Monday, July 22, 2013

||The Fallen Star||

Bumi bagaikan pentas, dan manusia adalah pelakon-pelakon yang mewarnai kehidupan di bumi ini. Manusia dijadikan dari tanah, lalu ditiupkan roh oleh Tuhan dan kemudian di turunkan ke bumi ini untuk satu hari nanti mereka kembali semula ke syurga Allah. Sama ada destinasi terakhir mereka ke syurga atau neraka, itu terpulang kepada diri mereka dan pahala serta amalan yang mereka kumpulkan ketika hidup. Banyak pahala dan amalan, syurga lah jawabnya. Kurang pahala banyak dosa, neraka lah jawabnya. Semua itu akan dihakimi dengan secara adil ketika tibanya Malaikat Israfil meniup sangkakala-Nya lalu mematikan segala mahluk yang mendiami bumi ini. Dan pada hari itulah, manusia ini akan berkumpul di Padang Masyar secara beramai-ramai lalu mereka akan di adili dengan saksama. Sama ada tempat terakhir mereka di syurga ataupun neraka, itu terletak kepada amalan mereka ketika hidup.
Aku pernah mendiami syurga. Untuk berjuta-juta tahun yang lalu, aku pernah bersama dengan mahluk-mahluk syurga yang lain. Aku pernah menikmati segala kesenangan dan kemudahan di syurga, malah aku juga berada di tempat yang paling tertinggi ketika di sana. Kehidupanku ketika di syurga penuh dengan amalan ibadahku yang teramat lamanya dan di antara mahluk-mahluk Tuhan yang lain, amalan ibadahku lah yang paling tinggi. Ini kerana diciptakan hanya untuk menyembahnya dan tiada apa yang lebih mengembirakanku selain mengembirakanNya. Tapi, tiada benda yang akan kekal selama-lamanya. Kebahagian aku hanya mampu tinggal sementara saja, ini kerana takdir serta masa hadapanku sudahpun dirancang oleh penciptaku. Dia telah mentakdirkan bahawa aku akan sesat, aku akan melawannya, memusuhinya sehingga ke akhir dunia. Namun aku masih lagi tidak mengetahui tentang hal itu sehinggalah Dia mencipta mahluknya yang terbaru. Manusia.
Aku tidak mengerti kenapa harus Dia mencipta mahluk yang namanya Manusia ini. Mereka diciptakan dari tanah dan debu. Tidak kah itu menunjukkan bahawa mereka mahluk bawahan. Mereka lemah, jijik, kotor dan kewujudan mereka hanya akan merosakkan bumi ini.
Entah mengapa aku tidak boleh menerima kewujudan manusia pertama yang bernama Adam ini. Aku berkeras dengan pendirianku untuk tidak menyembahnya. Mengapa aku? Mahluk ciptaan Dia yang dijadikan api, perlu menyembah kepada manusia yang hanya di jadikan dari tanah dan debu sedangkan Dia, aku, dan yang lain-lain adalah lebih berkuasa dari mereka.
Dan disebabkan satu kesalahan, aku dibuang, dihalau, dilaknat oleh Dia. Hanya kerana aku enggan menerima ciptaanNya. Segala amal ibadah yang telah ku lakukan selama berpuluh ribu tahun hilang, lenyap dengan begitu saja. Hanya kerana aku enggan menyembah mahluk yang bernama manusia ini. Ya, aku marah... aku kecewa, terasa dikhianat, terasa dibuang... bagaimana aku tidak merasai semua itu sedangkan selama ini aku hidup hanya untukNya. Hidupku, matiku, cintaku hanya untuk Dia yang menciptaku dari api ini. Tapi dek kerana kasihNya terhadap manusia, aku dibuang oleh kerajaanNya.
Tapi sebelum berlakunya itu semua, aku telah memintaNya sesuatu. Sesuatu yang bakal mengubah nasib manusia di muka bumi ini. aku telah berdoa dan memohon agar kewujudan aku bersifat selama-lamanya di bumi, aku tidak hidup dan tidak mati. Kewujudan aku hanya wujud untuk menyesatkan mahlukNya yang berharga itu. Aku telah bersumpah akan hancurkan manusia ini sehinggalah ke hari kiamat. Aku akan cuba dan terus mencuba serta tidak akan mengalah sehinggalah mahluk ini akan terus lupa kepadaNya.
Dan sehingga kini, aku masih lagi dengan perjuanganku...
Dari jauh, aku hanya memerhatikan saja lelaki yang bernama Adam ini. Adam... suatu masa dahulu, nama ini lah yang telah menyusahkan aku serta keturunanku. Aku benci dengan nama ini...tidak. Bukan saja nama ini, aku benci seluruh umat manusia. Sampai sekarang, aku masih lagi tidak boleh menerima kewujudan mereka di bumi ini. Mereka tidak layak untuk hidup. Beribadah? Hmph...ambil saja contoh lelaki yang bernama Adam ini. Separuh daripada hayatnya, dia tidak pernah melabuhkan lututnya di atas kain sejadah, apatah lagi mengaji.
Manusia seperti dia amat memalukan tapi manusia seperti inilah yang selalu menghiburkan hatiku serta menjadi temanku. Dirinya yang tidak beragama, leka, jahil memuaskan hatiku yang selalu mendambakan manusia seperti Adam ini. Malah bukan dia saja, ada ramai lagi manusia-manusia yang masih jahil, enggan menerima Dia didalam hidup mereka tapi aku?? Aku diterima dan dijemput dengan tangan yang terbuka. Dengan berzina, meminum arak, berdansa dikhalayak ramai, menyanyi sambil menayang aurat serta tubuh badan mereka, mereka dengan secara tidak sedar memasuki ke dalam jeratku. Lebih seronok, ada diantara manusia-manusia seperti ini sedar apa yang mereka lakukan salah, tetapi mereka enggap menolaknya, menolak aku dari kehidupan mereka. Macam Adam.
Ayahnya seorang lelaki yang kuat agama. Dia bukan saja orang yang beragama, malah dia adalah seorang ustaz yang popular di negara yang bernama Malaysia. Di negara ini, majoriti adalah penganut Islam, pengikut Muhammad, dan umat Dia. Di sini adalah tempat kegemaranku, bukan Mesir, bukan Nigeria, bukan Mekah, malah bukan Amerika. Tapi Malaysia. Di sini, aku dapat melihat dan menyaksikan bahawa cepatnya runtuh ahlak-ahlak manusia yang dikatakan begitu cerdik sekali.
Cerdik lah sangat...aku hanya mampu mentertawakan Dia. Islam mungkin agama rasmi dinegara ini, tapi ia bukan agama rasmi rakyatnya. Hanya dengan satu bisikan, aku mampu membuatkan ramai manusia disini lupa akan tanggungjawabnya untuk beribadah. Dengan dua bisikan, aku mampu membuatkan ramai golongan muda berzina di antara satu sama lain. Bayangkan berapa banyak aku perlu membisikkan pengaruhku untuk membuatkan manusia di negara ini keluar dari agamanya.
Balik kepada Adam, seperti yang telah kukatakan ayahnya seorang tokoh ustaz yang terkenal. Dia dikenali kerana keperibadiannya berdakwah dengan orang dengan cara yang sangat lembut, menyampaikan ilmu-ilmu agama seperti mana seorang khalifah wajib lakukan. Aku benci lelaki ini. Setiap kata-katanya yang diambil dari surah Al-Quran bagaikan kaca yang menikamku pada setiap saat. Aku mungkin tidak dapat menyesatkannya kerana ilmu dan imannya. Tapi aku berjaya menerobosi anak lelaki sulungnya iaitu Adam.
Dari kecil lagi, lelaki ini telah menjadi ‘anak’ kesayanganku. Aku dapat lihat begitu banyak sekali potensi dari lelaki ini. Jadi aku ‘menaruh’ harapanku kepadanya. Berharap yang dia tidak akan mengikut jejak langkah ayah dan ibunya. Berharap dia sesat jauh ke dalam dunia aku dan bukan duniaNya. Adam bagaikan saham pelaburan bagiku. Aku melabur untuknya dari usia yang kecil, dan sehinggalah dia remaja. Aku masih berlabur.
Aku mula mengenali Adam apabila di saat dia lahir, ketika ayahnya yang beragama itu ingin mengazankan kalimah Allah ditelinganya, dia melawan dan dari saat itu. Aku telah bersama dengannya. Dia mungkin manusia yang lemah, tapi dimataku dia adalah jaguh. Jaguh kerana dia melawan arus dunia, arus kehendak ibu bapanya, dan yang paling penting. Melawan Dia. Bagi aku itu sudah mencukupi untuk mendapat dihatiku yang kotor ini.
Apa saja yang lelaki ini tidak pernah buat, berzina? Sudah banyak kali dia berzina. Kadang-kadang aku tidak perlu membisik kepadanya, dia sudahpun berbuat begitu hanya kerana dia mengikuti naluri hatinya. Meneguk arak? Arak bagaikan air mineral untuknya? Merompak? Sudah. Merasuah? Sudah. Menindas mereka yang susah? Sudah. Melawan kata-kata ibu bapanya? Chek! Dan seburuk-buruk lelaki ini, ada satu saja yang dia masih belum laksanakan dan aku akan bersumpah dia pasti akan lakukan. Keluar dari agamanya. Inilah  yang aku tunggu dan harapkan dari ‘teman baikku’. Tiada apa yang lebih memuaskan dari menjadi saksi kepada seorang manusia mengambil sumpah untuk keluar dari agama yang telah diturunkanNya.
Kini aku masih mencari jalan dan idea untuk membuatkan dia tuju ke destinasi yang kesitu tapi buat masa ini, aku perlu bersabar. Masa itu akan tiba, dan apabila ia datang. Aku tidak akan melepaskan peluang tersebut. Untuk itu, aku harus terus memerhatikan Adam tanpa putus.
“Cibai! Bapak aku dah cancelkan aku punya credit card lah sial!” ujar Adam kepada rakan-rakannya sebaik saja dia melabuhkan punggungnya diatas sofa empuk, botol bir di tangan kirinya.
“HAHAHAAHHA! PADAN DENGAN MUKA LU LAH! Siapa suruh lu tak ikut jadi pak imam macam bapak kau!” ejek rakannya sambil menghembuskan asap rokok ke mukanya Adam. Dia hanya mencebik dan menunjukkan jari tengah kepada kawannya itu. Disisinya, terdapat seorang wanita yang berbadan montok, putih gebu, berambut panjang sedang menggesel-geselkan buah dadanya di tubuh badan Adam. Dia hanya mampu tersenyum kambing dan menerima geseran itu dengan hati yang terbuka.
“Habis, kalau kau dah tak ada duit, macam mana kau nak hidup beb?” tanya salah seorang rakannya lagi yang asyik memerhatikan seorang gadis menari terhuyung hayang dihadapannya.
Adam mendengus “Duit ada kat mana-mana bro! Tepi jalan pun ada. Kedai pun ada, gua tunjuk parang, duit secepuk gua boleh dapat. Perempuan pun gua boleh dapat ye dak!” beritahu Adam sambil mengenyitkan matanya kepada gadis yang sedang menari-nari itu. Wanita yang berdada besar disisinya ternampak, lalu dia dengan manja mencubit dada Adam dengan lembut “Gataalnyaaa!” ngomel wanita itu. Adam hanya mampu ketawa terkekek-kekek. Dia meramas pinggul wanita itu lalu menghadiahkannya satu gigitan manja di tengkuknya. Wanita tersebut menjerit manja dan sesekali itu dia akan mengerang. Bukan kerana sakit tetapi mula rasa basah apabila jari jemari Adam mula meramas buah dadanya yang bersaiz 34D itu.
“Sayang...tak mau lah kat sini!” ujar wanita itu apabila jari jemari Adam mula menyelinap masuk ke dalam skirt wanita itu.
“hahahaha...apa salahnya kalau kat sini pun. Boleh gua tengok!”
“Babi kau!” ejek Adam sambil membaling tin bir yang kosong kepada rakannya. Wanita itu hanya tergelak-gelak saja apabila di usik sebegitu.
“Yang...jom lah! Masuk bilik jom..” ajak wanita itu sambil bangun lalu menarik tangan Adam mengikutinya.
“hahaha! Okay.okay. jom..dah! gua malas nak layan lu orang! Gua nak masuk bilik, gua nak tibai awek ni.” ujar Adam dengan begitu bangga sekali.
“hahahhah! Have fun lah! Nanti bapak lu serbu rumah ni dengan Jais, mampu kau Adam!” gurau rakannya sambil memerhatikan Adam meramas pinggul montok teman wanitanya dengan penuh gelojoh.
Adam hanya mengendahkan ejekkan rakannya dan terus masuk ke bilik tidur sambil ditemani wanita yang baru saja dia kenal 2 jam yang lalu ketika mereka di kelab malam tadi.
Pagi keesokkan harinya, Adam bangun dengan pening di kepala yang teramat. Semuanya akibat dari terlalu banyak minum. Di sebelahnya, ada seorang wanita yang bogel sedang terbaring terbongkang di atas katil. Adam mengambil sedikit masa untuk mengingati siapa perempuan ini dan untuk berapa saat dia gagal mengingati nama wanita ini, tetapi dia ingat yang dia berjumpa dengan wanita ini malam semalam ketika dia dan rakan-rakannya sedang berkunjung ke kelab malam. Wanita tersebut kelihatan begitu lena sekali, berombak-ombak buah dadanya naik turun, naik turun mengikut hembusan nafasnya yang perlahan itu. Adam hanya perhatikan saja. Begitu juga aku yang setia disisinya.
Aku tidak pernah membantah dengan segala benda yang Adam buat. Sama ada ia terjadi akibat dari pengaruh aku atau tidak. Aku berpuas hati dengan dirinya. Bukan segala benda di dunia ini, terjadi akibat terpengaruh dengan bisikan ku. Ada kala ia berlaku kerana keinginan manusia itu sendiri. Mereka terlalu mengikut perasaan, mengikut kata hati mereka dan akhirnya mereka sendiri yang kecundang dan pada saat itulah mereka menyalahkan aku serta keturunanku.
Kami tidak marah, ataupun mengeluh apabila dipersalahkan atas kesilapan yang manusia tersebut telah lakukan malah aku bangga dengan hal itu kerana tanpa bisikan atau pengaruh dari kami, mahluk ini mampu melakukan dosa dengan sesuka hati dan untuk itu mengapa aku perlu marah.
Adam mula bangun dari katil lalu mencari-cari seluar untuk disarungkan ke tubuh badannya yang bogel itu. selesai memakai seluar, dia terus keluar dari bilik meninggalkan teman wanitanya lalu tuju ke ruang tamu yang penuh dengan tin-tin kosong bir serta rakan-rakannya sedang terbongkang tidur di atas sofa dan lantai bersama dengan teman ‘sepermainan’ mereka di sisi. Adam terdiam seketika. Dirinya kelihatan blur sekejap, pikirannya masih kosong. Masih samar-samar dengan apa yang sedang berlaku.
Dia cuba mengumpul semula pikirannya dengan mengambil sebatang rokok dari atas meja lalu menghidupkan batang rokok itu dengan pemetik api yang dia jumpa bersepah di atas lantai. Selesai membakar, dia menghirup asap rokok tersebut dengan sedalam-dalamnya. Sedikit demi sedikit, pikirannya mula beransur pulih.
 Dia mula ingat apa yang terjadi semalam dan seperti biasa. Malamnya hanya penuh dengan parti dan parti. Tiada apa yang berubah. Dia mungkin bosan dengan cara hidupnya tapi dia selesa. Selesa hidup begini. Selesa mengikut kata hatinya sendiri dan tidak mengikut kata ibu bapanya. Selesa menjadi seseorang yang tiada komitmen dalam hidup. Ya. Dia lebih selesa hidup begini. Pikirnya sambil menghembus keluar asap rokok dari tubuh badannya.

“Kau ni bila nak berubah Adam!? Abah tengok kau semakin hari semakin teruk perangai!” marahnya ayahnya ketika dia pulang ke rumah untuk meminta duit dari orang tuanya.
“Dengar cakap abah tak nak! Duit kau nak aje! Kau ingat aku ni apa? Bank kau?” bebel ayahnya lagi. Adam hanya buat tidak tahu. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, manusia kata.
“Kau kalau balik, bukan sebab nak mintak duit. Memang tak sah. Duit! Duit! Duit! Itu jelah yang kau kejar-kejarkan. Kerja tak mahu! Duit kau nak aje!” marah ayahnya lagi.
“Eh kau ni bisinglah! Kau nak bagi ke tak aku duit ni? yang kau pandai-pandai cancelkan kredit kad aku buat apa! Memang lah aku mintak duit kau!” jawab Adam dengan begitu berani. Aku hanya mampu tersengih lebar apabila melihatnya melawan kata-kata ayahnya. Aku juga hanya mampu ketawa terbahak-bahak ketika melihat ayahnya menampar muka Adam yang kacak itu dengan sekuat hatinya. Tiada apa yang lebih membahagiakan hati ini selain menyaksikan perbalahan berlaku di dalam sesebuah keluarga. Ayah pukul anak, anak pukul ayah. Anak bunuh ibu, ibu bunuh anak. Begitu senang sekali manusia-manusia ini hilang ahlak serta akidah mereka dalam sesuatu perkara.
Ini ke mahluk yang Engkau bangga-banggakan sangat ketika Engkau menciptanya? Adakah ini mahluk yang Engkau kata mulia apabila kau menyuruh aku dan malaikat-malaikat yang lain menyembahnya? Apa yang berlaku dihadapanku, sudah ternyata dengan jelas bahawa mahluk yang bernama manusia ini lemah pegangan hidup mereka. Ya, meraka menyembah Engkau. Tapi adakah menerima Engkau sebanyak mana mereka menerima aku ke dalam kehidupan mereka di dunia ini. Adam dan ayahnya mula berbalas tumbukan sehinggalah ibunya yang lengkap bertudung labuh, berbaju labuh mula masuk campur dan berusaha sedaya upayanya untuk menghentikan perbalahan antara si anak dan si ayah ini. Dan kerana terlalu mengikut kata hati, Adam dengan secara tidak sengaja telah menolak ibunya dengan kuat sehingga ibunya terhentak kepalanya di atas bucu tangga sehinggalah kepalanya mula berdarah.
Dengan sekelip mata, si ayah dan si anak berhenti berbalas tumbukan dan tamparan dan mereka kini hanya kaku di tempat masing-masing. Tiada siapa di antara meraka bergerak di saat perkara itu terjadi. Si ayah mula sedar apa yang telah berlaku, cepat-cepat memangku kepala si isteri ke pehanya. Tangannya mula berlumuran dengan darah. Suaranya mula meninggi, meminta tolong, merayu Adam untuk mendial nombor telefon ambulans. Sebaliknya Adam hanya berdiri tercegat di situ, kaku.
Dia seakan-akan tidak sedar dengan apa yang sedang berlaku. Dia melihat tubuh badan ibunya yang kaku di pangkuan ayahnya,lalu dia melihat tangan yang baru saja menolak ibu yang telah menggandungkannya selama sembilan bulan dan lapan belas hari itu. Dia tak dapat percaya, tangan yang ibunya pernah sapukan ubat ketika dia terluka akibat terkena paku suatu masa dahulu kini menjadi tangan yang telah mendekatkan ibunya ke akhir hayatnya.
“Adam! Ya Allah! Apa yang kau dah buat ni???!!! apa yang kau dah buat kat mak kau ni!!” marah ayahnya sudah teresak-esak menangis sambil memangku kepala isterinya dengan penuh hati-hati.
“Ada.. Adam.. Adam tak sengaja..aku tak sengaja.” Jawab Adam sambil terketar-ketar.
Ayahnya mengendahkannya kerana sibuk cuba menggangkat tubuh badan si isteri dan membawanya masuk ke kereta. Dia tahu, menunggu ambulans untuk sampai adalah satu perkara yang bodoh. Ayah menghiraukan kehadiran Adam yang mula panik dan bergetar seluruh badan kerana mengenangkan kembali apa yang telah terjadi, dia bimbang jika dia telah baru saja membunuh ibunya. Selesai saja membawa si isteri masuk ke kereta, si ayah cepat-cepat masuk  ke dalam rumah kembali untuk mengambil kunci kereta.
“Abah! Abah! Adam mintak maaf bah! Adam tak sengaja nak buat macam tu kat mak! Ampunkan Adam bah!” pinta Adam berkali-kali sambil berlutut di kaki ayahnya. Aku terkesima. Apa yang telah terjadi. Mengapa Adam berbuat begitu? Insafkah dia? Oh tidak. Ini bukan perkara yang bagus. Aku perlu lakukan sesuatu dengan segera.
Ayahnya terhenti. Sebak mendengar keampunan anak lelakinya itu. ini lah masa aku! “kau nak maafkan dia Man..dia dah buat macam tu kat isteri kau, mak dia.. kau nak maafkan dia dengan senang-senang je. Bodoh kau Man, kalau kau buat begitu.” Bisik aku ditelinganya. Aku takkan lepas Adam dengan semudah itu. Ayahnya mungkin orang yang kuat agama, kuat iman dan akidah tetapi dia tetap seorang manusia dan manusia itu mahluk yang lemah. Sekuat mana pun imannya, jikalau dia dilanda api kemarahan dan kesedihan, iman dan akidah sekuat mana pun tidak akan mampu menolak kepada bisikanku.
“Adam... Abah nak bila, aku balik nanti. Aku tak mahu tengok muka kau lagi. Dan kalau terjadi apa-apa kat mak kau Adam. Kau jangan harap abah nak ampunkan kau!” beritahu ayahnya sambil mengalirkan air mata marah bercampur sedih lalu dia terus meninggalkan Adam di rumah. Ya! Misi aku berjaya. Tidak perlu berbisik sekuat mana, api kemarahan saja sudah boleh membuatkan seorang manusia itu lupa akan erti kemaafan, tidak kiralah ia datang dari seorang anak.
            Muka Adam mula penuh dengan air mata yang berderaian... dia sedih, kecewa, marah, takut apabila mengenangkan kembali kata-kata ayahnya dan keadaan ibunya. Dan di saat itu, matanya terpandang sebilah pisau di dapur. Dia menghampiri pisau itu dan dia memandang pisau itu dengan pandangan yang begitu tajam. Aku tersenyum nakal. Bukankah ini adalah peluang terbaik untuk aku rebuti. Bukankah ini adalah peluang untuk aku gunakan dengan sebaiknya dan sebelum Adam dipengaruhi dengan kata-kata azimat dari mahlukNya yang setia itu, baik aku mulakan langkahku terlebih dahulu.
“kau patut mati Adam. Kau dah bunuh mak kau, bapak kau pun dah tak terima kau lagi. Untuk apa kau hidup Adam. Kau hanya menyusahkan keluarga kau saja...”  Bisik aku ditelinganya.
“Tak...aku bukan sengaja nak buat mak macam tu. Tu semua accident. Abah just cakap macam tu sebab dia tengah marah!” secara automatik, Adam mula memberi respons terhadap kata-kataku.
“Kau pasti ke yang kau tak sengaja buat macam tu dekat mak kau? Mana kau tahu abah hanya berkata sebegitu hanya disebabkan dia marah. Pasti dia sedang marah dan kecewa dengan kau! Kau baru saja bunuh isteri dia dan yang juga mak kau!”
“TAK! Aku tak sengaja! Aku bukan nak bunuh mak. aku just nak duit! Abah yang taknak kasi!” jawab Adam yang mula meninggikan suaranya biarpun dia sedang bercakap dengan dirinya sendiri.
“HAHAHHAHA! Sedarlah diri Adam. Mak kau dah tak ada. Abah kau pun dah tak terima kau... kau patut mampus Adam. Mampus saja lagi senang. Kalau kau hidup, kau pasti akan ditangkap dan dipenjarakan. Kalau kau mampus, kau bebas! Bebas dari cengkaman dunia ini.”
Adam terdiam. Dia berfikir sejenak. Mula menimbangkan kata-kata aku... tangannya mula mengambil pisau di atas meja, dipenggang dengan erat “Betul jugak tu. Kalau mak mati, abah mesti pergi buat report polis. Mesti polis akan tangkap dan penjarakan aku. Aku...aku tak nak kena tangkap! Aku tak nak masuk penjara!” ujar Adam dengan sekeras hati. pisau yang dipenggang mula di hayun-hayunkan seakan-seakan sedang mengertak seseorang sedangkan dia bersendirian di rumah.
“Ya betul tu! Cuba kau bayangkan kalau kau masuk penjara nanti. Semua kawan-kawan kau tak mahu berkawan dengan kau. Tiada lagi wanita yang mahukan kau. Kau tiada sesiapa lagi Adam. Semua orang di dunia telah abaikan kau. Baik saja kau mati Adam. Baik saja kau bebaskan diri dari semua ini.”
“Ya...mungkin ada betul tu. Mungkin lebih baik baik aku mati. Mak pun dah tak ada. Abah pun dah bencikan aku. Kawan-kawan yang ada pun hanya ada apabila mereka memerlukan aku. Tiada guna aku hidup di dunia ni hanya semata-mata untuk orang gunakan...” luah Adam secara tiba-tiba. Pisau yang dipenggang semakin erat di tangan. Hati aku semakin membuak-buak keriangan...
“Bebaskan diri kau Adam! Bebaskan diri kau dari sialan ini semua!” sorak aku dengan sekuat hati di telinganya.
“Maafkan Adam mak.....”

Dan dengan hati yang berdebar...aku telah menyaksikannya. Aku telah menyaksikan kejadian seorang manusia yang telah meragut dua nyawa termasuk nyawanya sendiri dalam satu hari, selang beberapa minit. Dengan sekelip mata, Adam telah menamatkan riwayatnya dengan mengelar urat kedua-dua tangannya dengan hati yang rela dan dengan itu, dia telah secara rasminya terkeluar dari agamanya dan kini, rohnya tidak akan diterima bumi mahupun dosanya akan di ampun ketika pada hari pengadilan nanti. Tempat yang dia layak untuk berada adalah neraka saja. Katakan selamat tinggal kepada syurga Adam dan katakan lah selamat kepada rumah baru kau iaitu neraka.
 Betapa mudahnya kerja aku di bumi ini, kehadiran aku di muka bumi ini masih wujud hanya kerana untuk menyesatkan manusia dari jalan yang benar. Aku diberikan kebebasan untuk menodai siapa saja yang aku mahukan dan aku diberikan hak untuk menyesatkan mahluk ini jauh dari penciptaNya. Aku mungkin adalah salah satu mahlukNya yang dicipta dari api. Aku mungkin pernah menjadi pengikutnya yang paling setia dan aku mungkin pernah menyembahNya suatu ketika dahulu. Tapi apa yang telah terjadi sudah pun tertulis di Loh Mahfuz...aku adalah satu-satu mahluk ciptaannya yang akan cuba membawa kesesatan kepada manusia sehinggalah ke hari kiamat, dan aku tidak aku pernah berhenti dari melakukan perkara tersebut sehinggalah nyawaku tamat. Aku akan tetap berada di bumi ini untuk memastikan mahluk ciptaanNya yang sungguh berharga ini akan terus melupakanNya dan aku akan menjadi saksi utama kepada kehancuran umat manusia di bumi ini.
Panggillah aku Syaitan, panggillah aku jin, iblis, dajjal mahupun Azazil...aku lah mahluk ciptaan Tuhan yang dijadikan dari api dan aku akan terus mendampingi manusia dan menyaksikan kehancuran yang kau bawa ke bumi ini.

||Female Fatale||

BAB 1


Seperti selalu, jam loceng akan berbunyi tepat pada pukul 6.30 pagi, dan tepat saja jam tersebut berbunyi, seorang lelaki yang bernama Adam akan serta-merta membuka matanya lalu bangun dari tidur (yang dari tadi dihabiskan selama 8jam). Seperti selalu juga, Adam akan bangun tidur, gosok gigi, mandi, bersiap sedia untuk ke kerja lalu bersarapan. Beginilah kehidupan seorang insan yang bernama Adam yang tinggal di tengah-tengah Bandar Aerial.
  Kehidupan Adam boleh dikatakan berulang-ulang untuk selama-lamanya seperti wayang gambar cerita dulu-dulu...
Selepas itu, kehidupannya akan disambung semula dimana dia akan pergi ke kerja, buat kerja, siapkan kerja, habis kerja, balik dari kerja, makan malam lalu tidur! Sampailah ke besok pagi dimana dia akan melakukan perkara yang sama over and over again...Kehidupannya tak ubah seperti sebuah robot yang bermukakan manusia...dan oh ya! Tidak ketinggalan juga, Adam mengamalkan gaya hidup ‘NO WORK NO LIFE! Cuma ia hanya dari segi pemikiran si penulis dan bukan dari Adam sendiri.

    Kita lupakan tentang bab gaya hidupnya, dan fokus kembali ke kisah Adam. Bayangkan - Seorang lelaki yang kacak, berpelajaran tinggi, berkerjaya, mempunyai sebuah rumah yang besar tetapi kekurangan sesuatu (sebenarnya dua) iaitu, kehidupan yang normal dan teman! Ya! Adam kekurangan dua benda tu dalam senarai kehidupannya dan tidak lupa juga, Adam hanya ada ‘seciput’ saja kawan!
     Disebabkan kehidupan Adam yang tak ‘beberapa’ normal itulah yang telah berjaya membuatkan kawan-kawannya memikirkan tentang nasib rakannya yang kasihan itu, lalu mereka telah mencadangkan Adam supaya menyewakan sebahagian daripada rumahnya itu kepada seseorang.
“Apa hal pulak aku nak kena sewakan tempat ni?” Tanya Adam yang jelas tak paham akan niat baik kawannya itu.
“Sebab, rumah kau tu dahlah besar, lagipun kau duduk sorang-sorang, mana taknya hidup kau bosan! At least bila kau dah ada orang yang nak menyewa rumah kau tu, ada jugaklah member nak ajak berbual” ujar salah sorang kawan Adam yang bernama Louis yang boleh dikatakan ada hidup jugaklah diantara kawan-kawannya yang lain.
Adam tidak kata apa-apa, hanya sekadar diam dan berfikirkan tentang apa yang baru dikatakan oleh Louis sebentar tadi mungkin ada juga kebenarannya.
Setelah memikirkan kata-kata Louis, Adam telah membuat keputusan untuk menyewakan sebahagian rumahnya itu kepada seseorang. Lalu dia  menghubungi pejabatnya dan memaklumkan kepada pembantunya yang dia tidak dapat hadir ke pejabat untuk beberapa hari kerana ingin menguruskan hal rumahnya itu. Setelah selesai hai yang itu, Adam telah menhubungi pula kawan-kawannya untuk meminta bantuan mereka dalam bab-bab mengemas rumah dan sewaktu dengannya.
   Lalu bermulalah episod dimana Adam telah menjalankan operasi yang mereka telah rancang sebelum ini. Setelah menguruskan hal dalaman, kini tiba masanya untuk menjalankan operasi yang dinamakan ‘temuduga’  dimana (bagi pendapat Adam, temuduga yang paling pelik sekali) para penyewa yang berminat bukan ‘calang-calang’ orang. Maksudnya sini ialah para penyewa yang nak sewa rumah Adam tu terdiri daripada orang yang pelik-pelik belaka.  Bermula dengan temuduga dengan seorang bekas penagih dadah yang pada pendapat Adam masih lagi belum sembuh kerana setiap kali Adam bertanyakan dia sesuatu, lelaki itu pasti menjawab “Lu ada supply tak?” over and over again. Temuduga yang kedua juga masih lagi pelik apabila penyewa itu mendakwa yang dia boleh baca masa depan seseorang  dan wanita yang bernama Alexa itu berkata yang Adam akan mati muda apabila umurnya mencecah 25 tahun, jelas sekali di mata Adam dan kawan-kawannya yang Alexa ini  sedang berbohong kerana Adam sudahpun berumur 28 tahun ...
   Setelah beberapa temuduga yang sememangnya pelik-pelik belaka.. Adam dan kawannya yang lain mengambil keputusan untuk berehat dahulu dan sambung semula pada keesokan harinya, tetapi hajat mereka yang suci lagi murni itu terbatal apabila pintu rumah Adam diketuk bertalu-talu. Sebaik saja pintu bernombor 501 itu dibuka, tercengat dihadapan pintu, seorang gadis yang berumur dalam pertengahan 20-an. Adam hampir tergaman apabila gadis itu mengukirkan senyuman dihadapannya, menyerlahkan lagi auranya yang comel itu.
“Ini ke rumah yang nak disewa tu?” Tanya gadis tersebut yang mempunyai suara yang seperti kebudak-budakan itu. Matanya yang bundar itu terbuka besar menyerlahkan lagi warna matanya yang berwarna kelabu asap, membuatkan Adam terpukau seketika.
Adam tidak berkata apa-apa, hanya sekadar mengangguk.
“Erm...is it still open?”
Sekali lagi Adam tidak menjawab, tak tahulah apa kena dengan Adam kali ni yang membuatkan dia terus kehilangan suaranya untuk berkata-kata.
Melihatkan keadaan Adam yang tak ubah seperti orang bisu, gadis itu mengangkat keningnya, pelik dengan sikap lelaki yang berada dihadapannya sekarang.
“Erm...I’m interested in renting the place...Kosong lagi tak?” Tanya gadis itu sekali lagi.
“Rumah ni kosong lagi!” Terjah Louis yang tiba-tiba muncul di belakang Adam membuatkan dia sedikit terkejut.
     Gadis itu mengukirkan sebuah senyuman yang lebar di wajahnya.
 “Masuklah dulu.”Jemput Louis dengan ramah.
Lalu gadis itu pun masuklah, sambil di iringi oleh Adam yang berada dibelakangnya.
 “Nama saya Milla.” Beritahu gadis tersebut.
“Saya Louis.” Beritahu Louis yang sudah menunjukkan kegatalannya itu.
“Awak tuan rumah ke?” Tanya Milla.
“Eh tak lah! Saya kawan kepada tuan rumah dan tuan rumah ni kat belakang awak tu, namanya Adam” beritahu Louis sambil menunjukkan Adam kepada Milla.
Milla tersenyum disaat dia menoleh ke arah Adam, membuatkan Adam tergaman lalu tersenyum malu-malu...
“Awak dari mana?” Tanya Louis.
   Milla terdiam sebentar, mukanya yang tadi berseri dengan senyumannya itu, berubah bagaikan terlihat pakwenya sedang mencuranginya.
“Erm...dari luar bandar, tak guna pun saya cakap, korang semua gerenti tak pernah dengar.” Jawab Milla yang kedengaran seperti  baru sahaja mereka cipta jawapannya itu.
Adam dan kawannya yang lain menggangkat kening apabila terdengar Milla berkata sebegitu.
“So, boleh tak kalau saya sewa rumah ni?” Tanya Milla terus.
“Eh kejap-kejap...Awak nak terus sewa rumah ni ke? Cepatnya..” Tanya Adam dengan tiba-tiba.
“Nah I don’t mind, yang penting sekarang saya ada tempat yang boleh saya tinggal. Truth is, I’m kinda desperate right now.” Ujar Milla sambil tersenyum manis.
     Memang terdesak pun – ujar hati Adam apabila dia perhatikan Milla dari atas sehinggalah ke bawah. Pakainnya tak ubah ubah seperti gaya seseorang yang terpaksa memakai baju dengan keadaan yang terburu-buru ketika banggunan rumahnya hampir terbakar dan Milla baru sahaja keluar dari bilik air.Okaylah...senang cerita pakainnya memang selekeh!Dengan seluar jeansnya yang lusuh lagi panjang tak di lipat bawahnya, dikenakan pula dengan kemeja berlengan panjang yang butangnya yang kejap ada, kejap tak ada,di tambah pula dengan scarf merah jambu di lehernya yang merupakan satu-satunya bendanya yang boleh membuatkan orang ramai tidak perasan akan pakainnya yang serabai itu, lagi-lagi kalau ada dikalangan orang ramai itu ialah pereka fashion seperti Donna Karen, Calvin Klein,dan seangkatan dengan mereka.
“Awak ada masalah ke?” Louis tanya dengan nada yang risau.
“Tak...Saya tak ada masalah pun, cuma sekarang ni kalau boleh saya nak satu tempat yang boleh saya tinggal... sebab susah sangatlah nak cari rumah sewa kat bandar ni.”
“Wow, you’re in the hurry...” tegur Louis sambil berdiri berpeluk tubuh.
“Yeah... So, boleh tak kalau kita just skip temuramah and just talk about the price ” desak Milla yang nampak seperti terburu-buru.
 “Oh, about the price that’s not up to me...awak kena bincang tuan rumah ni.” Beritahu Louis sambil memuncungkan mulutnya ke arah Adam.
“So, macammana?” Tanya Milla sebaik saja dia memandang Adam.
Adam tergaman, lalu berfikir sekejap “Erm.... Boleh tak kalau awak tunggu sekejap, saya nak berbincang sekejap dengan kawan saya.”Ujar Adam lalu menarik tangan Louis ke ruang dapur memandangkan jarak antara dapur ruang tamu agak jauh.
 “What?” Tanya Louis sebaik saja di tarik oleh Adam ke dapur.
“Kau rasa dia okay ke?” Tanya Adam yang runsing.
“Aku rasa dia okay je...she seem’s like a nice person.”
“Tapi dia tu peliklah...” Bisik Adam dengan nada yang agak rendah, takut-takut kalau Milla terdengar.
“Apa yang pelik?”
“She seem’s secretive. That’s kinda odd, don’t you think?”
“Apa yang pelik pasal tu?” Tanya Louis yang tidak berapa paham dengan maksud yang Adam cuba katakan kepadanya.
“Well, kalau orang nak sewa rumah, mestilah dia beritahu kita pasal background dia, bukannya main terjah terus nak masuk rumah ni.”Jelas Adam.
Louis mengeluh panjang sebaik saja mendengar penjelasan rakannya itu “Adam...You’re being paranoid okay..Tak ada apa yang pelik pun pasal tu... Kau je yang mengada-ngada, memilih sangat! Aku rasa dia tulah yang paling sesuai sekali untuk sewa rumah kau.”
“But she’s a girl, Louis!” Balas Adam dengan nada yang tegas. Seperti cuba mengingatkan kawannya tentang sesuatu perkara.
“Yeah.. i can very well see that! And because she’s a chick, itu yang bagus. For everyone, nak-nak lagi kau. Or maybe me..” bebel Louis yang mula merepek raban.
“Cakap jelah yang kau tu dah mula minat dia kan...” ujar Adam dengan nada yang malas dan membosankan. Dia sudah masak sangat dengan perangai kawannya yang miang tu.
Louis mengangguk cepat-cepat, sambil tersenyum. DASAR LELAKI MIANG!
“Okay. Macam mana kalau dia tu tiba-tiba perompak, pembunuh bersiri ke...Entah-entah psiko! Mampuslah aku!”sambung Adam  lagi yang jelas sekali sudah mula paranoid.
     Louis membulatkan matanya apabila terdengar Adam berkata begitu... Mahu saja dia sepak terajangnya kawannya itu!
“Adam...kau tahu tak itu adalah alasan yang paling bodoh sekali yang aku pernah dengar! Bagi aku Milla tulah paling perfect sekali, dan kalau kau nak tahu...Aku dah malas lagi nak interview orang yang pelik-pelik lagi! Semua yang datang rumah kau, mesti yang pelik-pelik! First, penagih dadah yang dah mentalnya tak boleh nak betulkan lagi! Lepas tu psikik yang penipu, dan tak lupa juga lelaki yang baru je putus tunang tu!” ujar Louis yang jelas sekali sudah muak dengan Adam! dan tidak lupa juga lelaki yang baru saja disebut oleh Louis.    Ceritanya begini, tengah-tengah Adam sedang menunggu orang yang nak menyewa  rumahnya itu datang, munculnya seorang lelaki yang bernama Andy, pada mulanya Adam dan kawannya yang lain sukakan Andy kerana personalitinya yang agak menarik dan mereka yang lain sudahpun sepakat untuk ambil Andy sebagai teman serumah, tapi niat mereka yang suci lagi murni itu terpaksa dibatalkan apabila Andy mula berubah sikap ala-ala Dr.Jeckyll and Mr.Hyde! personalitinya yang sebentar tadi ceria, selalu tersenyum, buat lawak berubah 100% apabila telefon bimbit salah seorang rakan Adam berbunyi, dan orang yang memanggil tu adalah tunangnya, apalagi si Andy ni pun terus mengamuk lalu mula menunjukkan sikapnya yang seperti orang yang kena sawan!!
       Hilang segala lawak dan senyuman Andy tak kala tunang kawan Adam telefon, Andy mula marah-marah dan memaksa Adam dan kawannya yang lain mematikan telefon bimbit mereka semua dan mula merepek-meraban tentang cinta dan perkahwinan sebab katanya “korang semua tak payah percayakan kata-kata cinta yang dilafazkan oleh perempuan, mereka semua berbohong!Everything they said is one hundred total bullshit! Korang ni semua sekarang dah kena tipu bulat-bulat dengan perempuan! Diorang ni hanya nak gunakan kita semata-mata  nak cukur duit kita je...Bila kita dah pokai, diorang buang kita jauh-jauh macam kita ni biskut basi! Perempuan semuanya sama, tak guna ada perempuan dalam dunia ni kalau semuanya ada otak yang sama. One more thing, korang kene berhati-hati dengan perempuan, diorang ni macam alien... Diorang diturunkan ke bumi sebab nak takluki dunia daripada ancaman lelaki, mula-mula diorang hapuskan kaum lelaki dari dunia, pupuskan populasi lelaki, lepas tu memerintah kerajaan mereka sendiri...Jadikan lelaki sebagai hamba abdi diorang! Lebih baik tak payah kahwin kalau macam tu! AKU BENCI MAHLUK BERNAMA PEREMPUAN!!!”
Lalu selidik punya selidik, Si Andy ni baru putus tunang rupanya...Tunang dia yang mintak putus sebab dia kata [dengan nada perempuan yang mengada-ngada] “Like hell i’m gonna married to a loser like you! I tak sanggup nak kahwin dengan lelaki yang macam you ni..i takut hidup I tak terjamin! Kalau boleh I nak kahwin dengan lelaki yang kaya, yang boleh tanggung I sampai mati, tak macam you..” ayat yang seterusnya tak dapat disambungkan kerana sukar untuk si penulis nak mengarangnya. Jadi, itulah sebabnya kenapa si Andy benci  sangat kat perempuan.
“Habis tu nak buat macam mana?” Tanya Adam.
“Buat apa lagi..Take her in then!” jawab Louis dengan agak tegas.
“Serius ke?”
Louis sekali lagi membulatkan matanya sambil mengosok mukanya “Adam tolonglah!!I’m begging you to not waste anymore of our time! Aku betul-betul dah malas nak buat benda alah ni lagi! Aku rasakan, semua orang yang ada dekat bandar ni pelik-pelik lah...Agaknya aku sorang je kot yang betul-betul normal! lagipun kalau betul lah si Milla tu pembunuh bersiri ke psiko... aku sanggup amik dia kalau kau taknak. Best sikit...” luah Louis yang sememangnya sudah mula memikirkan benda-benda yang kotor dan selekeh dimindanya hanya membuatkan Adam naik menyampah dengan perangainya itu.
“Yelah,yelah! Aku ambik dia!” beritahu Adam yang nak atau tidak terpaksa mengalah dengan keputusan ini.
Lalu Adam dan Louis pun memberitahu Milla tentang berita gembira itu.
“Serius ke?” Tanya Milla dengan nada yang terkejut.
Louis mengganguk dengan cerianya.
“Oh God! Thank you so much! I really appreciate with what you’re doing right now.” ujar Milla dengan ikhlasnya.
Louis dan Adam tersenyum.”Ahh..actually..Adam je yang...”
“So, can i move in now?!”Tanya Milla dengan tiba-tiba. Membantutkan apa yang Louis nak katakan tadi. Louis yang dari tadi tersenyum terus pudar senyumannya tatkala mendengar pertanyaan Milla itu, dan pada masa yang sama juga mata Louis dan Adam hampir terbeliak takkala mendengar Milla berkata begitu dengan selamba die je.
“Awak nak masuk sekarang?”Tanya Adam yang kedengaran terkejut dengan apa yang baru saja dikatakan oleh gadis yang berdiri dihadapannya ini.
Milla mengangguk cepat-cepat.
“Barang awak dah ada ke?”Tanya Louis pula yang kali ini mula meragui minatnya terhadap Milla...
“Oh...Itu korang semua tak payah risau, saya dah take care semuanya. Saya tak bawak banyak barang, cuma yang penting-penting je. Lagi pun buat apa nak bawak banyak sangat barang, kat rumah ni pun dah ada semuanya... Saya kan cuma sewa bilik je...”Jawab Milla.
“Oohh...” Hanya ‘oohh’ saja yang keluar dari mulut Louis; percaya atau tidak, Louis mula meragui sikap Milla.
“Well, Actually I have something urgent that I need to do... So why not Adam tolong awak berkemas, so bolehlah awak berdua berkenalan. We’ll let two roomates get to know each other okay!” Ujar Louis yang seakan-akan mahu mengelak.
 “Okay!”Jawab Milla dengan ringkas.
Lalu Louis dan rakan-rakannya lain pun beredar meninggalkan Adam bersama teman serumahnya yang agak pelik tu.
    Suasana menjadi sunyi sepi tatkala Louis dan yang lain pergi (bayangkan bunyi burung berkicaun, simbol keadaan sunyi sepi di antara Milla dan Adam).
“Well, nampaknya kita berdua jelah yang tinggal.”Ujar Milla yang kelihatan mahu mencari topik perbualan.
“Yup...” jawab Adam yang masih lagi kaku dengan keadaan sekarang.
“I’m sorry! Awak tak selesa ke dengan saya? Sebab saya tengok awak banyak diam je berbanding dengan kawan awak tu... what’s his name?”
“Louis...”
“Right...Louis, masa kitorang berbincang pasal rumah ni…Awak tak selesa ehh?” Tanya Milla sekali lagi.
 “Bukan… Cuma saya tak biasa ada orang lain selain saya kat rumah ni, nak-nak lagi perempuan” ujar Adam.
“Ohh well, nampaknya awak kenelah biasakan diri awak dengan keadaan sekarang since we’re going to be roomates for a very long time.”Ujar Milla sambil tersenyum. Adam hanya diam saja tapi turut tersenyum melihat gelagat Milla yang sedikit sebanyak mencuit hatinya itu.
“Apakata awak tolong saya angkat barang-barang saya kat bawah!” ajak Milla lalu dengan selambanya dia menarik tangan Adam untuk mengikutnya ke tingkat bawah membuatkan Adam tergaman seketika dengan perbuatannya itu.
“Awak letak barang awak kat bawah ke?”
Milla mengangguk tanpa berkata apa-apa.
“Tak takut ke kalau kena curi?”
“Siapalah yang nak curi barang saya?” ujar Milla dengan ringkas.
  Patutlah Milla berkata begitu, rupanya barang yang dibawanya memang barang yang tak ada orang nak curi pun. Dia hanya sekadar membawa lebih kurang 5 beg pakain, 1 baldi yang berisi alatan mandi,dan hanya beberapa buah kotak yang berisi – Adam sendiri tak tahu apa isinya…
“So, apakata awak angkat barang tu, tu, tu dan saya bawak barang yang ni, ni, dan ni” ujar Milla sambil menggangkat barang yang dibawanya itu.
“Awak dari mana sebenarnya? Sebab tadi awak cakap awak dari luar bandar” tanya Adam.
“It’s no use saying it though, awak tak pernah dengar pun nama tempat tu.” jawab Milla.
“Cakap jelah!” desak Adam yang sekarang masih lagi berhumpas-pulas menggangkat barang Milla sambil menaiki anak tangga.
“Elk lake!” jawab Milla.
“Elk Lake?”
“Kan saya dah cakap, awak tak pernah dengar pun nama tempat tu” ujar Milla sambil membuka pintu rumah barunya.
“Where exactly is that place? Bandar ke?”Tanya Adam.
“Bukan bandar, kampung...Orang yang duduk kat situ sikit je, tak banyak. Semua orang kenal semua orang. Pergi situ jumpa orang ni pergi sini jumpa orang yang sama jugak! Kampung tu kecik je. Kalau ada orang yang tak kenal orang tu, maybe orang tu adalah alien atau orang gila!” beritahu Milla dengan mukanya yang serius tu membuatkan bulu roma Adam ternaik sedikit.
Melihatkan Wajah Adam berubah apabila Milla menyebut perkataan ‘alien atau orang gila’ Milla pun berkata “Saja je saya buat lawak pasal alien tu...tak betul pun!” ujar Milla lalu meletakkan barangnya di atas lantai  ruang tamu rumah barunya.
 “So, why don’t you show me around the house?”
“Oh...Okay jom!” ujar Adam lalu berjalan menuju ke sebuah bilik.
“Ini bilik awak dan as you can see, bilik yang kat depan tu bilik saya.” Ujar Adam sambil menunjukkan biliknya kepada Milla.
    Setelah menjelajahi seluruh pelusok rumah, Adam menolong Milla menggangkat barang-barangnya ke dalam biliknya.
“Well, rumah yang besar untuk dua orang tapi takpe, luas sikit.Tak sempitkan. Thanks again though for letting me stay here.” Ucap Milla sekali lagi
“Nah,you’re welcome.” Ucap Adam dengan ringkas sahaja.
Tiba-tiba bunyi burung berkicaun berbunyi lagi (simbol terhadap keadaan yang sunyi sepi diantara Milla dan Adam)..
 “Erm..lebih baik saya berkemas dulu..” ujar Milla.
“Oh ya, betul lah...bye!” ucap Adam yang kelihatan sungguh blur.
Lalu Milla menutup pintu biliknya dan meninggalkan Adam berdiri di hadapan pintunya seorang diri dengan perasaan yang agak pelik tersemat dihati.
   
     Adam tidak pernah pun menduga bahawa kehidupannya akan berubah sebaik saja Milla hadir  ke dalam hidupnya dengan keadaan yang agak pelik dan sedikit kelakar malah Adam sendiri tak pernah menduga bahawa kehidupannya akan dihuru-harakan dan diporak-perandakan oleh seorang wanita yang bernama MILLA.
   Pada suatu hari yang belum lagi diklasifikasikan pagi pun, Adam yang sedang tidur lagi enak diuliti mimpi telah ternganggu apabila bunyi yang bising telah ‘memecah’ dinding bilik tidurnya. Lalu Adam pun bangun –  walaupun berat hatinya untuk melakukannya. Sebaik saja dia membuka pintu biliknya, mata Adam terus terbeliak apabila dia ternampak Milla sedang vakuum rumahnya yang kini telah rasminya menjadi rumahnya bersama dengan Milla.
“What the hell are you doing??” Tanya Adam sebaik saja melangkah keluar dari bilik tidurnya.
Milla memandang Adam dengan mukanya yang tak bersalah tu, lalu tersenyum.
“Saya tengah kemas rumah ni.. Berhabuk sikit!” ujar Milla lalu menyambung semula kerjanya semula.
Mulut Adam hampir terlopong apabila mendengar Milla berkata sebegitu.“Tengah-tengah pagi buta ni?!” Tanya Adam dengan nada yang agak kuat sedikit sebab nak lawan bunyi vakkum.
 “Apa?!” jerit Milla yang tak dengar apa yang dikatakan oleh Adam.
Adam mendekati Milla lalu menyebut sekali lagi ayatnya tadi “TENGAH-TENGAH – PAGI – BUTA – NI?!”
Apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Adam, Milla terus mematikan vakum nya lalu berkata “Well actually, saya terbangun awal, lepas tu saya tak boleh nak tidur balik..saya pun berkemaslah. Lagipun, rumah ni berhabuk sangatlah.Bahaya...takut-takut kalau kena batuk kering...susah nanti.” beritahu Milla
“Tapi tak boleh ke awak berkemas bila dah pagi nanti?” Keluh  Adam.
“Bukan ke dah pagi ke ni?” ujar Milla lalu menunjukkan Adam jam tangannya yang sudahpun pukul 5.00pagi. Awalnyalah dia ‘terbangun’.
Adam tidak berkata apa-apa cuma menggelengkan kepalanya sahaja tanda tidak percaya dengan apa yang baru saja dia saksikan.
“Awak kejap lagi nak kerja kan? Baik awak pergi tidur balik so that bila awak bangun nanti, tak adalah awak mengantuk sangat! dan saya akan sambung balik kerja mengemas rumah!” ujar Milla sambil menolak badan Adam balik semula ke biliknya.
“Macam mana saya nak tidur balik kalau bunyi bising macam ni?!” Tanya Adam yang jelas sudah bengang!
“Kejap eh..” ujar Milla lalu keluar dari bilik Adam menuju ke biliknya sambil berlari-lari anak, dan tak sampai 5 saat, Milla datang balik ke bilik Adam sambil memegang sesuatu ditangannya.
“Nah!” ujar Milla sambil menghulurkan sebuah ear muff kepada Adam.
“Apa ni?”
“Ear muff! Nanti kalau awak tidur, lepas tu pakai benda ni konfem!Awak takkan dengar satu bunyi bising pun! kalau bom meletup sebelah awak pun awak takkan sedar! Gerenti punya!” cerita Milla dengan begitu semangat.
Adam hanya diam sahaja, tanpa banyak cakap.. Adam pun menyarungkan ear muff tersebut pada telinganya lalu berbaring semula diatas katilnya.. Melihatkan keadaan Adam yang sudah tenang, Milla pun keluar dari bilik tidur Adam lalu menutup pintu biliknya dengan perlahan-lahan dan membiarkan Adam tidur seperti seorang bayi….


     Adam bangun semula dari tidurnya tepat saja pada pukul 6.30 pagi – seperti biasa. Seperti kata Milla pada pagi tadi, Adam sikit pun tak ternganggu dengan bunyi vakum mahupun bunyi lain yang boleh menganggu orang lain ketika tidur.Tapi Adam lain...dia tidur bagaikan bayi yang syaratnya mesti pakai drypers jenama Huggies Night Out. Ketika Adam keluar dari bilik tidurnya untuk pergi ke bilik air, matanya sekali lagi  terbeliak apabila dia mendapati rumahnya yang dulu tak ubah seperti gua yang sarat dengan sarang kelawar berubah seperti sebuah rumah yang tak ubah seperti rumah Donald Trump kecuali rumahnya nampak bersih manakala rumah Donald Trump penuh dengan warna keemasan dan besar lagi 2 kali ganda bersihnya.
Adam melihat sekeliling untuk mencari Milla tapi matanya terhenti apabila dia ternampak ada sesuatu di atas meja makan, lalu dia pergi ke meja tersebut dan terkejut apabila mendapati ada beberapa aneka makanan yang sudah tersedia di atas meja tersebut, tiba-tiba matanya menyilau ke tepi meja tersebut dan dia hampir menjerit apabila dia ternampak sesuatu yang kelihatan seperti darah menitis-nitis sehingga ke bawah meja. Pikirannya mula meracau apabila dia memikirkan kesan merah itu adalah darah dan kepala otaknya semakin meracau apabila dia memikirkan kesan merah itu adalah milik Milla.
        Disebabkan dia mahu mengenal pasti kalau-kalau kesan itu adalah darah dan lebih buruk lagi kalau darah tu adalah darah Milla, dia mengikuti jejak darah itu  dengan perasaan yang berdebar-debar. Langkahnya terhenti apabila kesan merah itu berhenti di depan pintu bilik air, lalu dengan perasaan yang agak berdebar-debar Adam membuka pintu bilik air dan hampir pitam apabila dia mendapati kesan merah itu kini bertakung di sinki bilik airnya.
 Tanpa teragak-agak, dia pun keluar dari bilik air tersebut dan berlari ke bilik tidur Milla, dan terkejut lagi panik apabila dia mendapati Milla tiada dalam biliknya. Perasaan dan kepala otak Adam semakin berkeruan apabila memikirkan sesuatu yang buruk telah terjadi kepada rakan serumahnya itu, lalu dia terus berlari menuju ke ruang tamu untuk mendapatkan telefon dengan niat untuk menghubungi polis. Sedang Adam mendial nombor 999, hajatnya terbantut apabila tiba-tiba pintu rumahnya di buka oleh seseorang, dan kerana takutkan kalau-kalau pembunuh Milla datang kembali, Adam hanya mampu menutup matanya dan bersedia menerima padah yang akan datang.
“What’s up with you..?” Adam membuka matanya apabila dia terdengar suara seorang perempuan, lalu dia pun membuka matanya dan terkejut apabila dia melihat MILLA tengah  berdiri kaku di hadapannya sambil memenggang sebungkus plastik beg.
“Awak hidup lagi?!” ucap Adam dengan perasaan yang masih lagi terkejut dan panik.
      Milla menganggkat keningnya, hairan dengan apa yang baru diperkatakan oleh Adam.
“Yeah i’m still alive and very much healthy!” ujar Milla lalu menuju ke dapur, di ikuti Adam yang masih lagi blur.
“Kenapa dengan awak? Asal nampak panik sangat ni? Macam nampak hantu je..jangan beritahu saya rumah ni berhantu... saya takut hantu!!” jerit Milla yang sudah mula merepek-raban..
“Tak rumah ni tak berhantu, tapi awak..”Adam terhenti sebentar..
“Saya apa?..Saya bukan hantu tau, kalau saya hantu, saya mana boleh menjelma pagi-pagi!!” jerit Milla yang masih lagi dengan topik hantunya.
“Bukan pasal tu! Darah!! Kat meja tu..” ujar Adam sambil menunjukkan kesan merah itu pada Milla.
“Darah?”
 Ketika Adam sedang menunjukkan kesan tersebut pada Milla, tiba-tiba Milla ketawa berdekah-dekah membuatkan Adam bertambah keliru.
“Apasal awak ketawa?” Tanya Adam
“Awak ingat ni darah ke?!..kah..kah..kah!! Awak buat lawak lah Adam!! Kah..kah..kah.. ni bukan darahlah!! Ni sebenarnya sirap lah..!” ujar Milla yang masih lagi ketawa berdekah-dekah.
“Sirap?” Tanya Adam.
“Yeah sirap! Tadi masa saya tengah berkemas, saya terlanggar botol sirap..so that’s why lah, sirap ni tumpah dekat atas lantai ni!” beritahu Milla.
“Kenapa awak tinggalkan je sirap ni?” Tanya Adam yang jelas kelihatan sudah benggang bagaikan dia sedang berbogel di hadapan perempuan dan lebih teruk lagi kalau perempuan itu terdiri daripada makcik-makcik kepoh.
“Sorrylah..saya bukan sengaja, saya nak bersihkan balik, tapi saya tak boleh lap macamtu je..nanti kesan merah tu tak hilang kalau tak lapkan dengan sabun khas dia and since you don’t have the soap, i went out to buy it.” jawab Milla yang masih tersenyum.
      Adam terdiam dan jangan ingatkan diam hanya sekadar diam, disebalik diamnya itu raut wajahnya telah menjelaskan segalanya.. Wajahnya Adam kelihatan begitu merah sekali!
“Apa semua ni?” Tanya Adam tentang makanan yang berada di atas mejanya dan jelas sekali dihadapan Milla yang dia cuba mengalihkan topik utama mereka.
“Makananlah..sarapan! ke awak nampak daging manusia yang disaluti darah..?” ujar Milla yang sedang menikmati mengalan Adam.
Adam memandang Milla dengan pandangan yang agak tajam lalu berkata “Kelakar sangatlah tu! I was worried okay!” dengan wajahnya yang merah padam tu, Adam cuba mengalihkan sekali lagi topik mereka dengan mengambil tempat duduk di meja makannya.
“Awak masak ke semua ni?” Tanya Adam.
“Oh, tak..saya mana reti masak,saya beli semua ni dekat kedai kopi kat depan banggunan ni!”ujar Milla sambil membancuhkan sabun lantai ke dalam baldi untuk lapkan kesan ‘darah’ yang berada di atas lantai dan juga meja.
“Kenapa awak beli banyak-banyak?” Tanya Adam yang masih lagi belum menyentuh makanan diatas meja..
“Saja je..Lagipun awak kan nak pergi kerja kejap lagi so, sebelum awak pergi kerja..baik awak makan dulu..kasi tenaga sikit, betul tak?!” ujar Milla yang tak ubah seperti seorang isteri yang patuh lagi menjaga akan kebajikan suami yang tercinta  lalu, bangun dan membasuh tangannya yang kotor dan mengambil pinggan diatas cabinet dapur lalu meletakkan beberapa makanan di atas pinggan Adam, dan setelah itu Milla menghulurkan pinggan tersebut kepada Adam bagaikan seorang isteri menyediakan suaminya makanan.
“Banyak betul makanan yang awak beli...siapa nak habiskan?” rungut Adam.
“Awak ni kan banyak tanyalah! Macam perempuan betul! Makan jelah!” marah Milla. “Tak adalah, saya cuma nak tanya je..awak beli ni semua kat mana?” Tanya Adam yang tidak menyedari bahawa dia sudahpun bertanyakan soalan yang sama dekat Milla tadi.
“Weh, kan saya dah kata, saya beli semua ni dekat kedai kopi depan banggunan ni! Awak ni pekak eh?!! and one more thing...bukan ke awak patut pergi ke kerja ke sekarang?” bebel Milla. Adam yang baru saja mahu menjamah sosejnya, terus terbeliak matanya apabila melihat ke arah jam di dinding yang sudahpun pukul 7.00 pagi!! “Shit!!” sumpah Adam tanpa berlengahkan lagi masa, Adam terus ‘szupp!’ ke bilik mandi untuk bersiap-siap pergi ke kerja.
"Dia tak makan pun sarapan dia..” keluh Milla yang yang kelihatan hampa sebab Adam tak menjamah pun sarapannya.
    Setelah Adam sudah bersiap-siap untuk ke kerja, Adam terus keluar dari rumahnya tanpa menjamah makanannya pun.
Sebaik saja Adam keluar dari banggunan rumahnya, dan sedang Adam tengah berlari, langkahnya terhenti apabila dia terdengar ada orang memanggilnya.
“Adam! Adam.. tunggu kejap!!” jerit Milla, sebaik saja Adam menoleh ke belakang.
“Nak apa?” Tanya Adam sebaik saja Milla berada dihadapannya.
“Awak tak makan pun sarapan awak!” ujar Milla.
“Milla! I’m late already, mana sempat nak makan!” jawab Adam dengan termengah-mengah.
“Ah...sebab itulah saya dah bersiap-sedia. Saya dah bungkuskan awak sarapan!Nah!” ujar Milla lalu menghulurkan sebuah beg kertas yang berisi sarapan untuk Adam.
“Awak bungkuskan saya makanan?” Tanya Adam dengan perasaan yang agak terharu.
Milla hanya mengangguk saja sambil tersenyum.
“Terima kasih..” ucap Adam kepada Milla.
Untuk seketika, Adam hanya sekadar memandang Milla tepat dimata sambil tersenyum... “Erm..Adam.. aren’t you late already?” ujar Milla yang cuba menyedarkan Adam tentang kelambatannya.
Adam membeliakkan matanya lalu melihat jam tangannya sudahpun pun pukul 7.25! “Oh shit!” tanpa berlengahkan masanya, Adam pun berlari tapi sempat menoleh ke belakang apabila dia dipanggil sekali lagi oleh Milla.
 “Awak balik pukul berapa malam ni?!” jerit Milla membuatkan beberapa orang yang berada disitu memandangnya.
 “Pukul 8.00 atau 9.00 malam kot!!” teriak Adam lalu terus lari ke hadapan.

Milla masih lagi berdiri ditempatnya melihat Adam berlari dengan pecutnya semata-semata untuk mengejar tren untuk ke kerja. Lalu Milla tersenyum apabila dia berkata “8.00 atau 9.00? hmm…cukup masa agaknya kalau aku kemas rumah tu. Baik buat sekarang!!” ujar Milla lalu masuk semula ke banggunan apartmentnya untuk meneruskan ‘projek’ nya!!.