkum.
“Apa?!” jerit Milla yang tak dengar apa yang
dikatakan oleh Adam.
Adam mendekati
Milla lalu menyebut sekali lagi ayatnya tadi “TENGAH-TENGAH – PAGI – BUTA – NI?!”
Apabila
mendengar apa yang dikatakan oleh Adam, Milla terus mematikan vakum nya lalu
berkata “Well actually, saya terbangun awal, lepas tu saya tak boleh nak tidur
balik..saya pun berkemaslah. Lagipun, rumah ni berhabuk
sangatlah.Bahaya...takut-takut kalau kena batuk kering...susah nanti.” beritahu
Milla
“Tapi tak
boleh ke awak berkemas bila dah pagi nanti?” Keluh Adam.
“Bukan ke dah
pagi ke ni?” ujar Milla lalu menunjukkan Adam jam tangannya yang sudahpun pukul
5.00pagi. Awalnyalah dia ‘terbangun’.
Adam tidak
berkata apa-apa cuma menggelengkan kepalanya sahaja tanda tidak percaya dengan
apa yang baru saja dia saksikan.
“Awak kejap
lagi nak kerja kan? Baik awak pergi tidur balik so that bila awak bangun nanti,
tak adalah awak mengantuk sangat! dan saya akan sambung balik kerja mengemas
rumah!” ujar Milla sambil menolak badan Adam balik semula ke biliknya.
“Macam mana
saya nak tidur balik kalau bunyi bising macam ni?!” Tanya Adam yang jelas sudah
bengang!
“Kejap eh..”
ujar Milla lalu keluar dari bilik Adam menuju ke biliknya sambil berlari-lari
anak, dan tak sampai 5 saat, Milla datang balik ke bilik Adam sambil memegang
sesuatu ditangannya.
“Nah!” ujar
Milla sambil menghulurkan sebuah ear muff kepada Adam.
“Apa ni?”
“Ear muff!
Nanti kalau awak tidur, lepas tu pakai benda ni konfem!Awak takkan dengar satu
bunyi bising pun! kalau bom meletup sebelah awak pun awak takkan sedar! Gerenti
punya!” cerita Milla dengan begitu semangat.
Adam hanya
diam sahaja, tanpa banyak cakap.. Adam pun menyarungkan ear muff tersebut pada
telinganya lalu berbaring semula diatas katilnya.. Melihatkan keadaan Adam yang
sudah tenang, Milla pun keluar dari bilik tidur Adam lalu menutup pintu
biliknya dengan perlahan-lahan dan membiarkan Adam tidur seperti seorang bayi….
Adam bangun semula dari tidurnya tepat
saja pada pukul 6.30 pagi – seperti biasa. Seperti kata Milla pada pagi tadi,
Adam sikit pun tak ternganggu dengan bunyi vakum mahupun bunyi lain yang boleh
menganggu orang lain ketika tidur.Tapi Adam lain...dia tidur bagaikan bayi yang
syaratnya mesti pakai drypers jenama Huggies Night Out. Ketika Adam keluar dari
bilik tidurnya untuk pergi ke bilik air, matanya sekali lagi terbeliak apabila dia mendapati rumahnya yang
dulu tak ubah seperti gua yang sarat dengan sarang kelawar berubah seperti
sebuah rumah yang tak ubah seperti rumah Donald Trump kecuali rumahnya nampak
bersih manakala rumah Donald Trump penuh dengan warna keemasan dan besar lagi 2
kali ganda bersihnya.
Adam melihat
sekeliling untuk mencari Milla tapi matanya terhenti apabila dia ternampak ada
sesuatu di atas meja makan, lalu dia pergi ke meja tersebut dan terkejut
apabila mendapati ada beberapa aneka makanan yang sudah tersedia di atas meja
tersebut, tiba-tiba matanya menyilau ke tepi meja tersebut dan dia hampir
menjerit apabila dia ternampak sesuatu yang kelihatan seperti darah
menitis-nitis sehingga ke bawah meja. Pikirannya mula meracau apabila dia
memikirkan kesan merah itu adalah darah dan kepala otaknya semakin meracau
apabila dia memikirkan kesan merah itu adalah milik Milla.
Disebabkan dia mahu mengenal pasti
kalau-kalau kesan itu adalah darah dan lebih buruk lagi kalau darah tu adalah
darah Milla, dia mengikuti jejak darah itu
dengan perasaan yang berdebar-debar. Langkahnya terhenti apabila kesan
merah itu berhenti di depan pintu bilik air, lalu dengan perasaan yang agak
berdebar-debar Adam membuka pintu bilik air dan hampir pitam apabila dia
mendapati kesan merah itu kini bertakung di sinki bilik airnya.
Tanpa teragak-agak, dia pun keluar dari bilik
air tersebut dan berlari ke bilik tidur Milla, dan terkejut lagi panik apabila
dia mendapati Milla tiada dalam biliknya. Perasaan dan kepala otak Adam semakin
berkeruan apabila memikirkan sesuatu yang buruk telah terjadi kepada rakan
serumahnya itu, lalu dia terus berlari menuju ke ruang tamu untuk mendapatkan
telefon dengan niat untuk menghubungi polis. Sedang Adam mendial nombor 999,
hajatnya terbantut apabila tiba-tiba pintu rumahnya di buka oleh seseorang, dan
kerana takutkan kalau-kalau pembunuh Milla datang kembali, Adam hanya mampu
menutup matanya dan bersedia menerima padah yang akan datang.
“What’s up
with you..?” Adam membuka matanya apabila dia terdengar suara seorang
perempuan, lalu dia pun membuka matanya dan terkejut apabila dia melihat MILLA
tengah berdiri kaku di hadapannya sambil
memenggang sebungkus plastik beg.
“Awak hidup
lagi?!” ucap Adam dengan perasaan yang masih lagi terkejut dan panik.
Milla menganggkat keningnya, hairan dengan apa
yang baru diperkatakan oleh Adam.
“Yeah i’m
still alive and very much healthy!” ujar Milla lalu menuju ke dapur, di ikuti
Adam yang masih lagi blur.
“Kenapa dengan
awak? Asal nampak panik sangat ni? Macam nampak hantu je..jangan beritahu saya
rumah ni berhantu... saya takut hantu!!” jerit Milla yang sudah mula
merepek-raban..
“Tak rumah ni
tak berhantu, tapi awak..”Adam terhenti sebentar..
“Saya
apa?..Saya bukan hantu tau, kalau saya hantu, saya mana boleh menjelma
pagi-pagi!!” jerit Milla yang masih lagi dengan topik hantunya.
“Bukan pasal
tu! Darah!! Kat meja tu..” ujar Adam sambil menunjukkan kesan merah itu pada
Milla.
“Darah?”
Ketika Adam sedang menunjukkan kesan tersebut
pada Milla, tiba-tiba Milla ketawa berdekah-dekah membuatkan Adam bertambah
keliru.
“Apasal awak
ketawa?” Tanya Adam
“Awak ingat ni
darah ke?!..kah..kah..kah!! Awak buat lawak lah Adam!! Kah..kah..kah.. ni bukan
darahlah!! Ni sebenarnya sirap lah..!” ujar Milla yang masih lagi ketawa
berdekah-dekah.
“Sirap?” Tanya
Adam.
“Yeah sirap!
Tadi masa saya tengah berkemas, saya terlanggar botol sirap..so that’s why lah,
sirap ni tumpah dekat atas lantai ni!” beritahu Milla.
“Kenapa awak
tinggalkan je sirap ni?” Tanya Adam yang jelas kelihatan sudah benggang
bagaikan dia sedang berbogel di hadapan perempuan dan lebih teruk lagi kalau
perempuan itu terdiri daripada makcik-makcik kepoh.
“Sorrylah..saya
bukan sengaja, saya nak bersihkan balik, tapi saya tak boleh lap macamtu
je..nanti kesan merah tu tak hilang kalau tak lapkan dengan sabun khas dia and
since you don’t have the soap, i went out to buy it.” jawab Milla yang masih
tersenyum.
Adam terdiam dan jangan ingatkan diam
hanya sekadar diam, disebalik diamnya itu raut wajahnya telah menjelaskan
segalanya.. Wajahnya Adam kelihatan begitu merah sekali!
“Apa semua ni?”
Tanya Adam tentang makanan yang berada di atas mejanya dan jelas sekali
dihadapan Milla yang dia cuba mengalihkan topik utama mereka.
“Makananlah..sarapan!
ke awak nampak daging manusia yang disaluti darah..?” ujar Milla yang sedang
menikmati mengalan Adam.
Adam memandang
Milla dengan pandangan yang agak tajam lalu berkata “Kelakar sangatlah tu! I
was worried okay!” dengan wajahnya yang merah padam tu, Adam cuba mengalihkan
sekali lagi topik mereka dengan mengambil tempat duduk di meja makannya.
“Awak masak ke
semua ni?” Tanya Adam.
“Oh, tak..saya
mana reti masak,saya beli semua ni dekat kedai kopi kat depan banggunan ni!”ujar
Milla sambil membancuhkan sabun lantai ke dalam baldi untuk lapkan kesan
‘darah’ yang berada di atas lantai dan juga meja.
“Kenapa awak
beli banyak-banyak?” Tanya Adam yang masih lagi belum menyentuh makanan diatas
meja..
“Saja
je..Lagipun awak kan nak pergi kerja kejap lagi so, sebelum awak pergi
kerja..baik awak makan dulu..kasi tenaga sikit, betul tak?!” ujar Milla yang
tak ubah seperti seorang isteri yang patuh lagi menjaga akan kebajikan suami
yang tercinta lalu, bangun dan membasuh
tangannya yang kotor dan mengambil pinggan diatas cabinet dapur lalu meletakkan
beberapa makanan di atas pinggan Adam, dan setelah itu Milla menghulurkan
pinggan tersebut kepada Adam bagaikan seorang isteri menyediakan suaminya
makanan.
“Banyak betul
makanan yang awak beli...siapa nak habiskan?” rungut Adam.
“Awak ni kan
banyak tanyalah! Macam perempuan betul! Makan jelah!” marah Milla. “Tak adalah,
saya cuma nak tanya je..awak beli ni semua kat mana?” Tanya Adam yang tidak
menyedari bahawa dia sudahpun bertanyakan soalan yang sama dekat Milla tadi.
“Weh, kan saya
dah kata, saya beli semua ni dekat kedai kopi depan banggunan ni! Awak ni pekak
eh?!! and one more thing...bukan ke awak patut pergi ke kerja ke sekarang?”
bebel Milla. Adam yang baru saja mahu menjamah sosejnya, terus terbeliak
matanya apabila melihat ke arah jam di dinding yang sudahpun pukul 7.00 pagi!!
“Shit!!” sumpah Adam tanpa berlengahkan lagi masa, Adam terus ‘szupp!’ ke bilik
mandi untuk bersiap-siap pergi ke kerja.
"Dia tak
makan pun sarapan dia..” keluh Milla yang yang kelihatan hampa sebab Adam tak
menjamah pun sarapannya.
Setelah Adam sudah bersiap-siap untuk ke
kerja, Adam terus keluar dari rumahnya tanpa menjamah makanannya pun.
Sebaik saja
Adam keluar dari banggunan rumahnya, dan sedang Adam tengah berlari, langkahnya
terhenti apabila dia terdengar ada orang memanggilnya.
“Adam! Adam..
tunggu kejap!!” jerit Milla, sebaik saja Adam menoleh ke belakang.
“Nak apa?”
Tanya Adam sebaik saja Milla berada dihadapannya.
“Awak tak
makan pun sarapan awak!” ujar Milla.
“Milla! I’m
late already, mana sempat nak makan!” jawab Adam dengan termengah-mengah.
“Ah...sebab
itulah saya dah bersiap-sedia. Saya dah bungkuskan awak sarapan!Nah!” ujar
Milla lalu menghulurkan sebuah beg kertas yang berisi sarapan untuk Adam.
“Awak
bungkuskan saya makanan?” Tanya Adam dengan perasaan yang agak terharu.
Milla hanya
mengangguk saja sambil tersenyum.
“Terima
kasih..” ucap Adam kepada Milla.
Untuk
seketika, Adam hanya sekadar memandang Milla tepat dimata sambil tersenyum... “Erm..Adam..
aren’t you late already?” ujar Milla yang cuba menyedarkan Adam tentang
kelambatannya.
Adam
membeliakkan matanya lalu melihat jam tangannya sudahpun pun pukul 7.25! “Oh
shit!” tanpa berlengahkan masanya, Adam pun berlari tapi sempat menoleh ke
belakang apabila dia dipanggil sekali lagi oleh Milla.
“Awak balik pukul berapa malam ni?!” jerit
Milla membuatkan beberapa orang yang berada disitu memandangnya.
“Pukul 8.00 atau 9.00 malam kot!!” teriak Adam
lalu terus lari ke hadapan.
Milla masih
lagi berdiri ditempatnya melihat Adam berlari dengan pecutnya semata-semata
untuk mengejar tren untuk ke kerja. Lalu Milla tersenyum apabila dia berkata
“8.00 atau 9.00? hmm…cukup masa agaknya kalau aku kemas rumah tu. Baik buat
sekarang!!” ujar Milla lalu masuk semula ke banggunan apartmentnya untuk
meneruskan ‘projek’ nya!!.
No comments:
Post a Comment