Wednesday, December 4, 2013

|| Teksi ||

Menunggu awak tu macam tunggu teksi.
Muncul, lalu lalang bukan main.
Bila tahan..
Bukan main jual mahal taknak berhenti.

Tuesday, December 3, 2013

||Lalat||

Masalah tu ibarat seperti lalat.
Bila kau dah betul-betul rasa selesa duduk kat satu tempat. 
Tiba-tiba lalat tu datang terbang kacau kau.
Lantas kau naik angin.
Lantas kau geram.
Lantas kau menyampah dengan lalat tu.

Masalah pun sama macam tu.
Bila kau dah rasa tenang.
Bila kau dah rasa selesa.
Bila kau dah rasa "kehidupan macam ni lah aku nak"...
Lantas masalah datang dan menggangu kau.

Kau muak.
Kau penat.
Kau geram.
Kau sakit.

Kalau lah masalah tu boleh disembut ridsect macam mana kita selalu buat kat lalat kan bagus.

Monday, September 16, 2013

||Till Death Do Us Part||

Aku pandang bawah... dan aku lihat lautan penuh dengan manusia.
Aku pandang bawah... dan aku apa yang aku dengar hanyalah bunyi-bunyi bingit dari kenderaan di jalan raya.
Aku pandang bawah... dan apa aku nampak hanyalah kematian. 

Kau pernah janjikan nama
Kau pernah janjikan kemasyuran
Kau pernah janjikan habuan
Kau pernah janjikan aku macam-macam.

Aku dengan bodoh berikan kau segalanya.
Tubuh, jiwa, hati, duit, dan keremajaanku.
Dengan begitu bodoh aku mempercayai kau..
Kau yang jumpa aku dalam keadaan diriku yang lemah.
Dan dari kelemahan aku itulah kau merobek segala-galanya.

Kau gunakan aku.
Gunakan namaku, hartaku, tubuhku, kemasyuranku...
Gunakan semua itu untuk kepentingan kau.
Dan setelah selesai...kau buang aku bagaikan aku sampah.

Sekarang, apa yang kau rasa?
Setelah di tikam dan dihunus pisau pemotong daging di perut, apa yang kau rasa sayang?
Sakit bukan?
Kalau kau nak tahu... sakit yang aku rasa sekarang jauh lebih perit dari apa yang kau rasa sekarang.
Aku harap kau bahagia.
Harap kau puas.
Harap kau sedari kesalahan kau.
Aku tahu semuanya sudah terlambat.
"Maaf" sudah tidak berguna lagi untuk kau sedangkan kau terbaring di atas lantai.
Berdarah sehingga mati. Sehingga malaikat maut menjemputmu.
Tapi jangan bimbang sayang...
Aku akan mengikut mu.
Itu yang pernah aku janji bersamamu suatu ketika dahulu...
"Till death do us part..." itu yang pernah aku katakan kepada mu... 

Aku pandang bawah... dan apa yang aku lihat hanyalah kematian. 

||Rabun||

Malang bagi manusia yang rabun sebenarnya...
Malang kerana setiap kali nak tengok sesuatu, dia perlu menyarungkan spek mata di wajah.
Malang kerana setiap kali dia menyarungkan spek mata, dia di ejek 'skema' oleh orang-orang sekeliling.
Malang kerana setiap kali pakai tudung, tudung kembang apabila dia menyarungkan spek mata di wajah.

Kesiannya jadi rabun.

Tapi nak tahu apa kelebihan jadi rabun?

Haaa... Ni rahsianya.

Untung jadi rabun...
Kau boleh mengelak dari bertentang mata dengan orang ramai.
Kau boleh mengelak dari berkonfratasi dengan orang yang kau rasa tidak selesa.
Kau boleh curi-curi pandang si dia dari jauh dan berpura-pura yang kau sedang tengok tempat lain walhal kau sedang memandang dia.
Kau boleh kurangkan rasa gementar apabila ingin memberi ucapan di hadapan orang ramai.

Banyak lagi keuntungkan jadi rabun.
Tapi banyak lagi malang jadi rabun.
Bezanya, terletak pada diri kita sendiri untuk menggunakan kebaikan dan keburukan menjadi seorang rabun.

Kau rabun?
Selamat datang ke dunia penglihatan yang samar-samar.

Sunday, September 15, 2013

||Truck Aiskrim||

Aku jumpa kau ketika aku sedang berduka.
Kau hadir ketika aku sedang bersedih. marah. kecewa dan...hampir putus harapan.
Tapi...bila kau hadir...bagaikan magik...
Semua itu hilang...
Segala kesedihan, marah, kecewa, dan macam-macam lagi ngaib.
Besar betul kesan kehadiran yang kau bawa untuk aku...

Dan dalam masa kita bersama...
Jujur aku kata, saat kita bersama lah saat yang paling bahagia dalam hidupku.
Bahagia yang tak pernah aku rasakan sejak kematian ibuku.
Bahagia yang tak pernah aku rasakan sejak dugaan yang datang melanda.
Akhirnya... untuk sekian lamanya aku menemui kau.
Kau yang sanggup menerima segala kekuranganku.

Bahagia betul aku bila bersama dengan kau sampai satu tahap...
Aku hanya mahukan mimpiku pada setiap malam hanya ada kau saja.
Dan jujurnya...
Sayang aku kepada kau...sampai satu tahap aku ingin berikan segala-galanya juga kepada kau.

Tapi...sayang. 
Kau seakan-akan seperti sebuah truck aiskrim yang hanya datang pada waktu-waktu petang saja.
Datang lalu berlalu pergi.
Datang, berikan aku aiskrim... lalu pergi. Hilangkan diri. Hilang berikan aiskrim kau kepada orang lain.

Bahagia aku juga kau.
Derita aku juga adalah kau.

Mahu saja aku lontarkan segala caci makian kepada kau...
Tetapi aku tak sanggup...
Sayang lagi barangkali.
Bodoh lagi barangkali.

Kau bodoh. Itu je aku nak kata.

||Teh O Ais & Kopi Panas||

Orang kata dalam bercinta, keserasian amat penting.
Orang kata dalam bercinta, persamaan amat penting.
Kalau Si Lelaki suka A... Perempuan juga harus suka A.
Kalau Si Lelaki suka bola... Perempuan itu juga harus meminati bola.
Kalau Si Lelaki suka kucing... Perempuan itu juga harus menyayangi kucing.

Semuanya sama. Kau tak bosan?

Kini... aku sedang duduk di depan kau.
Kini... kau sedang duduk di depanku..
Masing-masing cuba untuk mengelak dari bertentang mata.
Malu. Segan. Hiks...
Al maklumlah... pertemuan kali pertama.

Kau pesan kopi panas.
Aku pesan Teh O Ais.
Kau pernah bilang yang kau seorang peminat tegar kaffein.
Aku pernah bilang yang aku memang hantu teh.
Kau kata "Teh tak beri apa-apa benefit!"
Aku pula kata "Kopi buat orang mudah jatuh sakit!"
Kau ingat tak? Kita pernah berdebat tentang hal bodoh ini di telefon selama setengah jam.
Berdebat sampai tak sudah sehinggalah kau mula tergelak besar.
Ah... apalah. Benda macam ni pun boleh jadi isu! Kata kau di talian.
Pada mulanya aku mahu marah...tapi...aku juga mula tergelak.
Bangang! carut aku dengan nada yang manja.

Kini. Kopi panas kau sudah pun sampai.
Kini. Teh O Ais aku juga sudah sampai.
Kopi panas di tanganmu. Teh O Ais di jari jemariku.
Kau mula hirup kopi tersebut sebaik saja selesai mengacau air itu.
Jari-jemari ku pula hanya sekadar bermain-main dengan penyedut air aku.
Mataku mula fokus memandang kau.
Kau mula tersedar pandanganku, lalu menjeling.
"Kenapa pandang?"
Aku tersenyum "Saja. Tengah pikirkan sesuatu."
"Apa yang awak pikir?"
Aku tersenyum sipu. "Tentang perbezaan kita."
Kau mula tersenyum kecil. "Akan jadi masalah ke untuk kita nanti?" tanya kau.
Aku terdiam. Berfikir sejenak. Ais di dalam cawan teh o ais aku mula cair. Pandang si dia dengan mata yang...percayalah... kalau aku boleh tangkap gambar mataku, pasti ia bersinar-sinar.
"Hope not." ujar aku dengan ringkas.

Apalah sangat dengan perbezaan antara kau dengan aku.
Jikalau hati sudah berpaut.
Sudah sayang...
Apalah sangat perbezaan yang sekecil semut itu untuk aku dan kau.


||Nasi Panas Lauk Mentega Campur Kicap||

Masa kecik-kecik dulu aku seringkali dimarah Mama sebab suka main hujan...
Bila deman, mula lah dia membebel "Kan mama dah cakap!"
Dan aku hanya mampu tadah telinga mendengar bebelannya sambil
membuka mulut menerima suapan nasi panas berlaukkan mentega bercampurkan kicap dari tangannya yang kasar tapi lembut itu.

100 kali dia bebel dan marah... 100 kali itu jugalah aku kerap melakukan perkara yang sama...
Mandi air hujan macam mana kita mandi dalam bilik air...
Agaknya kalau boleh bawak shampoo dan sabun...dah lama jugak aku buat kerja gila tu.
Tapi nasib baik... biarpun masih mentah... aku mampu berfikiran waras...
Nasib baik.

Tapi sejak dah besar...
Kegilaan untuk mandi hujan tiada lagi...
Mungkin sebab dah besar...
Mungkin sebab dah berumur... dah tua..
Mungkin sebab tidak logik lagi untuk orang dewasa seperti aku bermandi hujan...
Takut di gelar gila oleh orang ramai...
Kita kan perempuan... haruslah jaga penampilan bukan?

Tapi mungkin...mungkin sebab Mama dah tak ada...
Mungkin masa kecik-kecik dahulu...
Aku suka main hujan sebab adanya Mama...
Mungkin aku suka main hujan biarpun tahu aku akan jatuh demam nanti disebabkan adanya Mama...
Sebab aku tahu, kalau aku mandi hujan, kalau aku jatuh sakit...Mama mesti ada untuk jaga aku...
Sambil mulutnya tak berhenti membebel, sambil tu jugalah tangannya tidak jemu menyuapkan nasi panas berlaukkan mentaga bercampurkan kicap dari tangannya yang kasar tapi lembut itu.

Tapi kalau aku jatuh sakit sekarang?
Siapa saja yang ada untuk membebel dan menyuapkan aku nasi panas berlaukkan mentega campur kicap dari tangannya yang kasar tapi lembut itu?


||Pura-pura||

Manusia memang berisiko tinggi untuk berkelakuan celaka kadang-kadang...
Kenapa?
Sebab kadang-kadang...mereka cakap tak serupa bikin...
Kenapa?
Sebab mereka tu manusia.

Hari ni cakap A...
Esok cakap B...
Hari ni cakap Ya...
Esok cakap TIDAK...

Hari ni kata SUKA...
Esok bilang BENCI...

Hari ni kata MAHU BERKENALAN...
Esok KAU BERPURA-PURA TIDAK MENGENALI.

Manusia...eh bukan...KAU MEMANG CAKAP KELING.

Saturday, September 14, 2013

||Kau. Rokok dan Ahhh...||

Fuuuuhhh...
Fuuuuhhh...
Kau hembuskan asap rokok ke udara...
Fuuuhh...fuuuhhh...
Kau hembuskannya sekali lagi...
Aku hanya memerhati dari tempatku...

"Kenapa awak pandang-pandang?" tanya kau sambil mengerut keningnya tebal itu.
Aku tersenyum sipu "Takde...saja je nak tengok..."
Kau tersengih. Lucu barangkali...
"Awak tak kisah kan saya merokok?" Tanya kau.
Aku menggeleng "Tak."
"Kenapa? Bukan perempuan tak suka lelaki merokok?" ulas kau lalu menyedut asap nikotin dengan dalam-dalam.
Aku tersenyum kecil "I'm not like those girls..." jawab aku dengan ringkas.
Kau ketawa kecil "Really? why is that?"
"Just because...." jawab aku sambil menggangkat bahu.
Kau ketawa "Jadi awak memang takde masalah lah kalau saya merokok?" tanya kau lagi.
"Tak."
"Kenapa?"
"Sebab awak nampak seksi." jawab aku dengan jujur.
Kau tergelak besar. "Sebab tu je?"
"Sebab awak nampak cool."
Kau tergelak besar sekali lagi.
"That's why?"
"Sebab saya dah memang suka awak...jadi even kalau merokok atau tak...awak tetap nampak seksi dan cool depan saya." jawab aku sambil tersenyum sipu.
Kau tersenyum sambil menatap mataku dengan pandangan yang mendalam.
"Kenapa awak senyum?" tanya aku yang mula terasa segan dengan cara pandangnya.
Kau diam. Sambil menyedut sekali batang rokok Malboro Lights, kau mengukir senyuman kecil di bibir...

"I'm just happy that i found you..." kata kau sambil menghembus keluar asap rokok kau jauh dari wajahku.

Sunday, September 8, 2013

||Pokok Rahsia||

Tahu tak...
Ada satu kepercayaan di zaman purba kala...
Apabila kita ingin menyimpan satu rahsia...
Rahsia yang sungguh berat sekali untuk di simpan...
Mereka yang ingin menyimpan rahsia ini akan mengorek satu lubang di dalam sepohon kayu...
Dan apabila ia sudah di korek...kita bisikkan rahsia itu ke dalam lubang tersebut...
Merepek bukan?

Tapi kadang-kadang...
Dalam hal-hal merepek itulah...
Hati kita mula terhibur...
Hati kita mula terasa ringan...
Hati kita mula rasa senang...

Jadi apa salahnya dengan merepek?
Kalau itu yang boleh buat kita tersenyum...
Kenapa tidak boleh kita beri ianya peluang...

Izinkan daku mengorek satu lubang pada sepohon pokok yang lama...
Dengan harapan biarlah rahsia di hati ini mati bersama dengan pokok tersebut...
Tapi...aku tahu...sekuat mana pun aku cuba menyimpan rahsia tersebut...
Aku tahu..dan kau juga tahu apa rahsia yang sedang ku simpan...
Aku cintakan kau...
Aku sayangkan kau...
Aku masih menunggu kau...
Itulah rahsianya.

||Apa Kau Nak Sebenarnya?||

Di suruh dan di nasihatinya untuk kita move on...
Di suruh dan di nasihatinya untuk kita melupakan si dia...
Di suruh dan di nasihatinya untuk kita cari kekasih yang baru...
Di suruh dan di nasihatinya untuk kita buka buku baru....

Tapi bila kita mahu move on...
Di katanya "eh...cepatnya move on..."
Bila kita mahu lupakan dia...
Di katanya "Aik... senangnya awak lupakan dia..."
Bila kita mahu dan sudah jumpa kekasih yang baru...
Di katanya "Senangnya awak cari penganti..."
Bila kita mahu buka buku baru....
Di katanya pula "Mudahnya awak buka buku baru..."

Ahh...Celaka apa ini!
Di suruhnya bukan main...
Tapi bila dah berlaku...
Bukan main dia berkata itu ini...

Celaka juga manusia yang sebegini....

Apa yang kau nak sebenarnya?

||Tuhan Wanna-Be||

Acah-acah Tuhan...
Itulah kau...
Acah-acah menghakimi...
Itulah jugalah kau...
Acah-acah sempurna...
Itu jugalah kau...

Wahai Tuhan Wannabe...
Sempurnanya kau di mata manusia..
Sempurnanya kau di luar dan di dalam..
Sempurna sungguh hidup kau...

Wahai Tuhan Wannabe...
Apa segala benda yang kau buat tu betul ke?
Apa segala perbuatan yang kau buat tu tepat ke?
Apa segala benda yang aku dan orang lain buat itu salah?
Betulnya kau...

Wahai Tuhan Wannabe...
Kau sibuk suruh orang jadi diri sendiri...
Kau sibuk persetankan mereka yang menghakimi..
Kau sibuk katakan "better be ourselves" di laman sosial...

Tapi...

Kau sedar tak yang kau sendiri menghakimi orang tanpa henti...
Kau sedar tak yang kau sendiri sibuk cuba jadi orang lain...
Kau sedar tak yang kau sendiri tak mahu jadi diri kau sendiri...

Apa yang kau dapat bila jadi Tuhan?
Duit? Populariti? Nama? Pujian??

Kau sibuk menghakimi orang yang kau sendiri tidak kenal..
Tidak pernah berborak, berjumpa, maupun dengar suara...
Jadi dimana logiknya bila kau sibuk kata aku ini dan aku itu...

Duduklah semeja dengan ku, 
Berbual lah dengan aku...
Tak lama aku mintak..
Cukuplah setengah jam...
Masuklah ke dunia aku dan kenali lah aku dalam masa itu...
Ini tidak...
Tak kenal,
Tak jumpa,
Tak pernah berbicara,
Kau sudah "judge" aku...

Tuhannya Kau......

||"Lying Bastard" And "Cheating Backstabbers"||

Apa itu "move on"?
Apa itu "dumped"?
Apa itu "lying bastard?"
Apa itu "cheating backstabbers"?

Apa itu semua bagi kita?
Bagi aku..."lying bastard" tu adalah engkau.
Manakala "cheating backstabbers" tu pula adalah engkau.
Engkau dan engkau, molek sungguh untuk bersama.
Engkau dan engkau memang sesuai sungguh bersama.

Si "Lying bastard" sibuk suruh kita "move on" setelah "dumped" kita..
Setelah berjanji dan mengucapkan kata-kata harapan setinggi langit ke tujuh...
Diberi alasan "kita tidak sesuai bersama" "Saya rasa hambar dengan awak" "Saya tak boleh go dengan awak."
Alasan....
Alasan....
dan alasan....
Alasan yang diberi kau setelah  si "cheating backstabbers" mula beri "lampu hijau" ke kau. Dia yang kau dah lama punya perasan tapi sayang...tak mampu dapatkan.
Tapi setelah kau bersama aku, kau mula dapat perhatiannya...
lalu kau mula memasang impian untuk bersamanya kembali...
kau mula rasa bosan, hambar, rimas dan macam-macam dengan aku...
kenapa dengan secara tiba-tiba, kau mencari segala kesalahan yang ada pada aku...
kenapa kau rasa begitu secara tiba-tiba?
kenapa dengan tiba-tiba kau ingin meninggalkan aku?
biarpun setelah aku cuba dan tidak henti-henti merayu kepada kau...
merayu supaya jangan buat hati aku remuk...
Kau dengan bersungguh-sungguh dan nekad ingin memutuskan hubungan kita...
Nekad tidak mahu berikan peluang untuk aku memperbetulkan kembali apa yang patut dibetulkan...
Kau langsung tidak ingin cuba menyelamatkan hubungan kita...

sebab apa kau nekad? sebab dia...dia dah mula tarik kau...dia yang kau gila-gilakan dari dulu sudah mula menarik kau...


"Kenapa manusia tamak?" tanya kau ketika kita berdua masih menyayangi antara sama lain...
"Kenapa manusia tak pernah menghargai orang yang ada di depan mereka?" tanya kau lagi setelah mengenang kembali peristiwa kekasih lama menipu dan mencurangi kau...
Apa aku jawab?
"Dia tak pernah bersyukur..." "Dia tak sedar yang dia melepaskan orang yang betul-betul sayangkan dia..."
Lalu kau kata "Saya akan sayangkan awak selama-lamanya...janji."
Dan aku senyum bila kau berkata begitu...

Tapi sekarang...siapa sangka kau akan buat perangai seperti kekasih lama kau...
siapa sangka aku akan jadi seperti kau?
siapa sangka kau dan si dia sanggup perlakukan sebegini terhadap aku...

Kau tahu apa yang paling sakit bila ditinggalkan kau dan dipaksa kau sendiri untuk "move on"....lupakan segala-galanya tentang kau.
Dan kau tahu apa yang masih lagi tergiang-giang ditelingaku?

"Saya berdoa..kalau kita tak ada jodoh kat dunia ni...saya berdoa sangat-sangat, yang kita akan bersama di akhirat nanti."

Jadi katakan lah pada aku...bagaimana harus aku cuba lupakan kau?

Bahagia lah tu bila dah dapat dia yang kau gila-gilakan selama ni?
Bahagia lah tu bila perempuan yang kau kejar-kejar kan dulu mula meminati kau juga?
Bahagia lah tu bila kau dah tinggalkan aku untuk pergi ke dia?
Bahagia lah tu bila hari-hari aku merana bila teringatkan kau?

Seronoknya jadi kau...

Dan kau!

Seronok jadi kawan aku dan pada yang sama mengkhianati aku?
Seronok dapatkan bekas aku?
Seronok bercinta dengan lelaki yang pernah dan masih aku sayangkan?
Seronok buat perangai seolah-olah kau tu mangsa dan aku yang "villain"?
Seronok buat kawan sendiri menderita?

Mesti kau tengah bahagia kan?

kepada si "lying bastard" tolonglah fikirkan balik apa yang kau buat dekat aku...
tolonglah ingat kembali janji-janji manis yang pernah kau taburkan dekat aku dan kini sedang taburkan juga kepada si dia...
dan paling penting...tolonglah berhenti menipu. Kau nak menipu aku sampai bila?

dan kepada si "cheating backstabbers"...
aku harap kau berhenti berlakon...
berhenti berpura-pura...
berhenti pentingkan diri sendiri...
berhenti mengkhianti kawan kau sendiri...
berhenti berkata-kata puitis seolah-olah kau menghargai apa itu "cinta sejati"
berhenti dan fikirkan kembali kesalahan kau kepada aku....
dan aku berharap sungguh kepada Tuhan....yang kau takkan bahagia dengan cara keji kau yang begini, wahai kawan...

Jahatkah aku untuk mendoakan kehancuran hubungan kamu berdua?
Jahatkah aku untuk berasa marah dengan apa yang kau berdua dah buat?
Tak... aku rasa apa yang aku buat ni tak salah... dan siapa kata dunia tu adil?
apa adilkah apa yang telah diperlakukan kepada aku sekarang?
tidak bukan...

Jadi marilah kita tengok sampai bila si "Lying Bastard" dan si "Cheating Backstabbers" mampu bertahan...
Biarlah untuk kali ini...aku berlagak seperti seorang "villain" sebab aku dah muak jadi "orang baik" dalam drama kehidupan ni...



Saturday, September 7, 2013

|| Female Fatale: Part 3||

“Saya nak tanya awak sikit, boleh tak?” Tanya Adam semasa dia sedang menghempas-pulas mengepam sinki tersumbat tu.
“Apa dia?”
“Awak tak kerja ke hah?” Tanya Adam sambil memandang Milla yang berada disebelahnya, memerhatikan sinki yang tersumbat itu dengan matanya yang dari tadi tak kelip-kelip.
“Kenapa tanya?” Tanya Milla semula yang masih lagi tidak mengalihkan tumpuannya dari sinki yang tersumbat itu.
 “Yelah, saya pelik je. Sejak awak duduk kat sini… tak pernah saya nampak awak pergi kerja…” ujar Adam.
“Saya memang tak kerja pun.” Jawab Milla dengan ringkas.
Adam terberhenti apabila dia mendengar Milla berkata sebegitu, lalu dia memandang Milla dengan pelik “Kalau awak tak kerja, macam mana pulak awak dapat duit nak bayar duit sewa rumah, beli barang-barang ni semua?” Tanya Adam.
“Dulu saya memang kerja dekat satu company ni…saya macam semua orang, asyik-asyik kerja je. Makan kerja, minum kerja, tidur pun kerja! boleh kata hidup saya ni kerja jelah, tapi bila saya dah kerja je, dah dapat kumpul duit yang banyak, saya pun terfikir…apa nak buat lepas ni? so, saya pun buat keputusan untuk berhenti kerja…jadi, suatu hari tu saya pun masuk ke dalam office bos saya dan cakap kat dia directly “Saya dah penat dan malas lagi nak buat kerja! Saya nak berhenti!” then, saya pun terus keluar dari office dia, dan walk out!” ujar Milla sambil menyusun semula pinggan yang diletak atas kabinet ke tempat asalnya.
Adam terdiam, kagum dengan cerita yang Milla baru sahaja cerita padanya, dia kagum apabila dia dengar Milla cakap yang dia, terus-terang pada bos nya lalu walk out! Apabila Adam memikirkan tentang hal itu, tak mungkin dirinya dapat melakukan perkara tersebut pada bosnya, kerana dia tak ada keyakinan diri yang begitu tinggi.
“Jadi awak terus keluar?” Tanya Adam sekali lagi.
“Yup! Saya terus keluar dan never look back…never!” ujar Milla dengan semangatnya yang tinggi.
Adam tersenyum, dan tangannya masih lagi memenggang pengepam sinki yang dari tadi tak betul-betul.
“Lepas awak berhenti kerja, awak buat apa nak tanggung diri awak?” Tanya Adam yang semakin tertarik dengan kisah hidup.
“Biar saya ingat balik. Ohh... takde apa-apa sangat. Saya banyak travel. Kalau saya takde duit, biasanya saya buat kerja part-time. Kerjalah apa-apa yang boleh bagi saya duit atau tips hari tu jugak. Kadang-kadang tu saya kerja dekat coffee shop, kedai cd… which by the way, paling lama sekali sebab saya suka dengar lagu-lagu rock and kerja dekat sana dapat dengar cd free. Lepas tu, saya pun pernah kerja hantar delivery mail naik basikal, kerja kontrak pun pernah. Pendek kata, kalau saya nak duit hari tu jugak, saya kerjalah.”
“Macam mana awak boleh cari kerja senang sangat?” tanya Adam dengan hairan. Sebab setahu dia, peluang cari kerja dekat Bandar Aerial ni agak susah sikit.
Sambil tersenyum nakal Milla berpeluk tubuh sambil bersandar di tepi sinki, memandang ke atas siling dapur “Saya ada contact. Sebab tu senang. Lagipun saya ada banyak buat kawan bila saya travel. So, let’s just say that i want a job, saya call diorang jelah.”
Adam hanya mengganguk dan meneruskan semula kerjanya. Setelah berhempas pulas mengepam sinki bodoh tu selama 12 minit, akhirnya sinki tu kembali  betul  dalam keadaannya yang asal semula, membuatkan Milla dan Adam tersenyum puas. “Hah!baru betul..huh! penatnya” ujar Adam sambil mengelap peluhnya didahi sambil diperhatikan oleh Milla
“Macam ni lah… apa kata awak pergi masuk tidur dulu, biar saya kemas dapur ni…lagipun awak nak kerja kan esok?” ujar Milla
“Serius ke? Awak sure tak nak saya tolong?” Tanya Adam yang kelihatan prihatin akan Milla.
Milla menggeleng sambul tersenyum “Betul,takpelah.awak pergilah tidur dulu,sikit lagi je ni.” ujar Milla
“Okay…good night!” ucap Adam lalu beredar ke bilik tidurnya.
    Semasa Adam melangkah masuk ke bilik tidurnya, Adam bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia nampak lalu tanpa disedarinya sendiri, dia telah menjerit dan serta-merta membuatkan Milla yang berada di dapur berlari ke bilik tidur Adam sambil membawa kayu penggelek karipap untuk safety precautions…
“Apa dia? Apa dia?! Mana pencuri tu, biar aku pelengkung dia!! Mana dia??!” jerit Milla bertubi-tubi sebaik saja dia sampai di pintu bilik tidur Adam dengan gayanya yang tak sabar nak membelasah orang dengan kayu penggelek karipapnya tu.
“Mana ada pencuri! Ni hah!! Apa dah jadi dengan bilik saya ni??” Tanya Adam sambil menunjukkan biliknya yang dulu macam tapak perkuburan, bertukar menjadi tapak menanam bunga dan pokok. Semuanya hijau!!
“Oh, pasal ni! Erm… Entah.” jawab Milla dengan seringkasnya lalu cuba mengelak dari Adam dengan keluar dari bilik Adam dengan diam-diam.
“Entah?? Macammana pulak awak boleh kata entah? Kenapa bilik saya hijau sangat?” Tanya Adam yang kelihatan benggang apabila dia menarik colar baju Milla semasa dia dalam ‘percubaan melarikan diri’ dari Adam.
“Sorrylah! Lupa nak bagitahu yang saya ter-renovate bilik awak…” ujar Milla sambil memandang ke tempat lain – tak berani nak tengok mata Adam kerana takut dimarahi olehnya.
“Ter?? Macam mana pulak awak boleh ter-renovate bilik saya??”
“Saya syok sendiri, sampaikan tak sedar yang ter-renovate bilik awak… I got carried away! Alah… lagipun okay apa…lawa jugak saya decorate bilik ni… ada bakat tau!” ujar Milla
“Lawa tu memang lawa Milla… tapi kenapa, why… why… hijau??!” ujar Adam.
“Awak tak suka hijau ke?” Tanya Milla sambil memandang Adam dengan pelik.
“Ya… saya tak suka! dan kenapa bilik saya tiba-tiba ada teddy bear?!” Tanya Adam apabila dia ternampak teddy bear yang bernama ‘Ernie’ dari Sesame Street terletak diatas katilnya…
“Oh, Ernie! Awak tak suka dia ke? Kan dia tu comel!” ujar Milla yang seperti kanak-kanak..
  “Peduli apa saya kalau dia comel ke hodoh ke…but why the hell is he in my room?” Tanya Adam yang jelas sekali tidak menyukai Ernie.
“masa saya on the way nak balik tadi, saya singgah kat kedai second-hand ni…tengok-tengoklah barang yang ada kat sana…pastu bagaikan takdir, saya ternampak Ernie, and you wanna know what? Bila saya nampak Ernie, saya nampak awak kat dalam Ernie so, sebab tulah saya beli Ernie.” jawab Milla
“You see me in Ernie? What the hell is that suppose to mean??!” Tanya Adam yang jelas nampak macam kena sakit jantung dan hanya menunggu untuk rebah saja..
“Ernie memang macam awak! Boring, kelakar, smart, pandai, and…cute!” jawab Milla
“Cute? Saya nie cute?” Tanya Adam sambil menunjukkan dirinya sendiri.
“Of course lah awak ni cute… siapa kata awak ni tak cute? You’re cute guy , you know..” ujar Milla sambil mencubit pipi Adam yang putih tu.
Adam hanya menggeleng-gelengkan kepalanya saja…tapi jauh disudut hatinya – sebenarnya dia kembang jugak dengan pujian Milla tadi. Disebabkan Adam sudahpun mengantuk dan dia sendiri rasa tak ada gunanya kalau dia bergaduh lagi dengan Milla, sama ada dia suka atau tidak bilik hijaunya atau –  dia terpaksa sukakan jugak, dia diberi 2 pilihan (dia sendiri yang buat pilihan tu…takde siapa-siapa yang paksa) sama ada dia mahu terima keadaan biliknya yang baru tu dan tidak lupa Ernie…atau dia mahu mengorbankan biliknya itu dan bermalam diatas sofa dan menyakitkan tulang belakangnya apabila dia bangun pada keesokan harinya. Pilihannya…
“Aku benci warna hijau!!” ujar Adam apabila dia sedang cuba sedaya upayanya menutup matanya untuk tidur ketika sedang berbaring diatas katilnya – dimana satu-satunya benda dalam bilik tu, bukan warna hijau…
     Ketika Adam sedang cuba untuk tidur,dalam cahaya kegelapan yang menyelebungi biliknya… mata Adam terpandang patung Ernie yang tersenyum diatas kerusi dan berposisikan sedang duduk. Entah apa yang ada kat patung tue membuatkan bulu roma Adam terus tercacak dan keadaan menjadi seram sejuk saja tiba-tiba. Adam cuba untuk tidak memandanng Ernie dengan memejam matanya serapat yang mungkin, untuk beberapa minit Adam akhirnya membuka matanya dan memandang semula Ernie yang masih tersenyum, dan masih lagi duduk berhadapan dengannya. Adam hampir saja bangun dari tempat tidurnya apabila tiba-tiba satu bunyi yang amat nyaring kedengaran…dan tanpa berlengahkan masanya… Adam terus berlari keluar dari biliknya tanpa memakai apa-apa kecuali…..boxernya yang berwarna pink.
   
      Ayat yang pertama sekali keluar dari mulut Milla sebaik saja dia nampak Adam sedang tidur diatas sofa yang sememangnya hanya muat untuk dua orang saja dan jelas sekali  tak muat untuk Adam yang terang-teranglah badannya tu tinggi lampai tu adalah… “Apa yang awak buat kat sini ni?”
Apabila Adam dengar saja suara Milla, dia pun segera bangun dan melihat sekeliling lalu memandang Milla yang berdiri di depannya sambil memandang Adam dengan wajah yang kehairanan… “Dah pukul berapa sekarang?” Tanya Adam sambil mengosok-gosok matanya yang sembab
“Pukul 6.00 pagi… kenapa awak tidur kat sini?” Tanya Milla yang masih lagi memandang Adam dengan penuh kehairanan.
“Salahkan Ernie awak tu!” jawab Adam dengan nada yang marah dan bengang!
“Ernie? Apa kena mengena dengan dia pulak? dan kenapa awak tidur kat sini tak pakai apa-apa kecuali boxer pink awak?” ujar Milla sambil menunding jarinya ke arah seluar boxer Adam
Adam memandang dirinya sendiri, memang betul kata Milla, dia memang tak pakai apa-apa kecuali boxernya yang warna pink… dengan perasaan yang agak bengang, Adam pun menutup badannya dengan kain selimut yang sememangnya tersedia di tepi sofa.
“So, what’s wrong with you?” Tanya Milla sambil duduk disebelahnya Adam.
“Ernie tu berhantulah!!” jawab Adam dengan sepantas kilat…dan sebaik saja Adam menjawab, dengan sepantas kilat jugaklah tangan Milla menepuk kepala Adam dengan dengan kuat.
“Ouch!” keluh Adam sebaik saja kepalanya ditepuk oleh Milla.
“Kan saya dah cakap! Jangan cakap pasal hantu lagi!Saya takut hantu tau tak??!” ujar Milla
Adam terdiam.
“Saya rasa kan… saya mungkin terletak pil halusinasilah kat dalam mee semalam… jom! pergi jumpa doctor!” ujar Milla lalu menarik tangan Adam membuatkan selimut Adam terjutuh dan…ya! sekali lagi Milla ditayangkan dengan tayangan percuma.
“Awak tak patut nampak tu..” beritahu Adam yang sekarang cuba menahan perasaannya yang bengang tu.
“Saya dah nampak dah pun...” ujar Milla sambil tersengih-sengih.
Adam hanya mengetap giginya kerana sememangnya dia sudah bengang!
“Saya nak masuk bilik sayalah…” beritahu Adam seakan-akan mengajuk .
“Eh! Nanti dulu! Janganlah mengajuk, saya main-main jelah… saya mana ada letak pil dalam makanan awak!” pujuk Milla Langkah Adam terhenti apabila Milla berkata begitu, lalu dia memandang Milla yang mengukir sebuah senyuman yang sangat menawan.
“Meh duduk sini meh!!” ajak Milla sambil mengutip semula selimut dilantai dan dengan perasaan bagaikan mak kepada anaknya, Milla menyelimuti Adam semula…
“Terima kasih..” ucap Adam apabila Milla sedang menyelimutinya.
“Tak apa-apa… small matter je” jawab Milla dengan manisnya.
 “Awak tolonglah ambil balik Ernie tu!” ujar Adam tiba-tiba.
“Kenapa?” Tanya Milla dengan suara yang manja-manja sedikit.
“Ernie tue menakutkan lah… Dia senyum je, meremang bulu roma saya malam tadi.” Ujar Adam sambil mengosok-gosok badanya.
“Oh my god…Awak ni gile lah Adam… tak pernah ke terlintas kat pikiran awak yang Ernie tu hanyalah teddy Bear… T-E-D-D-Y B-E-A-R!! Of course lah dia selalu senyum, sebab pembuat dia jahit dia macam tu!” ujar Milla dengan jelas.
“Tapi, malam tadi ada bunyi kuat sangat…nyaring, sebab tulah saya tidur kat luar ni!” beritahu Adam..
Milla menepuk dahinya sambil membulatkan matanya bagaikan orang yang kalau nak pitam kerana suhu diluar mencapai tahap maksima iaitu 39 darjah celcius
“Did it ever occur to you, yang rumah awak ni dekat…DEKAT dengan stesen kereta api!? Betul lah…cuba awak cakap kat saya, dah berapa lama awak duduk kat sini?!” Tanya Milla.
“8 tahun” jawab Adam dengan selamba.
“8tahun??!...Homaigad!! Saya nak pitam…maafkan saya kalau saya buat ni…”
tak sampai habis Milla menghabiskan ayatnya, tangan Milla terus menerpa menepuk kepala Adam.

“Bahlul!!” 

Saturday, August 3, 2013

||Femme Fatale|| Part 2

      Di tempat kerja, Adam tak dapat memberikan sepenuh perhatian akan kerjanya..nak menaip, tersalah taip, nak buat presentation, tercakap benda lain. Semuanya tak kena apabila dia ditempat kerja, ini semua sebab…SARAPAN yang MILLA buat!! Ya! ini semua disebabkan sarapan yang Milla buat!
  Ketika Adam berada di ruang kerjanya, dia langsung tak dapat mengalihkan pandangannya dari tengok bungkusan sarapan tersebut. Konsentrasinya melihat bungkusan tersebut terus terbantut apabila Louis menyergahnya dari belakang membuatkan Adam terkejut.
“Kau buat apa hah?!” terjah Louis.
“Hargh!!! Terkejut aku bodoh!!” maki Adam.
“Sorrylah beb.. aku saja je..yang kau ni apahal? Dari tadi aku tengok termenung je. Problems?” Tanya Louis.
“Nah...it’s nothing. Aku okay je.” Jawab Adam dengan ringkasnya.
“What the hell is this?” Tanya Louis sambil mengambil bungkusan sarapan Adam dari mejanya.
“Breakfast.” jawab Adam dengan lembik.
“Sarapan? Kau biar betul! Selama aku kerja kat sini, tak pernah-pernah aku nampak kau bawak sarapan pergi kerja.. kau mimpi apa hari ni?” usik Louis
“Bukan aku yang buat lah! Milla yang pack kan aku breakfast ni!” ujar Adam yang kelihatan agak merah padam dengan pengakuannya itu.
“Milla yang packkan kau sarapan ni??” Tanya Louis yang tergaman sedikit dengan kata-kata Adam sebentar tadi. Tanpa berkata apa-apa, Adam hanya sekadar mengganguk saja.
“Amboi..amboi..amboi.. dah maju nampak! Baru beberapa hari perempuan tu pindah masuk rumah kau, dah pack kan kau breakfast? Don’t tell me... entah-entah dia tolong masakkan kau dinner sekali....Agaknya minah tu minat kau kot?” usik Louis
Adam memandang Louis dengan wajah yang agak bengis, lalu berkata “hish!..kau ni mana ada! Dia yang baik hati sangat nak buat sarapan untuk aku!” ujar Adam.
“Eleh! Takkan tak ada apa-apa kot. Blah lah kau! Tapi kan, kau mesti tak leh nak nafikan yang Milla tu baik kan?” uji Louis..
Adam terdiam sebentar untuk berpikir lalu dengan lemahnya dia mengganguk.
Louis tersenyum lalu berkata “Ha! Kan aku dah kata… kau mesti suka kan dia punyalah! Dia tu baik kan?!” ujar Louis yang Adam sendiri tak paham apa kena dengan mamat sorang ni!
“Wei, yang kau suka sangat ni apahal?! Dah Milla tu roommate aku..kenelah aku suka! Takkan aku nak buat muka muram je kat depan dia! Karang dia kata aku ni anti-sosial pulak!” marah Adam.
“Woo, cool down brader!jangan marah-marah..aku gurau je! Alah kau ni cepat amik hatilah…tak bagus tau kalau kuat merajuk ni… Nanti cepat tua!” usik Louis lagi.
Adam hanya mendengus.
“Kau tak suka kat dia ke?” Tanya Louis tiba-tiba..
“Tak adalah..suka tu suka jugaklah..tapi entahlah aku pun tak tahu apa yang ada dekat aku ni rasanya macam pelik je bila dengan dia..” ujar Adam membuatkan Louis terdiam sebentar.
“Apa yang peliknya?” Tanya Louis.
“Entahlah… aku pun tak tahu. Cuma,entahlah, aku sendiri tak tahu” jawab Adam.
Louis menggangkat keningnya tanda pelik lalu berkata “kau nak tahu tak Adam…Aku rasakan, orang yang pelik kat sini..kau je!”ujar Louis sambil tersenyum.
“Ha..ha..ha..kelakar sangatlah tu!” perli Adam – tak cukup dengan tu, dia masih lagi sempat membuat muka.
“Betul apa aku cakap! Setahu akulah, sejak Milla sewa rumah tu…orang yang aku nampak pelik, kau jelah!” gurau Louis lagi… Adam hanya sekadar diam saja.
 “Macam ni lah, aku advicekan kau apakata kau cuba kenal dengan Milla tu lebih dekat lagi…tak kiralah kalau dia tu pembunuh bersiri ke, alien ke, perompak ke, psiko ke..dia tu sekarang roommate kau..suka atau tidak..kenalah suka kan !pandai-pandai kau lah nak bawak diri! The important thing is T RY TO GET TO KNOW HER!! Who knows... maybe she could bring in something to your life.” ujar Louis dengan panjang lebarnya.
Adam seperti biasa, hanya duduk diam saja sambil cuba memahami kata-kata ‘motivasi’ dari Louis sebentar tadi.

     Adam hampir tidak mengecam rumahnya sendiri sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam apartment bernombor 501, dan bukan itu sahaja, untuk memastikan sama ada rumah itu adalah rumahnya… Dia sanggup menanyakan hal tersebut kepada security guard yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan penghuni yang tinggal di banggunan tersebut, tak cukup dengan itu, dia hampir mengetuk pintu rumah orang lain apabila tiba-tiba saja dia rasa tak sedap hati – sebab dia tahu, kalau dia tersalah ketuk, sudah tentulah dia kena tanggung malu keseorangan! Keadaan dirumahnya amat berbeza sekali sebelum ini – kalau dulu, rumahnya bagaikan sebuah gua tinggalan orang zaman paleotik, sekarang rumahnya bagaikan sebuah gua tinggalan orang yang dari masa hadapan iaitu,pada abad yang ke-……(tak dapat nak terangkan, sebab tak dapat nak diramalkan kita[manusia]dapat hidup sampai abab yang ke berapa..)
“Hello…ada orang tak?” jerit Adam apabila dia melangkah masuk ke dalam ‘gua modennya’ .
       Tiada siapa yang menjawab, membuatkan jantung Adam berdengup lagi kencang.
“You’re back!!!” terjah Milla dari belakang membuatkan briefcase Adam terjatuh dilantai disebabkan terkejut dengan ‘cara Milla menyambut tetamu’.
“ARGHH!!! Awak terkejutkan saya tau tak?!!” marah Adam sambil cuba menenangkan hatinya dengan mengosok-gosok dadanya
 “Oh!Sorry, saya tak sengaja..” ujar Milla dengan rupa yang bersalah.
Adam tidak berkata apa-apa tentang itu, sebaliknya dia berkata  “What exactly happen to my house??” Tanya Adam sebaik saja dia dapat tenangkan dirinya. Entah kenapa dia ingin tanyakan soalah tersebut, mungkin soalan itulah yang pertama sekali muncul dimindanya.
“Oh…pasal rumah ni, well awak kata awak balik dalam pukul8.00 atau 9.00, saya pun terpikirlah nak kemas rumah ni…”ujar Milla sambil dengan selambanya sambil membongkok ke bawah untuk mengutip semula briefcase Adam yang tadi terjatuh diatas lantai.
“Kemas ke renovate?” Perli Adam.
Milla memandang Adam, lalu tersenyum “Well, pasal renovate ni, awak janganlah marah pulak. Saya buat semua ni sebab, saya rasa rumah ni memerlukan sesuatu yang ‘hidup’!”
“Hidup?..” tanya Adam yang kelihatan keliru.
“Ya…hidup! Sebab rumah awak ni macam tanah perkuburan tau tak? Malap je, awak faham tak?” ujar Milla
 “Tak.” Jawab Adam dengan selamba.
“Apalah awak ni! maksud saya… rumah awak ni terlalu bosan, muram, sedih and there’s no color to it!”ujar Milla dengan bersemangat.
 “Awak ke yang buat semua ni?” Tanya Adam sambil melihat sekeliling.
“Yup, saya yang buat semua ni…” jawab Milla
“Awak sendiri ke yang buat?” Tanya Adam sekali lagi sebab sukar untuk percaya yang seorang manusia lebih-lebih lagi Milla boleh ‘merenovatekan’ rumahnya dalam masa satu hari…unbeliveble tu!!
“Yelah…mestilah saya yang buat ni semua, siapa lagi…sengal lah dia ni!” ujar Milla
Adam terdiam.
 “Awak tak suka ke?” Milla tanya dengan tiba-tiba.
Adam menggeleng “Eh! Tak adalah…saya suka…lawa cara awak hias rumah ni. Cuma saya tak tahu pulak  yang awak ni sukakan bunga” jawab Adam apabila dia terlihat ada beberapa buah pasu bunga didalam rumahnya.
“Saya mana ada suka bunga! Saya suka pokoklah!” ujar Milla
“Bukan ke bunga dengan pokok tu sama je ke ?”ujar Adam
“Mana ada! Pokok dengan bunga lain! Pokok, dia ada daun dengan warna hijau je… bunga dia warna warni, lepas tu ada bunga!” bantah Milla dengan yakinnya.Adam hanya diam sahaja sambil berpendapat yang Milla ni bahlul sikit kepala otaknya.
“You must be hungry right?” Tanya Milla sambil meletakkan briefcase Adam diatas sofa.
“Lapar lah  jugak.”
“Jom, makan sama… saya dah siap masak dah.” Ujar Milla sambil menarik tangan Adam ke meja makan yang berada ditengah-tengah ruang dapur .
Mata Adam terbeliak apabila, dia melihat ada beberapa aneka makanan sudah tersedia diatas meja makannya yang tak seberapa besar itu. Dari ayam goreng hingga ke ayam panggang semuanya ada diatas meja makan tersebut.
“Awak beli ke semua ni?” Tanya Adam yang masih lagi terkejut.
“Wei! Cakap baik-baik sikit eh! orang masak tau tak semua ni!” marah Milla
“Awak masak semua ni? Bukan ke pagi tadi awak sendiri  yang cakap kat saya yang awak tak reti masak?” beritahu Adam dengan nada yang pelik.
“Itu tadi! Sekarang saya dah reti masak dah pun! Saya tahu masak semua ni dari buku ni!” ujar Milla sambil menunjukkan Adam sebuah buku yang kelihatan seperti buku masakan.
“Buku masakan…” ujar Adam apabila dia membaca tajuk hadapan buku tersebut.
Milla mengganguk “Saya beli buku ni masa saya tengah shopping dekat supermarket, beli barang-barang rumah so, saya belilah. Manalah tahu kalau berguna kan?” ujar Milla sambil meletakkan mee spageti di atas pinggan Adam.
“Nah… makanlah, cuba rasa dulu…manalah tahu kalau masin ke masam ke…saya tak jamin kalau malam ni awak tak sakit perut..” ujar Milla sambil memandang Adam dengan tajam.
So, Adam pun makanlah mee spageti ciptaan Milla…lalu dikunyah-kunyahkannya mee itu dalam mulutnya, dan ditelannya dengan penuh berhati-hati agar tidak tercekik.Hasilnya… “Em, sedap jugak awak masak. Boleh tahanlah. Cuma masin sikit je” komen Adam sambil tersenyum manis. Milla tersenyum riang apabila dia mendengar Adam berkata sebegitu padanya. Sambil menepuk tangannya dia berkata  “Yippie! Gembiranya saya awak cakap macam tu. Thanks again! Sayang Adam!!” ucap Milla dengan selambanya
Adam yang sedang menjamah makanannya tersedak-sedak apabila dengar ayat Milla tadi. “Apa awak cakap?!” Tanya Adam
“Saya cakap terima kasih” jawab Milla
“Lepas tu?”
“Thanks again?” tanya Milla kembali.
“Lepas tu?”
“Apa ke benda awak ni! Mana ada saya cakap apa-apa! Sengal lah awak ni! Setahu saya, saya tak ada letak ubat halusinasi tau dalam mee tu!” ujar Milla
Adam menaikkan keningnya tanda betapa peliknya dia dengan sikap Milla, sebab dia yakin yang Milla telah berkata “Sayang Adam!” padanya...
“Ohh.Okay.” luah Adam dengan perlahan.
“Oh ya, Adam... Nak mintak tolong boleh?” pinta Milla.
“Apa dia?” jawab Adam sambil menyambung semula menjamah makanannya.
“Lepas makan nanti,tolong betul kan sinki dapur ni. Tersumbat lah.” Jelas Milla.
Adam memandang sekilas sinki dapur tersebut,memang sebelum ini sinki tu memang bermasalah. “Okay.” Jawab Adam dengan malas.


Monday, July 22, 2013

||The Fallen Star||

Bumi bagaikan pentas, dan manusia adalah pelakon-pelakon yang mewarnai kehidupan di bumi ini. Manusia dijadikan dari tanah, lalu ditiupkan roh oleh Tuhan dan kemudian di turunkan ke bumi ini untuk satu hari nanti mereka kembali semula ke syurga Allah. Sama ada destinasi terakhir mereka ke syurga atau neraka, itu terpulang kepada diri mereka dan pahala serta amalan yang mereka kumpulkan ketika hidup. Banyak pahala dan amalan, syurga lah jawabnya. Kurang pahala banyak dosa, neraka lah jawabnya. Semua itu akan dihakimi dengan secara adil ketika tibanya Malaikat Israfil meniup sangkakala-Nya lalu mematikan segala mahluk yang mendiami bumi ini. Dan pada hari itulah, manusia ini akan berkumpul di Padang Masyar secara beramai-ramai lalu mereka akan di adili dengan saksama. Sama ada tempat terakhir mereka di syurga ataupun neraka, itu terletak kepada amalan mereka ketika hidup.
Aku pernah mendiami syurga. Untuk berjuta-juta tahun yang lalu, aku pernah bersama dengan mahluk-mahluk syurga yang lain. Aku pernah menikmati segala kesenangan dan kemudahan di syurga, malah aku juga berada di tempat yang paling tertinggi ketika di sana. Kehidupanku ketika di syurga penuh dengan amalan ibadahku yang teramat lamanya dan di antara mahluk-mahluk Tuhan yang lain, amalan ibadahku lah yang paling tinggi. Ini kerana diciptakan hanya untuk menyembahnya dan tiada apa yang lebih mengembirakanku selain mengembirakanNya. Tapi, tiada benda yang akan kekal selama-lamanya. Kebahagian aku hanya mampu tinggal sementara saja, ini kerana takdir serta masa hadapanku sudahpun dirancang oleh penciptaku. Dia telah mentakdirkan bahawa aku akan sesat, aku akan melawannya, memusuhinya sehingga ke akhir dunia. Namun aku masih lagi tidak mengetahui tentang hal itu sehinggalah Dia mencipta mahluknya yang terbaru. Manusia.
Aku tidak mengerti kenapa harus Dia mencipta mahluk yang namanya Manusia ini. Mereka diciptakan dari tanah dan debu. Tidak kah itu menunjukkan bahawa mereka mahluk bawahan. Mereka lemah, jijik, kotor dan kewujudan mereka hanya akan merosakkan bumi ini.
Entah mengapa aku tidak boleh menerima kewujudan manusia pertama yang bernama Adam ini. Aku berkeras dengan pendirianku untuk tidak menyembahnya. Mengapa aku? Mahluk ciptaan Dia yang dijadikan api, perlu menyembah kepada manusia yang hanya di jadikan dari tanah dan debu sedangkan Dia, aku, dan yang lain-lain adalah lebih berkuasa dari mereka.
Dan disebabkan satu kesalahan, aku dibuang, dihalau, dilaknat oleh Dia. Hanya kerana aku enggan menerima ciptaanNya. Segala amal ibadah yang telah ku lakukan selama berpuluh ribu tahun hilang, lenyap dengan begitu saja. Hanya kerana aku enggan menyembah mahluk yang bernama manusia ini. Ya, aku marah... aku kecewa, terasa dikhianat, terasa dibuang... bagaimana aku tidak merasai semua itu sedangkan selama ini aku hidup hanya untukNya. Hidupku, matiku, cintaku hanya untuk Dia yang menciptaku dari api ini. Tapi dek kerana kasihNya terhadap manusia, aku dibuang oleh kerajaanNya.
Tapi sebelum berlakunya itu semua, aku telah memintaNya sesuatu. Sesuatu yang bakal mengubah nasib manusia di muka bumi ini. aku telah berdoa dan memohon agar kewujudan aku bersifat selama-lamanya di bumi, aku tidak hidup dan tidak mati. Kewujudan aku hanya wujud untuk menyesatkan mahlukNya yang berharga itu. Aku telah bersumpah akan hancurkan manusia ini sehinggalah ke hari kiamat. Aku akan cuba dan terus mencuba serta tidak akan mengalah sehinggalah mahluk ini akan terus lupa kepadaNya.
Dan sehingga kini, aku masih lagi dengan perjuanganku...
Dari jauh, aku hanya memerhatikan saja lelaki yang bernama Adam ini. Adam... suatu masa dahulu, nama ini lah yang telah menyusahkan aku serta keturunanku. Aku benci dengan nama ini...tidak. Bukan saja nama ini, aku benci seluruh umat manusia. Sampai sekarang, aku masih lagi tidak boleh menerima kewujudan mereka di bumi ini. Mereka tidak layak untuk hidup. Beribadah? Hmph...ambil saja contoh lelaki yang bernama Adam ini. Separuh daripada hayatnya, dia tidak pernah melabuhkan lututnya di atas kain sejadah, apatah lagi mengaji.
Manusia seperti dia amat memalukan tapi manusia seperti inilah yang selalu menghiburkan hatiku serta menjadi temanku. Dirinya yang tidak beragama, leka, jahil memuaskan hatiku yang selalu mendambakan manusia seperti Adam ini. Malah bukan dia saja, ada ramai lagi manusia-manusia yang masih jahil, enggan menerima Dia didalam hidup mereka tapi aku?? Aku diterima dan dijemput dengan tangan yang terbuka. Dengan berzina, meminum arak, berdansa dikhalayak ramai, menyanyi sambil menayang aurat serta tubuh badan mereka, mereka dengan secara tidak sedar memasuki ke dalam jeratku. Lebih seronok, ada diantara manusia-manusia seperti ini sedar apa yang mereka lakukan salah, tetapi mereka enggap menolaknya, menolak aku dari kehidupan mereka. Macam Adam.
Ayahnya seorang lelaki yang kuat agama. Dia bukan saja orang yang beragama, malah dia adalah seorang ustaz yang popular di negara yang bernama Malaysia. Di negara ini, majoriti adalah penganut Islam, pengikut Muhammad, dan umat Dia. Di sini adalah tempat kegemaranku, bukan Mesir, bukan Nigeria, bukan Mekah, malah bukan Amerika. Tapi Malaysia. Di sini, aku dapat melihat dan menyaksikan bahawa cepatnya runtuh ahlak-ahlak manusia yang dikatakan begitu cerdik sekali.
Cerdik lah sangat...aku hanya mampu mentertawakan Dia. Islam mungkin agama rasmi dinegara ini, tapi ia bukan agama rasmi rakyatnya. Hanya dengan satu bisikan, aku mampu membuatkan ramai manusia disini lupa akan tanggungjawabnya untuk beribadah. Dengan dua bisikan, aku mampu membuatkan ramai golongan muda berzina di antara satu sama lain. Bayangkan berapa banyak aku perlu membisikkan pengaruhku untuk membuatkan manusia di negara ini keluar dari agamanya.
Balik kepada Adam, seperti yang telah kukatakan ayahnya seorang tokoh ustaz yang terkenal. Dia dikenali kerana keperibadiannya berdakwah dengan orang dengan cara yang sangat lembut, menyampaikan ilmu-ilmu agama seperti mana seorang khalifah wajib lakukan. Aku benci lelaki ini. Setiap kata-katanya yang diambil dari surah Al-Quran bagaikan kaca yang menikamku pada setiap saat. Aku mungkin tidak dapat menyesatkannya kerana ilmu dan imannya. Tapi aku berjaya menerobosi anak lelaki sulungnya iaitu Adam.
Dari kecil lagi, lelaki ini telah menjadi ‘anak’ kesayanganku. Aku dapat lihat begitu banyak sekali potensi dari lelaki ini. Jadi aku ‘menaruh’ harapanku kepadanya. Berharap yang dia tidak akan mengikut jejak langkah ayah dan ibunya. Berharap dia sesat jauh ke dalam dunia aku dan bukan duniaNya. Adam bagaikan saham pelaburan bagiku. Aku melabur untuknya dari usia yang kecil, dan sehinggalah dia remaja. Aku masih berlabur.
Aku mula mengenali Adam apabila di saat dia lahir, ketika ayahnya yang beragama itu ingin mengazankan kalimah Allah ditelinganya, dia melawan dan dari saat itu. Aku telah bersama dengannya. Dia mungkin manusia yang lemah, tapi dimataku dia adalah jaguh. Jaguh kerana dia melawan arus dunia, arus kehendak ibu bapanya, dan yang paling penting. Melawan Dia. Bagi aku itu sudah mencukupi untuk mendapat dihatiku yang kotor ini.
Apa saja yang lelaki ini tidak pernah buat, berzina? Sudah banyak kali dia berzina. Kadang-kadang aku tidak perlu membisik kepadanya, dia sudahpun berbuat begitu hanya kerana dia mengikuti naluri hatinya. Meneguk arak? Arak bagaikan air mineral untuknya? Merompak? Sudah. Merasuah? Sudah. Menindas mereka yang susah? Sudah. Melawan kata-kata ibu bapanya? Chek! Dan seburuk-buruk lelaki ini, ada satu saja yang dia masih belum laksanakan dan aku akan bersumpah dia pasti akan lakukan. Keluar dari agamanya. Inilah  yang aku tunggu dan harapkan dari ‘teman baikku’. Tiada apa yang lebih memuaskan dari menjadi saksi kepada seorang manusia mengambil sumpah untuk keluar dari agama yang telah diturunkanNya.
Kini aku masih mencari jalan dan idea untuk membuatkan dia tuju ke destinasi yang kesitu tapi buat masa ini, aku perlu bersabar. Masa itu akan tiba, dan apabila ia datang. Aku tidak akan melepaskan peluang tersebut. Untuk itu, aku harus terus memerhatikan Adam tanpa putus.
“Cibai! Bapak aku dah cancelkan aku punya credit card lah sial!” ujar Adam kepada rakan-rakannya sebaik saja dia melabuhkan punggungnya diatas sofa empuk, botol bir di tangan kirinya.
“HAHAHAAHHA! PADAN DENGAN MUKA LU LAH! Siapa suruh lu tak ikut jadi pak imam macam bapak kau!” ejek rakannya sambil menghembuskan asap rokok ke mukanya Adam. Dia hanya mencebik dan menunjukkan jari tengah kepada kawannya itu. Disisinya, terdapat seorang wanita yang berbadan montok, putih gebu, berambut panjang sedang menggesel-geselkan buah dadanya di tubuh badan Adam. Dia hanya mampu tersenyum kambing dan menerima geseran itu dengan hati yang terbuka.
“Habis, kalau kau dah tak ada duit, macam mana kau nak hidup beb?” tanya salah seorang rakannya lagi yang asyik memerhatikan seorang gadis menari terhuyung hayang dihadapannya.
Adam mendengus “Duit ada kat mana-mana bro! Tepi jalan pun ada. Kedai pun ada, gua tunjuk parang, duit secepuk gua boleh dapat. Perempuan pun gua boleh dapat ye dak!” beritahu Adam sambil mengenyitkan matanya kepada gadis yang sedang menari-nari itu. Wanita yang berdada besar disisinya ternampak, lalu dia dengan manja mencubit dada Adam dengan lembut “Gataalnyaaa!” ngomel wanita itu. Adam hanya mampu ketawa terkekek-kekek. Dia meramas pinggul wanita itu lalu menghadiahkannya satu gigitan manja di tengkuknya. Wanita tersebut menjerit manja dan sesekali itu dia akan mengerang. Bukan kerana sakit tetapi mula rasa basah apabila jari jemari Adam mula meramas buah dadanya yang bersaiz 34D itu.
“Sayang...tak mau lah kat sini!” ujar wanita itu apabila jari jemari Adam mula menyelinap masuk ke dalam skirt wanita itu.
“hahahaha...apa salahnya kalau kat sini pun. Boleh gua tengok!”
“Babi kau!” ejek Adam sambil membaling tin bir yang kosong kepada rakannya. Wanita itu hanya tergelak-gelak saja apabila di usik sebegitu.
“Yang...jom lah! Masuk bilik jom..” ajak wanita itu sambil bangun lalu menarik tangan Adam mengikutinya.
“hahaha! Okay.okay. jom..dah! gua malas nak layan lu orang! Gua nak masuk bilik, gua nak tibai awek ni.” ujar Adam dengan begitu bangga sekali.
“hahahhah! Have fun lah! Nanti bapak lu serbu rumah ni dengan Jais, mampu kau Adam!” gurau rakannya sambil memerhatikan Adam meramas pinggul montok teman wanitanya dengan penuh gelojoh.
Adam hanya mengendahkan ejekkan rakannya dan terus masuk ke bilik tidur sambil ditemani wanita yang baru saja dia kenal 2 jam yang lalu ketika mereka di kelab malam tadi.
Pagi keesokkan harinya, Adam bangun dengan pening di kepala yang teramat. Semuanya akibat dari terlalu banyak minum. Di sebelahnya, ada seorang wanita yang bogel sedang terbaring terbongkang di atas katil. Adam mengambil sedikit masa untuk mengingati siapa perempuan ini dan untuk berapa saat dia gagal mengingati nama wanita ini, tetapi dia ingat yang dia berjumpa dengan wanita ini malam semalam ketika dia dan rakan-rakannya sedang berkunjung ke kelab malam. Wanita tersebut kelihatan begitu lena sekali, berombak-ombak buah dadanya naik turun, naik turun mengikut hembusan nafasnya yang perlahan itu. Adam hanya perhatikan saja. Begitu juga aku yang setia disisinya.
Aku tidak pernah membantah dengan segala benda yang Adam buat. Sama ada ia terjadi akibat dari pengaruh aku atau tidak. Aku berpuas hati dengan dirinya. Bukan segala benda di dunia ini, terjadi akibat terpengaruh dengan bisikan ku. Ada kala ia berlaku kerana keinginan manusia itu sendiri. Mereka terlalu mengikut perasaan, mengikut kata hati mereka dan akhirnya mereka sendiri yang kecundang dan pada saat itulah mereka menyalahkan aku serta keturunanku.
Kami tidak marah, ataupun mengeluh apabila dipersalahkan atas kesilapan yang manusia tersebut telah lakukan malah aku bangga dengan hal itu kerana tanpa bisikan atau pengaruh dari kami, mahluk ini mampu melakukan dosa dengan sesuka hati dan untuk itu mengapa aku perlu marah.
Adam mula bangun dari katil lalu mencari-cari seluar untuk disarungkan ke tubuh badannya yang bogel itu. selesai memakai seluar, dia terus keluar dari bilik meninggalkan teman wanitanya lalu tuju ke ruang tamu yang penuh dengan tin-tin kosong bir serta rakan-rakannya sedang terbongkang tidur di atas sofa dan lantai bersama dengan teman ‘sepermainan’ mereka di sisi. Adam terdiam seketika. Dirinya kelihatan blur sekejap, pikirannya masih kosong. Masih samar-samar dengan apa yang sedang berlaku.
Dia cuba mengumpul semula pikirannya dengan mengambil sebatang rokok dari atas meja lalu menghidupkan batang rokok itu dengan pemetik api yang dia jumpa bersepah di atas lantai. Selesai membakar, dia menghirup asap rokok tersebut dengan sedalam-dalamnya. Sedikit demi sedikit, pikirannya mula beransur pulih.
 Dia mula ingat apa yang terjadi semalam dan seperti biasa. Malamnya hanya penuh dengan parti dan parti. Tiada apa yang berubah. Dia mungkin bosan dengan cara hidupnya tapi dia selesa. Selesa hidup begini. Selesa mengikut kata hatinya sendiri dan tidak mengikut kata ibu bapanya. Selesa menjadi seseorang yang tiada komitmen dalam hidup. Ya. Dia lebih selesa hidup begini. Pikirnya sambil menghembus keluar asap rokok dari tubuh badannya.

“Kau ni bila nak berubah Adam!? Abah tengok kau semakin hari semakin teruk perangai!” marahnya ayahnya ketika dia pulang ke rumah untuk meminta duit dari orang tuanya.
“Dengar cakap abah tak nak! Duit kau nak aje! Kau ingat aku ni apa? Bank kau?” bebel ayahnya lagi. Adam hanya buat tidak tahu. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, manusia kata.
“Kau kalau balik, bukan sebab nak mintak duit. Memang tak sah. Duit! Duit! Duit! Itu jelah yang kau kejar-kejarkan. Kerja tak mahu! Duit kau nak aje!” marah ayahnya lagi.
“Eh kau ni bisinglah! Kau nak bagi ke tak aku duit ni? yang kau pandai-pandai cancelkan kredit kad aku buat apa! Memang lah aku mintak duit kau!” jawab Adam dengan begitu berani. Aku hanya mampu tersengih lebar apabila melihatnya melawan kata-kata ayahnya. Aku juga hanya mampu ketawa terbahak-bahak ketika melihat ayahnya menampar muka Adam yang kacak itu dengan sekuat hatinya. Tiada apa yang lebih membahagiakan hati ini selain menyaksikan perbalahan berlaku di dalam sesebuah keluarga. Ayah pukul anak, anak pukul ayah. Anak bunuh ibu, ibu bunuh anak. Begitu senang sekali manusia-manusia ini hilang ahlak serta akidah mereka dalam sesuatu perkara.
Ini ke mahluk yang Engkau bangga-banggakan sangat ketika Engkau menciptanya? Adakah ini mahluk yang Engkau kata mulia apabila kau menyuruh aku dan malaikat-malaikat yang lain menyembahnya? Apa yang berlaku dihadapanku, sudah ternyata dengan jelas bahawa mahluk yang bernama manusia ini lemah pegangan hidup mereka. Ya, meraka menyembah Engkau. Tapi adakah menerima Engkau sebanyak mana mereka menerima aku ke dalam kehidupan mereka di dunia ini. Adam dan ayahnya mula berbalas tumbukan sehinggalah ibunya yang lengkap bertudung labuh, berbaju labuh mula masuk campur dan berusaha sedaya upayanya untuk menghentikan perbalahan antara si anak dan si ayah ini. Dan kerana terlalu mengikut kata hati, Adam dengan secara tidak sengaja telah menolak ibunya dengan kuat sehingga ibunya terhentak kepalanya di atas bucu tangga sehinggalah kepalanya mula berdarah.
Dengan sekelip mata, si ayah dan si anak berhenti berbalas tumbukan dan tamparan dan mereka kini hanya kaku di tempat masing-masing. Tiada siapa di antara meraka bergerak di saat perkara itu terjadi. Si ayah mula sedar apa yang telah berlaku, cepat-cepat memangku kepala si isteri ke pehanya. Tangannya mula berlumuran dengan darah. Suaranya mula meninggi, meminta tolong, merayu Adam untuk mendial nombor telefon ambulans. Sebaliknya Adam hanya berdiri tercegat di situ, kaku.
Dia seakan-akan tidak sedar dengan apa yang sedang berlaku. Dia melihat tubuh badan ibunya yang kaku di pangkuan ayahnya,lalu dia melihat tangan yang baru saja menolak ibu yang telah menggandungkannya selama sembilan bulan dan lapan belas hari itu. Dia tak dapat percaya, tangan yang ibunya pernah sapukan ubat ketika dia terluka akibat terkena paku suatu masa dahulu kini menjadi tangan yang telah mendekatkan ibunya ke akhir hayatnya.
“Adam! Ya Allah! Apa yang kau dah buat ni???!!! apa yang kau dah buat kat mak kau ni!!” marah ayahnya sudah teresak-esak menangis sambil memangku kepala isterinya dengan penuh hati-hati.
“Ada.. Adam.. Adam tak sengaja..aku tak sengaja.” Jawab Adam sambil terketar-ketar.
Ayahnya mengendahkannya kerana sibuk cuba menggangkat tubuh badan si isteri dan membawanya masuk ke kereta. Dia tahu, menunggu ambulans untuk sampai adalah satu perkara yang bodoh. Ayah menghiraukan kehadiran Adam yang mula panik dan bergetar seluruh badan kerana mengenangkan kembali apa yang telah terjadi, dia bimbang jika dia telah baru saja membunuh ibunya. Selesai saja membawa si isteri masuk ke kereta, si ayah cepat-cepat masuk  ke dalam rumah kembali untuk mengambil kunci kereta.
“Abah! Abah! Adam mintak maaf bah! Adam tak sengaja nak buat macam tu kat mak! Ampunkan Adam bah!” pinta Adam berkali-kali sambil berlutut di kaki ayahnya. Aku terkesima. Apa yang telah terjadi. Mengapa Adam berbuat begitu? Insafkah dia? Oh tidak. Ini bukan perkara yang bagus. Aku perlu lakukan sesuatu dengan segera.
Ayahnya terhenti. Sebak mendengar keampunan anak lelakinya itu. ini lah masa aku! “kau nak maafkan dia Man..dia dah buat macam tu kat isteri kau, mak dia.. kau nak maafkan dia dengan senang-senang je. Bodoh kau Man, kalau kau buat begitu.” Bisik aku ditelinganya. Aku takkan lepas Adam dengan semudah itu. Ayahnya mungkin orang yang kuat agama, kuat iman dan akidah tetapi dia tetap seorang manusia dan manusia itu mahluk yang lemah. Sekuat mana pun imannya, jikalau dia dilanda api kemarahan dan kesedihan, iman dan akidah sekuat mana pun tidak akan mampu menolak kepada bisikanku.
“Adam... Abah nak bila, aku balik nanti. Aku tak mahu tengok muka kau lagi. Dan kalau terjadi apa-apa kat mak kau Adam. Kau jangan harap abah nak ampunkan kau!” beritahu ayahnya sambil mengalirkan air mata marah bercampur sedih lalu dia terus meninggalkan Adam di rumah. Ya! Misi aku berjaya. Tidak perlu berbisik sekuat mana, api kemarahan saja sudah boleh membuatkan seorang manusia itu lupa akan erti kemaafan, tidak kiralah ia datang dari seorang anak.
            Muka Adam mula penuh dengan air mata yang berderaian... dia sedih, kecewa, marah, takut apabila mengenangkan kembali kata-kata ayahnya dan keadaan ibunya. Dan di saat itu, matanya terpandang sebilah pisau di dapur. Dia menghampiri pisau itu dan dia memandang pisau itu dengan pandangan yang begitu tajam. Aku tersenyum nakal. Bukankah ini adalah peluang terbaik untuk aku rebuti. Bukankah ini adalah peluang untuk aku gunakan dengan sebaiknya dan sebelum Adam dipengaruhi dengan kata-kata azimat dari mahlukNya yang setia itu, baik aku mulakan langkahku terlebih dahulu.
“kau patut mati Adam. Kau dah bunuh mak kau, bapak kau pun dah tak terima kau lagi. Untuk apa kau hidup Adam. Kau hanya menyusahkan keluarga kau saja...”  Bisik aku ditelinganya.
“Tak...aku bukan sengaja nak buat mak macam tu. Tu semua accident. Abah just cakap macam tu sebab dia tengah marah!” secara automatik, Adam mula memberi respons terhadap kata-kataku.
“Kau pasti ke yang kau tak sengaja buat macam tu dekat mak kau? Mana kau tahu abah hanya berkata sebegitu hanya disebabkan dia marah. Pasti dia sedang marah dan kecewa dengan kau! Kau baru saja bunuh isteri dia dan yang juga mak kau!”
“TAK! Aku tak sengaja! Aku bukan nak bunuh mak. aku just nak duit! Abah yang taknak kasi!” jawab Adam yang mula meninggikan suaranya biarpun dia sedang bercakap dengan dirinya sendiri.
“HAHAHHAHA! Sedarlah diri Adam. Mak kau dah tak ada. Abah kau pun dah tak terima kau... kau patut mampus Adam. Mampus saja lagi senang. Kalau kau hidup, kau pasti akan ditangkap dan dipenjarakan. Kalau kau mampus, kau bebas! Bebas dari cengkaman dunia ini.”
Adam terdiam. Dia berfikir sejenak. Mula menimbangkan kata-kata aku... tangannya mula mengambil pisau di atas meja, dipenggang dengan erat “Betul jugak tu. Kalau mak mati, abah mesti pergi buat report polis. Mesti polis akan tangkap dan penjarakan aku. Aku...aku tak nak kena tangkap! Aku tak nak masuk penjara!” ujar Adam dengan sekeras hati. pisau yang dipenggang mula di hayun-hayunkan seakan-seakan sedang mengertak seseorang sedangkan dia bersendirian di rumah.
“Ya betul tu! Cuba kau bayangkan kalau kau masuk penjara nanti. Semua kawan-kawan kau tak mahu berkawan dengan kau. Tiada lagi wanita yang mahukan kau. Kau tiada sesiapa lagi Adam. Semua orang di dunia telah abaikan kau. Baik saja kau mati Adam. Baik saja kau bebaskan diri dari semua ini.”
“Ya...mungkin ada betul tu. Mungkin lebih baik baik aku mati. Mak pun dah tak ada. Abah pun dah bencikan aku. Kawan-kawan yang ada pun hanya ada apabila mereka memerlukan aku. Tiada guna aku hidup di dunia ni hanya semata-mata untuk orang gunakan...” luah Adam secara tiba-tiba. Pisau yang dipenggang semakin erat di tangan. Hati aku semakin membuak-buak keriangan...
“Bebaskan diri kau Adam! Bebaskan diri kau dari sialan ini semua!” sorak aku dengan sekuat hati di telinganya.
“Maafkan Adam mak.....”

Dan dengan hati yang berdebar...aku telah menyaksikannya. Aku telah menyaksikan kejadian seorang manusia yang telah meragut dua nyawa termasuk nyawanya sendiri dalam satu hari, selang beberapa minit. Dengan sekelip mata, Adam telah menamatkan riwayatnya dengan mengelar urat kedua-dua tangannya dengan hati yang rela dan dengan itu, dia telah secara rasminya terkeluar dari agamanya dan kini, rohnya tidak akan diterima bumi mahupun dosanya akan di ampun ketika pada hari pengadilan nanti. Tempat yang dia layak untuk berada adalah neraka saja. Katakan selamat tinggal kepada syurga Adam dan katakan lah selamat kepada rumah baru kau iaitu neraka.
 Betapa mudahnya kerja aku di bumi ini, kehadiran aku di muka bumi ini masih wujud hanya kerana untuk menyesatkan manusia dari jalan yang benar. Aku diberikan kebebasan untuk menodai siapa saja yang aku mahukan dan aku diberikan hak untuk menyesatkan mahluk ini jauh dari penciptaNya. Aku mungkin adalah salah satu mahlukNya yang dicipta dari api. Aku mungkin pernah menjadi pengikutnya yang paling setia dan aku mungkin pernah menyembahNya suatu ketika dahulu. Tapi apa yang telah terjadi sudah pun tertulis di Loh Mahfuz...aku adalah satu-satu mahluk ciptaannya yang akan cuba membawa kesesatan kepada manusia sehinggalah ke hari kiamat, dan aku tidak aku pernah berhenti dari melakukan perkara tersebut sehinggalah nyawaku tamat. Aku akan tetap berada di bumi ini untuk memastikan mahluk ciptaanNya yang sungguh berharga ini akan terus melupakanNya dan aku akan menjadi saksi utama kepada kehancuran umat manusia di bumi ini.
Panggillah aku Syaitan, panggillah aku jin, iblis, dajjal mahupun Azazil...aku lah mahluk ciptaan Tuhan yang dijadikan dari api dan aku akan terus mendampingi manusia dan menyaksikan kehancuran yang kau bawa ke bumi ini.