Sunday, April 6, 2014

|| Nur ||

12:07 pagi.

"Yang...yang..." Aku tersedar dari ulitan mimpi saat terdengar suara dari Nur disebelah. 
"Hmm..." Jawab aku dengan malas tanpa memandangnya. Mata masih tertutup. Badan membelakanginya.
"Yang..." Panggilnya lagi. Kali ini dia menyentuh bahuku lalu mengongcangnya dengan lembut. Serta merta mataku terbuka saat tangannya yang sejuk itu menyentuh bahuku.
"Apa apa Nur?" Tanya ku dengan lembut.
Mata Nur tampak panik. Risau. Wajahnya pucat lesi apabila dia memberitahuku, dia terdengar sesuatu di tingkat bawah di rumah kami. 
Aku mengeluh panjang "Tak ada apa-apa yang. Kucing je tu kot." Kataku dengan tenang.
"Tak yang. Nur pasti tu bukan bunyi dari kucing. Abang tolong lah pergi tengokkan." Rayu Nur. Dan seperti biasa, aku mengeluh. Nur terperasan keluhanku. Dia terdiam.
"Kalau abang taknak pergi tengok. Biar Nur je pergi!" Rungutnya lalu terus bingkas bangun dari katil. Aku tidak berkata apa-apa kecuali perhatikan saja Nur sehingga dia hilang dari pandangan ku. 

Dan seperti biasa, tak berapa selepas itu. Bunyi satu jeritan yang kuat terdengar. Aku bingkas bangun dan berlari turun ke bawah. Tiba di tangga, aku terdiam kaku. Tidak jauh dari ku, tubuh badan Nur terbaring di dalam lautan darahnya sendiri. Lehernya sudah dikelar. Matanya terbuka luas, memandangku. 
Dia berkata "Tengok. Kan Nur dah kata. Ada orang pecah masuk. Abang taknak dengar. Tengok apa dah jadi..."

Dan tanpa berkata apa-apa, aku terduduk di anak tangga. Menangis. Meraung mengenang kembali kesalahan aku. Kesalahan yang terlalu berat sehingga roh arwah isteriku tidak henti-henti mengejutku setiap malam sejak dia dibunuh 2 tahun yang lalu. 

Sunday, March 23, 2014

|| Masa ||

Tak tahu kenapa...
Diri ni setiap kali bercinta..
Jadi kecundang. 

Orang lain bercinta..
Berbulan perginya.
Aku? Sebulan pun tak sampai.

Tak pasti sama ada silapnya datang dari aku..
Atau si lelaki.

Cemburu kadang-kadang bila lihat kawan-kawan bersama dengan pasangan mereka..
Cemburu dengan "masa" yang mereka ada bersama.

Friday, March 21, 2014

|| pernah ||

Tangan pernah bersentuh
Jari jemari pernah melingkari antara satu sama lain
Hati pernah terpaut
Jiwa pernah bersatu
Semuanya kita pernah lakukan bersama-sama.
PERNAH.

Semua tu dalam past tense je.

Monday, March 17, 2014

||Cinta BULLSHIT||

Cakap pasal cinta. 
Banyak benda yang aku boleh cakap, definasikan, bicarakan, dan bincangkan. 
Tapi kalau tanya aku apa itu cinta sekarang. 
Aku akan jawab...
"What a load of bullshit." Sambil tayang 'jari tengah'.
Kalau kau tanya kenapa aku kata sebegitu..
Aku akan jawab "Sebab cinta tak pernah pasti. Sebab cinta akan sentiasa mempermainkan hati sang manusia. Sebab cinta tu bodoh. Penat. Lelah. Bullshit sebab, pada awalnya kita sentiasa membayangkan "Dia" lah "The One" lalu kita mula mengharapkan dia lah yang akan mengucapkan that one phrase "aku terima nikahnya..." Pada hari yang istimewa tu. Tapi...kita lupa. Cinta tu tak pernah pasti seperti kematian. Cinta tu hanya omongan saja di bibir. Hanya sekadar kata-kata yang membuahkan ayat-ayat manis dan penipuan. We fell in love. We breaks hearts. And we fall in love again. Penat tahu, bercinta..menyintai seseorang lalu ditinggalkan dengan memori. Than we repeat that stupid moves again. Again and again like that stupid song that we're gonna get tired hearing it. 

Cinta memang manis. Cinta indah. Cinta tu adalah salah satu nikmat dunia yang Tuhan beri kat dunia ni. But all that matters bila kita bersama dengan "the right one" bukan dengan si dia yang hanya datang, acah-acah berikan kau kebahagian, lalu seperti raksasa Godzilla memusnahkan Bandaraya New York, dia musnahkan hati kau lalu pergi begitu saja. 

Nop. Cinta macam tu...adalah BULLSHIT.

Wednesday, December 4, 2013

|| Teksi ||

Menunggu awak tu macam tunggu teksi.
Muncul, lalu lalang bukan main.
Bila tahan..
Bukan main jual mahal taknak berhenti.

Tuesday, December 3, 2013

||Lalat||

Masalah tu ibarat seperti lalat.
Bila kau dah betul-betul rasa selesa duduk kat satu tempat. 
Tiba-tiba lalat tu datang terbang kacau kau.
Lantas kau naik angin.
Lantas kau geram.
Lantas kau menyampah dengan lalat tu.

Masalah pun sama macam tu.
Bila kau dah rasa tenang.
Bila kau dah rasa selesa.
Bila kau dah rasa "kehidupan macam ni lah aku nak"...
Lantas masalah datang dan menggangu kau.

Kau muak.
Kau penat.
Kau geram.
Kau sakit.

Kalau lah masalah tu boleh disembut ridsect macam mana kita selalu buat kat lalat kan bagus.

Monday, September 16, 2013

||Till Death Do Us Part||

Aku pandang bawah... dan aku lihat lautan penuh dengan manusia.
Aku pandang bawah... dan aku apa yang aku dengar hanyalah bunyi-bunyi bingit dari kenderaan di jalan raya.
Aku pandang bawah... dan apa aku nampak hanyalah kematian. 

Kau pernah janjikan nama
Kau pernah janjikan kemasyuran
Kau pernah janjikan habuan
Kau pernah janjikan aku macam-macam.

Aku dengan bodoh berikan kau segalanya.
Tubuh, jiwa, hati, duit, dan keremajaanku.
Dengan begitu bodoh aku mempercayai kau..
Kau yang jumpa aku dalam keadaan diriku yang lemah.
Dan dari kelemahan aku itulah kau merobek segala-galanya.

Kau gunakan aku.
Gunakan namaku, hartaku, tubuhku, kemasyuranku...
Gunakan semua itu untuk kepentingan kau.
Dan setelah selesai...kau buang aku bagaikan aku sampah.

Sekarang, apa yang kau rasa?
Setelah di tikam dan dihunus pisau pemotong daging di perut, apa yang kau rasa sayang?
Sakit bukan?
Kalau kau nak tahu... sakit yang aku rasa sekarang jauh lebih perit dari apa yang kau rasa sekarang.
Aku harap kau bahagia.
Harap kau puas.
Harap kau sedari kesalahan kau.
Aku tahu semuanya sudah terlambat.
"Maaf" sudah tidak berguna lagi untuk kau sedangkan kau terbaring di atas lantai.
Berdarah sehingga mati. Sehingga malaikat maut menjemputmu.
Tapi jangan bimbang sayang...
Aku akan mengikut mu.
Itu yang pernah aku janji bersamamu suatu ketika dahulu...
"Till death do us part..." itu yang pernah aku katakan kepada mu... 

Aku pandang bawah... dan apa yang aku lihat hanyalah kematian.