Wednesday, February 27, 2013

||Si Lelaki dan Si Perempuan||

Kau depan ku,
Aku depan kau,
Mata saling mengelak dari bertentangan,
mulut di kunci, tanpa mengeluarkan sebarang perkataann,
yang ada hanya bunyi riuh rendah di sekeling kita berdua,

"nak makan apa?" tanya si lelaki sambil memandang kad menu di tangan. Pelayan di tepi sisi kami.
"anything will do.." jawab si perempuan dengan bersahahaja...
"ada banyak makanan kat kedai ni, you nak makan apa sebenarnya?" tanya si lelaki sekali lagi. Terbit nada yang malas dari suaranya itu.
si perempuan memandang si lelaki, matanya kosong...tapi kosongkah ia?
"Nasi goreng." jawab si perempuan tanpa ada rasa keraguan.
"Okay. Nasi goreng then. Nasi goreng 2 dik." ujar si lelaki kepada si pelayan sambil menghulurkan semula kad menu kepadanya.

lalu dengan sekelip mata, 
keadaan menjadi sunyi sepi diantara kita...
entah mengapa, kita berdua menjadi seperti ini...
3 tahun yang lalu, kita kelihatan sungguh bahagia...
ketawa bagaikan esok tiada, bertentang mata seakan-akan dunia ini tiada manusia yang lain,mentertawakan mereka yang kelihatan sunggul, kecewa, sedih..
adakah mereka yang lain di restauran ini sedang mentertawakan mereka pula...
si lelaki dan si perempuan pikir...

Jikalau dulu, seminit bersama bagaikan sesaat bersama..
setahun bagaikan seminit..kini..perasaan itu sudah berubah..
seminit bagaikan setahun,
setahun bagaikan sedekad lamanya..
Funny how things have become so slow for us both..
mereka mungkin tidak meluahkannya secara terang-terangan,
tapi di jauh disudut hati..masing-masing sedang mempersoalkan "are we gonna last until the end?"

"Ni ye makanan akak dengan abang. Nasi goreng." umum si pelayan sebaik saja dia tiba di meja kami dengan dua buah pinggan nasi goreng.
nasi goreng buat si lelaki,
nasi goreng buat si perempuan,
ia mungkin kelihatan sama, tapi hakikatnya ia sama kerana si pemesan hanya pilih menu yang sama kerana mereka malas membuat effort untuk memikirkan apa yang di makan bersama...

Nasi goreng sudah lama terhidang di atas meja, 
namun tiada siapa diantara mereka berdua yang menjamahnya...
sebaliknya, mereka hanya merenung nasi itu bagaikan ia sebuah sekeping seni yang mengasyikkan...

"Maybe..." si perempuan bersuara...
si lelaki mendonggak "Maybe what?"
Si perempuan diam..."Maybe...kita patut putuskan hubungan ni..." 
dan dengan sekelip mata, bagaikan magik...kedua-dua hati mereka berdua terasa ringan sedangkan selama ini ia berat...
berat menahan sakit, menahan kesedihan, menahan kepura-puraan, menahan segala-galanya...
kemudian, si lelaki dan si perempuan tiba-tiba saling tersenyum diantara satu sama lain...
setelah sekian lama senyuman tersebut hilang, ia tiba-tiba muncul diwajah mereka...

mungkin. inilah yang mereka cari-carikan untuk mencari erti kebahagian...tapi sayang, bukan bersama..

Tuesday, February 26, 2013

||Mencari Idea Yang Jauh Tersembunyi||

3rd POST FOR TODAY~~~

Saja-saja je nak post banyak-banyak. biar nampak penuh sikit blog saya yang baru ni~~

so..i'm at some point of dilemma here..bila kita minat mengarang.kita suka menulis. bila kita menulis, kita akan cari idea. jadi disitu, timbul satu masalah besar bagi aku.

idea merupakan satu benda yang sangat penting bila kita nak mulaka satu cerita. idea ni bagaikan biji benih bila kita nak menanam pokok. tak ada benih.tak ada pokok dan bila dah ada idea, mulalah process kembangkan cerita ke pelbagai sudut. sama ada kita nak jadikan cerita tu berperingkat,berlompat, skip-skip..itu terletak pada jari jemari kita.

The problem with me, aku ada idea.aku ada jalan cerita.tapi aku tak ada ayat.aku tak ada skill nak kembangkn cerita tu dengan menggunakan ayat yang power. Sometimes terbit rasa cemburu dihati bila aku baca buku-buku mantap dari BukuFixi,LejenPress,BukuHitamPress,DubookPress etc..cerita simple, tapi ayat yang digunakan memang tangkap perasaan. 


So, now.. I have a new writing project. one that need the most unique and creative idea that i can used. tema yang digunakan sangat mendalam dan serius, dan untuk ni, aku blur. aku tak tahu nak kupas atau guna isu apa sebagai main idea untuk cerita tu. Sometimes, dan kebiasaannya aku akan dengar lagu, sebab biasanya dari lagu, kita akan dapat jumpa idea or backstory untuk sesuatu cerita.

deadline for this project would be on 28th... hopefully aku dapat siapkan benda ni sebelum tu....hmmm..


||i guess i'll just to have open up my mind and see the world in the different perspective.|| 

||Manusia Pilihan Tuhan||


MANUSIA PILIHAN TUHAN

Kringggg!!!!
Mataku serta merta tercelik sebaik saja bunyi nyaring jam penggera berdesing di tepi katil. Seperti sudah di programkan, tanganku tanpa dipaksa terus mematikan bunyi desingan tersebut lalu bingkas bangun dan duduk di sisi katil yang  empuk itu . Kata ahli pakar tidur,  manusia harus mendapatkan istirehat yang secukupnya selama 8 jam, dan untuk mendapatkan istirehat yang secukupnya, kita perlu katil yang sangat selesa untuk berlabuh baring. Apa guna tidur jika, katil yang digunakan adalah katil yang murah lagi menyakitkan badan. Aku menoleh ke belakang. Jelas sekujur tubuh badan seorang wanita yang terbaring membelakangi aku sedang lena di uliti mimpi. Entah apa yang dia sedang mimpikan. Sejak dua menjak ini, aku kerap bermimpi mimpi yang sama – setiap kali mimpi, ia sama saja. Babak ke babak, imej ke imej, sehinggalah ke dialog di dalam mimpi tersebut. “Kau terpilih..kau lah yang aku cari-cari selama ini...” tapi setiap kali, aku ingin bertanya kembali apa yang memilihku, aku tiba-tiba tersedar. Alangkah bagusnya kalau kita hidup berdasarkan apa yang kita mimpikan...
            Aku mengeluh panjang, lalu terus bangun tanpa mempedulikan kehadiran wanita yang berada dikatilku itu. Dia hanya seorang manusia. Seorang perempuan.  Seorang pelacur. Dia hanyalah satu lubang kepuasan. Tidak lebih dari itu. Dalam keadaan yang samar-samar gelap, aku mengorak langkah ke bilik air yang berada di hujung bilik dan tanpa berlengah masa, aku melepaskan sesuatu yang berada didalam sistem badanku yang ku tahan dari malam tadi. Selesai. Aku bersihkan apa yang patut, lalu menadah air di besen dan membongkok sehingga sama parat dengan pili air. “Sahaja aku mengambil wuduk’ tunai kerana...” ngomel aku sambil membasuh tangan dengan penuh tata tertib. Kata arwah ayahku suatu ketika dahulu “Nak...kite ni nak pergi hadap Tuhan, kena hensem-hensem. Kena semat-semat. Anggaplah Tuhan tu bos kite, dan kita ni nak pergi mintak kerja dengan dia. Kalau kita bersih,hensem, semat...lah ko tak rase Tuhan suka tengok kite...haaa..gitu lerr..” ayat tersebut masih lagi tersemat di ingatanku biarpun, sudah hampir 12 tahun ayah meninggalkan aku. Ibu? Aku tidak kenal manusia yang bernama ibu. Ayah kata, ibu di culik oleh orang jahat dan sehinggalah sekarang, dia tidak mampu mencari jalan pulang. Ayah pikir aku bodoh – mungkin itu yang bermain di pikiran dia, tapi aku tidak bodoh seperti apa yang ayah pikirkan. Aku tahu ibuku meninggalkan kami anak beranak untuk ikut jantan lain pergi ke Kotaraya. Bukan sebarang jantan, tapi jantan itu adalah jiran aku sendiri. Entah apa yang dia dapat dari jantan tu, aku pun tidak mengerti, sehingga sanggup tinggalkan rumah, harta, suami malah anak untuk ke Kotaraya yang gah tu. Hmph...Kotaraya..layak saja aku panggil Kotaraya tu sebagai bandar Neraka!  
            Selesai sudah mengambil wuduk’, aku terus ke ruang solat di hujung bilik. Sambil membentang sejadah yang sudah lapuk, aku membetulkan kain pelikat coklat yang pernah disarung oleh ayah suatu ketika dahulu. Aku mengambil kain tersebut bukan kerana ia milik ayah, tapi aku menyukai corak kain pelikat ini. Ia tidak seperti corak klishe’ segi empat yang biasa orang lain pakai, tetapi ia bercorak segi tiga. Ya. Segi tiga. Sejak dua menjak ini, aku gemar dengan corak segi tiga; jam rindik segi tiga, asbak berbentuk segi tiga, meja makan segi tiga yang berada di ruang makan pangsapuriku, set pinggan mangkuk segi tiga yang aku jumpa di sebuah pasaraya berdekatan. Hampir kesemua barang yang aku miliki adalah bercorak atau berbentuk segi tiga. Ada sesuatu tentang bentuk ini yang membuatku terangsang di otak mahupun dijiwaku.
“Allahuakbar!” takbir ku sebaik saja selesai membaca doa iftitah solat subuh. Solat subuh, solat pagi. Bagiku solat subuh lah yang paling ku nanti-nantikan, bukan kerana solat ini mempunyai faedah atau pahala yang begitu banyak sekali berbanding empat solat yang lain, tapi kerana ia dilaksanakan menjelang pagi, menjelang terbitnya matahari. Setiap kali menjelang pagi, aku akan cepat-cepat mengerjakan solat subuh, lalu aku akan berdiri di tepi balkoni pangsapuri mewahku untuk menanti-nanti kemunculan matahari yang bakal menerangi bumi ini. Setiap kali melihat bintang berapi itu muncul, terbit rasa kagum aku kepada alam semesta yang telah di ciptakan untuk manusia untuk beribu abad sebelum ini. Aku kagum dengan kuasa yang ada pada bintang berapi ini. Aku kagum dengan keupayaannya untuk menerangi bumi yang nazak ini. Aku kagum dengan kebolehan yang ada pada ia untuk memberi tenaga kepada hidupan yang lain. Sayang...manusia lain tidak menghargai jasa bintang ini. Itulah manusia. Mudah lupa. Mudah lalai dan mudah bongkak dan riak dengan apa yang mereka miliki. Kerana manusia yang sebegitulah, aku memandang jijik dengan spesies manusia. Mereka selalu saja bercakap besar tentang kebolehan mereka tapi mereka tidak sedar, ada kuasa yang lebih besar, lebih agung dari apa yang mereka percaya itu. mahluk yang mudah lupa. Itulah manusia.
            “Babe...you’re awake already?it’s fucking early lah sayang...” ngomel wanita itu sebaik saja aku selesai mengucapkan salam pada akhir solat subuhku. Aku mengendahkan kehadirannya. Seperti biasa.
“You know...I’m actually suprise to see you sembahyang beb..hmph! so fucking funny..” sambung wanita itu lagi sambil mengeliat. Dengan hati yang selamba, wanita tersebut terus bangun dari katil, dan mengorak langkah ke arah ku. Dia yang tidak mengenakan sebarang kain di tubuhnya mula mendekati aku dengan lenggok yang lemah gemalai. “I pelik lah tengok you ni. Why would you even pray honey??” beritahunya sambil meramas pinggangku dari belakang.
“Sebab Tuhan suruh. Nabi suruh.” Jawabku dengan ringkas tanpa memandang dia. Wanita itu ketawa kuat. Geli hati dengan apa yang baru saja aku katakan kepadanya. “You make ketawa lah yang...” komennya lalu terus mencium aku dengan penuh berahi. “but I do like that about you. You make me hot.” Ujar wanita itu lalu menyambung menciumku semula. Tanpa ada perasaan apa-apa, aku menolak dia. Tidak. Bukan sekarang. Aku dah malas nak layan betina ni. “Kau patut balik. Dah nak pagi ni.” Tanpa mengendahkannya, aku terus bingkas melangkah ke ruang balkoni rumah. Matahari. Ya itulah yang aku tunggu-tunggukan. “You’re fucking asshole you know! Cibai lah kau jantan..puki lah kau dengan keturunan kau...” aku pilih untuk berbuat bodoh dengan apa yang sedang di jeritkan oleh wanita itu. Dia bukan sesiapa. Dia hanyalah seorang manusia. Seorang pelacur. Boleh mati dengan segala sumpahannya.

            Dalam perjalanan aku ke tempat kerja, aku memilih untuk berjalan kaki daripada menaiki bas ataupun kereta. Bagi aku, berjalan kaki lebih bagus. Lebih seronok. Lebih bermanfaat. Banyak benda yang boleh kita nampak, hayati, malah perhatikan di setiap tempat yang kita lalu. Aku kagum dengan seni bina banggunan-banggunan moden lagi hebat yang kian dibina setinggi-tinggi tidak. Seakan-akan  ia dibina untuk mencapai sesuatu di langit, mahupun menunggu sesuatu untuk turun ke bumi. Ketika di bangku sekolah menengah, aku pernah bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek. Minat aku terhadap seni bina amatlah kuat. Minat aku dengan alat-alat jangka lukis tu semua. Unik. Menarik. Mendalam. Bagi aku, seni bina yang hebat menunjukkan betapa hebatnya sesuatu tamadun dan peradaban manusia di muka bumi ini. Aku mengimpikan namaku akan disebut-sebut, disembah-sembah, di segani dan diperkatakan pada setiap zaman lama setelah aku pergi. Seperti firaun. Sudah beribu tahun dia mangkat, tetapi sehingga kini, namanya, tamadunnya, banggunannya, serta tinggalannya di sebut-sebut orang. Manusia kagum dengannya, dengan apa yang dia mampu jadikan walhal dia hanya seorang manusia. Seorang manusia. Bagaimanakah seorang manusia yang mempunyai sifat fizikal, sifat mental yang hampir serupa dengan kita semua tapi mampu melaksanakan sesuatu yang tidak dipikir oleh orang lain. Manusia kah dia? Dewa kah dia? Atau Tuhankah dia seperti mana dia mengaku sebelum kewafatannya?
            “Kau ada dengar pasal video lagu k-pop tu tak weh?” telingaku tiba-tiba terdengar satu perbualan antara dua orang remaja perempuan yang sedang berdiri disebelahku ketika sedang berdiri di bahu jalan raya. “Video k-pop yang mana satu ni?” tanya kawannya yang berspek mata bingkai tebal itu. “Alah yang Gangnam tu!” jawab kawannya semula dengan nada yang penuh semangat. Serentak mereka berdua tertawa. Barangkali geli hati dengan lelaki gemuk bermata sepet menari persis sedang menunggang kuda di dalam video itu. “Kenapa dengan video tu?” tanya gadis yang berspek itu pula. “Aku dengarkan, video tu dakyah yahudi oi..illuminati lah bagai. Bodohlah! Macam-macam lah orang sekarang ni! Cetek betul pemikiran orang sekarang.” Jawab gadis yang berbadan gempal-gempal itu. Aku menjeling tajam ke arahnya. Gadis itu dapat tangkap jelinganku.Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya ke rakannya. Entah mengapa terasa panas sebaik saja mendengar ayatnya itu. “Serius? Alah tak pelik lah kalau dengar orang cakap pasal benda tu semua. Orang dah makin paranoid lah sekarang.” Jawab gadis berspek itu pula. Aku sentap. Paranoid dia kata? Paranoid? Celaka...tahukah dunia tidak lama akan berakhir? Tidak tahukah dia disebalik apa yang berlaku ada maksud tersiratnya. Bodoh! Kenapa masih mahu butakan mata dan hati mereka. Manusia...manusia memang bodoh!
Ting!
Lampu hijau bertukar menjadi merah. Serentak perbualan dua orang gadis remaja itu terhenti. Aku perhatikan saja gadis yang berbadan gempal itu. Sakit hati dengan apa yang baru saja didengarkan. Cetek pemikiran? Bodoh?? Nak saja aku merentap rambut panjangnya yang karat lagi kusut itu dan humban mukanya yang penuh dengan jerawat batu itu ke atas permukaan jalan tar ini! Biar dia rasakan betapa sakitnya hati ini bila mendengar ayat-ayatnya tadi. Mataku masih lagi memerhatikannnya dengan tajam. Sebaik saja dia dan rakannya bergerak, gadis berbadan gempal itu sempat menoleh ke belakang untuk memandangku dengan matanya yang jelas tidak selesa dan bimbang. Dalam kepalaku, ingin saja aku melihat dia dilanggar kereta dan mati. Ya. Mati. Dia orang yang bodoh. Jahil. Dan orang seperti dia tidak patut wujud dimuka bumi ini. Orang seperti dia patut saja pupus. Dunia tidak ada tempat untuk orang yang berfikiran jahil mahupun bodoh sepertinya. Dunia hanya untuk orang yang pandai-pandai saja. Dunia yang baru. Dunia untuk mahluk-mahluk terpilih saja.
           
           Tempat aku bekerja terletak ditengah-tengah bandar. Banggunan yang paling tinggi sekali di kotaraya, itulah tempat aku mencari rezeki. Setibanya aku di pintu masuk banggunan, kehadiran para pekerja di ‘jemput’ oleh sebuah mata besar yang berada di dalam bentuk segi tiga. segi tiga sekali lagi. Minatku terhadap bentuk ini tidak dapat dibandingkan lagi. Mengapa bentuk segi tiga ini sangat kuat impaknya dalam peradaban dunia. Dari zaman firaun, adanya piramid. Zaman Aztec, adanya kuil-kuilnya dibuat berbentuk segi tiga. Mengapa bentuk ini sangat digemari oleh tamadun-tamadun purba ini? Adakah ia memberi apa-apa maksud tersirat?
 Mata tersebut terletak tepat di pintu masuk banggunan, bagaikan sedang memerhatikan gelagat manusia dengan pandangannya. Aku mendongak ke arah mata tersebut, seakan-akan menghormati dengan pandangan ia. Mata tersebut bukan hanyalah sekadar sepasang mata, ia satu simbol – simbol ada satu entiti yang sering dan sentiasa memerhatikan kita tidak kira dimana atau bila-bila masa saja. Orang lain mungkin tidak menyedarinya,tapi aku bukan seperti mereka. Aku bijak. Aku sedar akan hal-hal yang kecil yang mereka tidak nampak atau pilih untuk menghindarinya. Manusia di ciptakan dengan sebuah akal... kenapa tidak gunakan ia dengan sebaik mungkin. Manusia sibuk mencari Tuhan,mencari keajaiban yang Tuhan ciptakan, mencari erti sebenar kehidupan yang sudah siap sedia berada dihadapan mata namun mereka malas, mereka sombong. Mereka mengharapkan keajaiban itu datang bergolek sendiri kepada mereka. Mereka mengharapkan agar Tuhan sendiri datang mencari mereka dan menjemput mereka masuk ke dalam syurgaNya. Tidakkah tindakan tersebut adalah bodoh. Bagaimana mereka mengharapkan Tuhan mencari mereka sedangkan mereka tidak berusaha mencari Tuhan. Bagaimana mereka ingin mendapatkan tempat di syurga jikalau mereka sentiasa menolak Tuhan dalam kehidupan mereka. Sombong. Riak. Jahil. Ya... itulah perangai manusia-manusia sekarang. Mereka mengharapkan rezeki, kesihatan, kekayaan, kebahagian, dan kesenangan dalam hidup tapi mereka lupa untuk berusaha dan berdoa kepada Tuhan. Sebaliknya mereka mengharap rezeki, kekayaan, kebahagian dan kesenangan dari manusia yang lain. Manusia yang lebih senang, lebih kaya dari mereka dan yang paling bodoh, mereka bersyukur dengan manusia-manusia ini. Mengapa tidak meluahkan rasa syukur kepada Tuhan yang telah takdirkan diri ini untuk berjumpa dengan manusia ini dan akhirnya di berikan rezeki melalui manusia ini. Mengapa menjunjung tinggi kedudukan seorang manusia yang tidak ada apa-apa melainkan harta di dunia dan tidak menjunjung tinggi kedudukan Tuhan yang mempunyai segala-galanya tidak kira dimana-mana saja. Manusia adalah mahluk yang lemah. Itu aku tidak nafikan. Engkau hamburkan saja duit di hadapan mereka, dengan sekelip mata kedudukan engkau akan di martabatkan oleh mahluk-mahluk ini. Kini, prinsip hidup dan maruah tidak lagi menjamin masa hadapan seseorang. Ia sudah tidak relevan bahkan ia sudah lapuk dek zaman. Kini, duit, kedudukan, harta adalah segala-galanya. Manusia sanggup menggadaikan segala-galanya untuk duit. Jangan kata maruah. Agama juga mereka sanggup tolak tepi demi wang yang tidak punya apa-apa nilai selain harga sesuatu barang di dunia. Bila kau mati, kau takkan dapat bawa duit itu masuk ke dalam kubur. Kau tidak akan dapat bawa wang itu untuk merasuah Malaikat Munkar dan Nankir. Kau takkan dapat bawa wang itu membeli tempat di syurga, malah tanpa wang juga kau tak perlu bayar untuk masuk ke neraka. Cukup saja dengan sikap kau yang sombong dengan Tuhan itu, dengan sekelip mata saja kau sudah menempah nama di penjara neraka.
“Wei!” panggil rakan sepejabatku dari mejanya. Aku menoleh. “Ha...apa dia?”
“Kau dah dengar cerita pasal Mat?” tanyanya dengan suara yang seakan-akan berbisik.
Aku terdiam. Blur sekejap “ Kenapa dengan Mat?”
“Dia dah mati dah...” jawabnya dengan ringkas.
“Bila??” tanyaku lagi. Aku tidaklah begitu rapat dengan Mat, mahupun mengenalinya sangat tapi selama bekerja disini, Mat antara rakan-rakan sepejabat denganku. Orangnya biasa-biasa saja. Bercakap dengan lembut,sopan, – ‘malaikat’ sungguh perangainya. Mat juga seorang yang kuat agama. Kebiasaannya jika ada majlis ibadah, Mat yang akan mengetuai para jemaah untuk bersolat. Aku pernah mendengar dia mengaji, merdu sungguh suaranya. Tidak pernah sekali pun dalam tempoh aku mengenalinya, aku dengar dia menyumpah, mencarut, apatah lagi mengumpat orang di pejabat. Mat. Baik sungguh orangnya.
“2 hari lepas...” jawab teman sepejabatku dengan ringkas.
“Dia mati kenapa?” tanyaku lagi.
“Aku dengar dia kena bunuh.”
Aku terdiam. Sentap dengan jawapan yang baru saja dikatakan oleh lelaki ini.
“Aku dengar dia tengah ada financial problem. Bini dia tinggalkan dia. Anak dia semua bini dia ngangkut, ikut jantan lain.” Sambung lelaki yang bernama Alim tu.
“Then?” aku tanya lagi.
“Then, dia rabak lah. Tapi after that, aku dengar dia dapat kije baru. So far so good lah. Gaji pun masyuk jugak. Tengok-tengok balik dia dah kaya dari sebelum ni lah. Tapikan......” Alim berhenti sejenak. Dia kelihatan seolah-olah tidak senang dengan sesuatu.
“Tapi apa?” aku menegurnya.
Alim memandangku dengan pandangan yang serba salah “Tapi dia dapat benda tu semua sebab  dia convert masuk kristian lah beb...”
Mataku terbeliak. Mat masuk kristian? Tidak mungkin. Dia kan warak. Seorang yang kuat agama. Dia mengaji. Dia solat. “Biar betul? Mana kau dengar?”
“Bukan dengar. Aku sendiri nampak. Bulan lepas, masa aku tengah dok lepak-lepak kat bandar. Aku nampak dia. Aku nak tegur dia..tapi aku nampak dia masuk satu church ni. aku macam pikir, gile! Mat masuk church!? What the hell kan!” sambung Alim lagi sambil menggaru-garu kepalanya. Aku diam. Dengarkan saja kisah Mat darinya.
“So aku tunggu lah sampai dia keluar. Then tak lama lepas tu, dia keluar. Aku nampak dia bersalam,peluk bagai dengan orang-orang kat situ. Pastu, aku pergi kat dia. Tegur lah....”
Ping! Bunyi telefon bimbit Alim berbunyi. Dia berhenti sekejap untuk melihat pesanan ringkas yang masuk. Dahinya berkerut-kerut apabila membaca sesuatu dari telefon bimbitnya. Aku masih diam. Tidak berkata apa-apa mengenai Mat. Terlalu awal untuk mengemukan satu kesimpulan dari cerita yang baru separuh didengar.
“Haih awek aku nih! Banyak songeh betul!” ngomel Alim tetiba. Dia memandang aku lalu tersenyum hambar. “Back to the story. Aku tanyalah Mat. Dia buat apa kat situ. Dia dengan selamba jawab ‘aku attend mass kat sini.’ Aku pelik lah. Aku tanya balik, buat apa dia attend mass ni, kan tu untuk orang kristian. Lepas tu kau tahu dia jawab apa? Dia boleh ketawa sambil tepuk bahu aku, then dia kata ‘I’m one of them now.’ Aku macam...mak aihh! Gilelah!” cerita Alim dengan penuh semangat. Hmmm... apa nak jadi?kerana harta. Manusia sanggup gadaikan agama mereka. Sanggup gadaikan Tuhan mereka. Harta hanya menjamin manusia di dunia. Ketika mereka hidup. Ketika mereka masih punya jasad. Apa akan jadi pula pada roh mereka apabila mereka mati? Mengapa manusia sekarang suka ambil mudah dengan perkara-perkara sebegini. “Sayangnya...” luah aku dengan perlahan. Alim bagaimanapun mendengar, dan dia menjawab “Kan...aku pun pikir macam tu jugak. Padahal Mat tu kuat agama kot. Warak. Solat tak pernah tinggal. Macam mana pulak dia boleh sesat tu.”
“Sebab duit. Sebab lemah. Sebab bodoh.” Jawab aku tanpa berfikir apa-apa. Alim terdiam. Barangkali terkejut mendengar jawapan aku. “Dia kena bunuh sebab apa ha?” tanya aku tanpa menghiraukan reaksi Alim.
“Aku dengar jiran dia bunuh dia. Dengar cerita jiran dia tu benggang yang Mat tu pasang tanda salib kat depan pintu rumah dia. Jiran dia tu pulak orang kuat agama. Pak imam katanya. Dorang bertekak then Mat mati. End of story.” Jawab Alim.
Aku terdiam sekali lagi. Mati kerana agama. Bunuh kerana agama. Aku tak pasti mana satu yang lebih mulia. Mati kerana mempertahankan agama atau membunuh kerana ingin mempertahankan kesucian sesuatu agama tu.
“Apalah Mat tu, dulu dia islam...tapi sebabkan harta,sanggup gadaikan agama. Nah! Sekarang, tak pasal-pasal mati sebab cuba nak mempertahankan agama baru dia yang sesat tu. Agama Islam tu kan dah terang-terang sempurna. Rezeki kita semuakan Allah yang turunkan. Takkan lah sebab kita ni takde harta, kita terus nak masuk agama lain! Hish! Kita kan orang melayu. Lahir melayu,lahir Islam, mati pun dalam keadaan islamlah ye dak!” ujar Alim dengan begitu semangat. Untuk seketika, aku mengagumi apa yang Alim sedang katakan. Untuk seketika aku berpendapat Alim adalah seorang yang bijak. Biarpun tidak nampak, aku pikir dia mungkin seorang yang kuat agama.
PING!
Bunyi telefon bimbit Alim berbunyi sekali lagi, tangannya tangkas mengambil telefonnya lalu membaca pesanan ringkas yang baru diterima. Tidak lama kemudia, dia mengekek-kekek ketawa. Aku bertanya “Kenapa Lim?”
Dia berhenti ketawa tapi masih tersenyum lebar “Awek aku ni hah! Gatai betul! Dia pesan suruh beli kondom balik kije nanti. Tengah sanggap lah tu! Hahahhaa! Parti aku malam ni.”
Aku terdiam.
Waktu bekerja adalah dari pukul 8.00 pagi sehinggalah jam 5.30 petang. Dalam masa sepuluh jam setengah itu, kami bekerja bagaikan robot. Segala arahan kami patuh. Segala permintaan kami tunaikan. Segala kerja kami uruskan. Selama sepuluh jam setengah aku dan yang lain-lain bekerja bagaikan robot yang tidak punyai perasaan dan sebaik saja pukul 5.30 petang, ‘robot-robot’ ini semua mula bertukar menjadi diri mereka yang asal. Manusia. Aku tidak pasti antara menjadi robot ataupun manusia, mana yang lebih baik. Manusia dilahirkan dengan pelbagai kemudahan dan kesenangan. Antara kesenangan yang manusia miliki adalah akal. Mereka dilahirkan dengan sebuah akal minda. Dengan akal ini, mereka mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Dengan akal ini juga, mereka mampu menyelesaikan masalah dan dengan akal ini jugalah yang dapat membantu mereka membuat keputusan dalam hidup. Berbeza dengan robot. Ia dicipta dan diprogram untuk melakukan sesuatu perkara. Ia tiada akal. Ia tidak mampu berfikir. Ia tidak mampu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk tanpa melakukan proses kiraan. Ia mungkin dapat menyelesaikan masalah, tapi masalah itu bergantung dengan kemampuan cipnya. Dan yang paling penting, robot tak dan tak akan dapat membuat sebarang keputusan mengikut gerak hati mereka seperti manusia. Ya. Jadi manusia lebih menguntungkan. Tetapi kenapa manusia tidak gunakan akal yang diberi dengan sebaiknya. Mengapa mereka mengabaikan akal mereka dan terus menerus melakukan perkara-perkara yang membawa padah. Mengapa mereka masih membunuh,berperang,mencuri,merasuah,menyeleweng,berpoya-poya? Mengapa mereka masih melakukan dosa walhal mereka tahu ia hanya akan memberi impak yang buruk kepada mereka satu hari nanti. “Ah! Nanti dah sampai seru, aku tobat lah. Umur aku baru 24 tahun beb! Let me enjoy myself first. Tuhan kan Maha Pengampun.hehehehe!” bait-bait ayat tersebut menyergah ke pikiranku secara tidak langsung. Lelaki yang berkata sebegitu  Iman namanya... Dia merupakan rakan sekelasku ketika kami bersama-sama menuntut ilmu disebuah universiti terkemuka di ibu negara. Iman – betapa teringinnya aku untuk mempunyai nama tersebut untuk diri aku... tapi sebaliknya...ahh..lupakan saja tentang nama. Ia tidak penting. Tidak guna mempunyai nama yang indah jika perangai tidak menggambarkan keindahan sebuah nama itu. Iman adalah contoh terbaik manusia yang sombong bagiku. Dia tidak sombong pada aku, mahupun kawan-kawannya yang lain. Bahkan dia terkenal dengan sikapnya yang peramah dan mesra. Tapi dia sombong dengan TuhanNya. Dia sombong dengan segala rezeki, kesenangan dan kemudahan yang dia ada. Teringat aku dia mengatakan ayat-ayat tersebut ketika kami sama-sama mengulangkaji subjek agama. Kami sedang membincangkan tentang isu akhir zaman. Ia bermula apabila kami terjumpa satu ayat yang mengatakan apabila matahari terbit dari tempat tenggelamnya, pada saat itulah Allah s.w.t tidak lagi akan menerima taubat umatnya. Aku bertanyakan kepada Iman, apa pendapatnya dah itulah jawapan yang dia berikan kepadaku. Tambahnya lagi “Alah..nanti bila aku dah tua,dah puas beromen,dah puas rasa arak, dah puas enjoy, aku tobat lah. Kita semua pun tak tahu kiamat tu bila kan...so,pintu bertobat tu kira  masih openlah kan!hahaha!” aku hanya diam. Mulutku seakan-akan tergam pabila mendengar jawapan beliau. Betapa sombongnya manusia ini aku pikir.
            Kini sudah hampir 5 tahun aku tidak jumpa Iman. Entah dia sihat, hidup ataupun sudah bertaubat. Aku tidak tahu. Mungkin saja dia masih lagi khusyuk dengan dunianya. Mungkin juga dia berpegang teguh dengan apa yang dia katakan tentang bila dia mahu bertaubat. Apa kisah Iman, aku pun tidak tahu dan tidak pasti.
            Perjalanan pulang dari tempat kerja ke rumah mengambil masa selama 20 minit. Seperti biasa, aku menaiki bas untuk pulang ke rumah. Aku lebih suka begitu, dengan menaiki bas, aku dapat lihat keadaan manusia di luar sana dengan lebih baik. Dari dalam bas, aku dapat lihat anak-anak remaja tenggelam dek keseronokan duniawi. Mereka menonggak arak bagaikan ia adalah air mineral yang biasa. Tanpa rasa segan silu, mereka memaparkan ‘kemesraan’ diantara mereka dan pasangannya. Aku pelik. Tidak malukah mereka apabila berbuat begitu dikhalayak umum. Tidak ada ke bilik hotel murah untuk mereka sewa dan puaskan zahir dan batin mereka sehabis-habisnya disitu. Patutnya anak-anak muda seperti inilah yang kita nanti-nantikan untuk memimpin kita pada hari yang kelak. Anak-anak muda seperti merekalah yang kita harapkan untuk membawa perubahan satu hari nanti. Tapi anak muda seperti ‘ini’kah yang kita mahu jadikan sebagai pemimpik kita satu hari nanti?? Hmph! Aku lebih rela mati awal dari melihat perkara tersebut terjadi. Aku tidak mahu dipimpin oleh seseorang yang menggangungkan duniawi. Aku tidak rela dipimpin oleh seorang manusia yang sombong, jahil dan yang penting...merasakan diri dia Tuhan walhal itu tidak benar.
            Aku menginginkan satu dunia yang baru. Dunia yang hanya wujud manusia-manusia yang bijak dan tidak jahil. Aku mahu satu dunia baru dimana manusia tidak sombong pada penciptaNya. Bahkan mereka mengakui wujudnya Tuhan dan kuasa-kuasaNya. Dapatkah aku temui dunia baruku itu? persoalannya, wujudkah ia? Dan kalau ia wujud, bila aku dapat hidup dalam dunia baru itu....

            Tibanya aku dirumah, aku terus melabuhkan tubuh badanku di atas sofa empukku diruang tamu. Tiada tempat yang lebih selesa dari rumah sendiri, pikirku. Aku pejam mata sejenak...terasa penat sungguh hari ini. Aku tidak pasti pula penat itu datang dari mana. Entah penat dari bekerja atau penat berfikir, entah mana satu yang menyedut tenaga aku pada hari ini. Aku buka mata lalu pandanganku beralih ke televisyen yang diam membisu. Aku mencapai alat kawalan jauh yang berada di atas meja dihadapanku, lalu tanpa menetapkan destinasi, aku mula menekan punat-punat alat kawalan tersebut. Satu persatu siaran aku buka. Tiada satu pun yang menarik perhatianku. Berita, rancangan realiti menyanyi, menari, model, berita, drama, propaganda, berita, berita, drama dan macam-macam lagi. Rancangan yang disediakan sama saja seperti yang sebelumnya. Stesen televisyen di negara ini ada berapa banyak, tapi semuanya memaparkan cerita yang sama. Drama yang isinya lebih kurang. Berita yang sama. Ayat yang sama. Putar belit yang sama. Penipuan yang sama. Propaganda yang sama. Yang hanya membezakan stesen-stesen ini adalah manusianya. Kosong. Hambar. Bosan.
“HARI KIAMAT SUDAH DEKAT!!” Teriak seorang lelaki yang berjubah dan berserban hitam di dalam salah satu rancangan yang aku secara semberono tertekan. Tanganku terhenti saat mendengar pekikkannya. Lelaki tua berjambang panjang dalam keadaan yang penuh semangat sekali berkata “KIAMAT SUDAH DEKAT. BANGKITLAH WAHAI UMAH-UMAH SEAGAMAKU! BANGKIT DAN BERTAUBAT LAH ANDA SEBELUM TERLAMBAT. PINTU TAUBAT MASIH LAGI TERBUKA. PINTU SYORGA ITU MASIH LAGI TERBUKA UNTUK KITA SEMUA! MARI! MARI KITA MINTA KEAMPUNAN KEPADA YANG ESA!” aku cuba menghayati kata-katanya. Separuh dari kata hatiku, mengiyakan apa yang lelaki berserban ini berkata. Separuhnya lagi, aku menolak apa yang diperkatakan dia. Hatiku tiba-tiba menjadi resah. Tidak pasti mengapa...tapi sebaik saja mendengar pekikan lelaki itu, hati aku mula gusar. Ahh...pasti sebab aku belum menunaikan solat waktu senja ni. Tanpa mendengar habis bebelan lelaki berserban itu, aku padamkan saja televisyen tersebut dan terus bingkas masuk ke dalam bilik. Aku perlu solat. Ya. Solat itu bagus. Solat itu menunjukkan aku kuat agama. Solat itu menunjukkan aku ada agama. Kiamat sudah dekat...kiamat sudah dekat..kiamah dah dekat...katanya...

            Selesai aku solat, badanku lemah. Terasa seperti ada sesuatu yang ngaib sedang menyedut segala tenagaku. Aku mula melabuhkan tubuh badanku di atas katilku yang empuk itu. Badan aku mula berpeluh. Panas. Tak selesa. Aku tak mengerti dengan apa yang sedang terjadi. Nak demam kah? Tidak mungkin. Aku seorang yang sihat. Aku punya tubuh badan yang kuat. Tidak mungkin aku boleh demam. Aku bukan seorang yang lemah, apatah lagi mudah jatuh sakit. Kecelakaan apakah yang sedang berlaku pada diriku ni?? Pusing..pusing..pusing..aku rebah...

“BANGUN! BANGUN! BANGUN!” satu suara menjenggah ke dalam telingaku. Aku buka mata dan tidak sampai separuh aku buka, satu cahaya putih dan terang yang begitu kuat sinarannya memancar ke arahku. Aku pejam rapat kembali mataku. Pedih bila cahaya tersebut memanah ke anak mataku.
“BUKALAH MATA KAU! BUKALAH!” Arah suara itu lagi. Suaranya lantang. Tidak kasar dan tidak lembut. Hanya lantang. Persis suara ayahku.
Aku cuba untuk membuka mataku secara perlahan-lahan. Sinaran cahaya putih tersebut masih lagi memancar tepat kepadaku...tapi lama kelamaan, tika aku buka mataku, cahaya tersebut semakin pudar. Ia tidak lagi menyakitkan mataku dan sebaik saja aku membuka mata, alangkah terkejutnya aku apabila melihat diriku dimana sekarang.
“Aku kat mana ni??” aku seakan-akan berada disebuah tempat yang begitu luas dan putih. Aku tidak dapat putuskan sama ada aku berada di sebuah bilik ataupun gudang besar. Tapi ia sangat luar. Dan apa yang lebih  memeranjatkan suasana di ruang ini begitu kosong sekali. Tidak ada apa-apa kecuali sebuah kerusi kayu yang tidak jauh dari tempat yang ku berdiri sekarang. Tidak ada apa-apa disekelilingku kecuali paparan putih didepan,belakang,kanan, kiri, bawah dan atas. Putih semuanya. Aku mula mengorak langkah dan mula menghampiri kerusi ditengah-tengah ruang itu. sebaik saja aku membuka langkah, bergema dengan kuat sekali tapak kasutku. Aih? Aku berkasut. Sejak bila? bukankah baru sekejap tadi aku sedang berbaring di atas katilku yang empuk. Mengapa aku boleh tiba-tiba berada disini?? Beribu persoalan bermain didalam kepalaku.
            Tibanya aku di kerusi itu, aku melihat ke kanan, dan aku menoleh ke kiri. Tiada siapa-siapa. Aku hairan. Suara siapakah yang mengejutkan aku tadi. Suara siapakah yang mirip dengan ayah tadi.
“Hello...” panggilku. Bergema suaraku diseluruh ruang tempat itu. aku melihat sekeliling...tiada siapa-siapa yang menjawab. Aku resah. Kebisuan ini membuatkan aku tidak senang duduk.
“Hello!” panggilku lagi. Tiada sahutan.
“Hello!!” suaraku makin kuat memanggil.
“KIAMAT SUDAH DEKAT!!” jerit seseorang secara tiba-tiba dari belakangku. Aku menoleh dengan cepat. Lelaki yang sedang berdiri dibelakangku ini adalah lelaki yang sama memekik dan berceramah di dalam televisyen tadi. Tapi mengapa suaranya lain? Suara dia bukan seperti apa yang aku dengar tadi. Suara lelaki tadi lebih kasar dan garau. Suara lelaki ini hanya lantang. Tidak kasar dan tidak lembut. Seperti ayahku.
“Kau siapa?” tanyaku dengan pandangan yang keliru. Lelaki itu senyum. Dia mula menghampiriku. Aku kaku. “Kau tahu aku siapa...” jawabnya dengan ringkas.
“Tak. Aku tak tahu kau. Siapa kau??”
“Kau kenal aku siapa...”
“Tak! Aku tak kenal kau!”
“Kau cari-carikan aku bukan? Kau sentiasa mencari aku bukan....” aku terdiam sebaik saja dia berkata begitu. Aku memandangnya dengan rupa yang tidak terduga. Aku kaku. Aku terkejut. Aku tergamam.
“Kau....”
“Aku datang untuk selamatkan kau... kau cari aku untuk selamatkan kau bukan?” tanya dia sebelum sempat aku berkata.
Mataku mula bergenang dengan air mata, sebak. Sayu. Mengerti dengan apa yang dia sedang bicarakan. “Ya... tolong... tolong selamatkan aku.” Jawabku sambil menahan air mata jatuh ke pipi.
Lelaki itu dengan lemah lembut menyentuh pipiku dan mengesat airmata yang sedang bergelinang. Sambil tersenyum kecil dia berkata “Kau percayakan aku?” tanyanya dengan lembut.
Aku mengganguk laju “ya..aku percayakan kau.” Jawabku tanpa berfikir panjang.
“Kalau kau percayakan aku, kau sanggup lakukan apa saja? Apa saya yang aku minta?” tanyanya.
Aku mengganguk laju.
Dia diam. Senyumannya masih lagi tidak lekang dari wajahnya yang putih melepak itu. “Kau impikan satu dunia baru bukan? Dunia hanya untuk kau dan orang-orang seperti kau?”
“Ya! Betul tu!” balasku dengan penuh semangat.
“Kenapa?” dia bertanya.
“Sebab dunia sekarang dah nazak. Dah kotor. Dah teruk. Aku tak mahu hidup di dalam keadaan dunia yang yang penuh dengan manusia yang bodoh dan sombong. Diorang tak sepatutnya hidup. Diorang tak sepatutnya ada!” jawabku dengan nada yang marah. Ya. Aku marah. Marah dengan mahluk-mahluk yang memanggil diri mereka manusia.
“Kau tidak sayang kan kawan-kawan kau?keluarga kau? Bagaimana jika mereka tiada nanti...” tanyanya. Tangannya masih lagi setia di bahuku. Aku menggeleng laju lalu bingkas bangun dari kerusi, kini aku berdiri tegak di hadapan lelaki ini dan tanpa aku sedari, aku hanya tinggal parat dadanya saja. “Tak! Buat apa sayangkan orang-orang macam tu! Diorang tu semua tak guna!” balasku dengan kasar. Tanpa berkata apa-apa, lelaki tersebut tiba-tiba saja memelukku. Aku tergamam. Kaku apabila diperbuat sebegitu.
“Sabar nak..sabar..aku faham benar isi hati kau. Tak mengapa...aku ada disini, untuk kau. Tak mengapa..tak mengapa.” Katanya sambil mengusap-usap kepalaku. Untuk sekian waktu, aku tetiba saja teringatkan ayahku. Teringatkan belainnya ketika ingin menidurkanku, memujukku, menenangkanku. Ayah... entah mengapa lelaki ini membuatkan ku teringatkan ayah biarpun orang tua itu sudah lama meninggalkan ku.
“Tolong bawak aku pergi. Pergi ke dunia baru...tolong...” pintaku sambil menangis teresak-esak. Sekali lagi, lelaki ini mengusap lembut pipiku dan kemudian dia berkata “Tidak lama lagi nak..tidak lama lagi. Tapi sebelum itu, kau perlu lakukan sesuatu...”
“Apa dia?” tanyaku.
Lelaki itu senyum. Tapi kali ini, senyumannya meleret sehingga ke telinga. Agak menggerunkan kerana rupanya kelihatan seperti badut jahat yang ada di dalam komik adiwara lelaki kelawar yang popular tu. Aku tergamam. Kedua-dua tangannya kini diletakkan di bahuku lalu dia berkata “Tahukah kau, bahawa kau sudah dipilih...”
Aku terpaku. “Hah? Ter...terpilih??” aku binggung. Tidak mengerti dengan maksudnya.
Dia mengganguk lembut. Senyuman badutnya masih lagi kelihatan “Aku telah memilih kau nak...”
“Ta...tapi pilih aku untuk apa?” tanyaku.
Tanpa duga,dia mendekatkan wajahnya ke mukaku. Kini rupa wajahnya semakin jelas – kulit muka yang sungguh licin dan bersih,ditambah pula dengan putih melepak. Hidungnya yang mancung...tapi ada sesuatu yang tidak kena dengan wajahnya. Bukan...lebih tepat lagi, bibir dan matanya. Anak matanya kelihatan sunggu besar sekali. Bukan itu saja, warna anak matanya bukan seperti mata orang-orang biasa, anak matanya kelihatan sungguh hitam. Hampir keseluruh biji matanya hitam. Yang lebih menghairankan, bibir lelaki ini kelihatan merekah dengan teruk sekali. Kelihatan seperti kulit bibirnya disiat-siat sehingga jelas kelihatan daging bibir tersebut. Bahkan sebaik saja lelaki mendekatkan wajahnya ke wajahku, aku dapat bau sesuatu yang kurang mengasyikkan datang dari mulut lelaki ini. Bau busuk yang tidak pernah sekali aku bau ketika dalam hayatku. Bau ini sungguh teruk sekali. Aku tidak pasti datang dari sumber apa bau busuk ini. Walau bagaimana pun,aku tahan dan diamkan saja. Itu tidak penting bagiku, rupa luaran seseorang tidak mencerminkan keperibadiaan seseorang itu. lebih-lebih lagi jika seseorang itu adalah lelaki ini....
“Untuk memimpin manusia ke dunia baru...” jawabnya dengan ringkas. Aku tergamam. Tubuhku membeku. Sistem pendarahanku terhenti. Otakku bercelaru. “Maksud kau? Pimpin manusia?”
Sekali lagi dia mengganguk, wajahnya jelas kelihatan puas “Aku telah pilih kau untuk pimpin saki baki manusia yang ada di dunia ini untuk ke dunia baru yang aku ciptakan. Dunia baru yang kau impi-impikan selama ni.”
Aku gusar “Ta..tapi kenapa aku? Kenapa kau pilih aku?”
Tiba-tiba senyuman menyeramkan lelaki ini hilang malah wajahnya kelihatan seperti tidak berpuas hati “Apa engkau tidak berasa bangga aku telah pilih aku. Aku telah pilih kau! Diantara manusia-manusia yang lain, aku pilih kau! Kau tak suka ke!?” beritahunya dengan nada suara yang meninggi.
Aku tergamam. Takut. Terkejut dengan ketinggian suaranya, cepat-cepat aku menunduk pandanganku, cuba untuk tidak memandang wajahnya yang semakin bengis itu “Tak! Bukan tu maksud aku... maaf...maaf..” pintaku terketar-ketar.
Lelaki itu kembali mendakapku...dan tanpaku sedari, airmataku kini mengalir semula. Aku rebah dalam dakapannya. Sebak. “Dunia baru ni, bukan untuk aku dan kau seorang saja. Ia adalah untuk semua orang...untuk orang-orang yang terpilih saja,dan dengan dunia ini lah aku ingin melahirkan semula manusia-manusia yang lebih baik dari sebelum ini. Tapi...aku perlukan bantuan kau. Kerana kau lain, kau istimewa. Kau bukan seperti yang lain. Kau bijak. Jadi sebab itu aku pilih kau...Kau terpilih...kau lah yang aku cari-cari selama ini..” kau terpilih...kau lah yang aku cari-cari selama ini...kau terpilih? Kau lah yang aku cari-cari selama ini? ayat itu bermain-main dikepalaku, tidak silap aku, ayat itulah yang termimpi-mimpikan selama ini. Ayat itulah yang tidak jemu-jemu bermain dipikiranku dan ayat itulah yang ku cari-carikan ertinya selama ini. Aku memandang lelaki ini, raut wajahnya berubah menjadi lembut kembali. Aku tenang saat melihatnya. Airmataku tidak berhenti-henti mengalir, tidak tahan sebak dengan apa yang sedang berlaku.
“Betul apa yang kau cakap ni?” aku bertanya. Dia mengganguk dengan lembut.
“Kau nakkan aku di dunia baru tu nanti?” Dia mengganguk.
“Kau akan selamatkan kami semua?” Dia mengganguk sekali lagi.
Aku tersenyum. Terasa tenang sungguh hati ini apabila segala persoalan yang aku pikirkan sudah terjawab. Benar bukan apa yang aku kata. Aku lain. Aku istimewa. Aku manusia terpilih.
“Baik.” Jawabku sambil mengesat air mata yang berjejeran dipipi. “Apa yang perlu aku buat? Bagitahu saja. Aku sanggup. Untuk kau, dan dunia yang baru. Aku sanggup melakukan apa saja.” Kataku dengan begitu semangat sekali. Aku sudah bersedia untuk menerima panggilanku. Ini adalah sesuatu yang perlu dibanggakan. Antara berjuta dan berbilion manusia dimuka bumi ini, aku yang dipilihNya. Aku! Siapa sangka!
Lelaki itu tersengih lebar “Betulkah kau sudah bersedia? Sudahkah kau bersedia memimpin manusia ni semua?”
“YA!” jawabku tanpa ragu-ragu.
“Biar apapun yang aku minta dari kau, adakah kau akan menurutinya? Tanpa mempersoalkannya?”
“YA!”
Senyuman lelaki itu semakin melebar... “kalau begitu, aku mahu kau buat sesuatu...” ujarnya lalu berbisik sesuatu ke telingaku. Aku mendengar. Aku cuba pahamkan. Aku terkejut. Aku tergamam. Aku terkedu.
“Sudahkah kau bersedia untuk melakukannya?” tanyanya setelah selesai berkatakan sesuatu ditelingaku. Aku memandangnya dengan seribu satu soalan. Aku tidak mengerti akan permintaannya. “Kau kata kau tidak akan mempersoalkan permintaanku bukan?” lelaki itu seakan-akan memahami apa sedang bermain dimindaku. Cepat-cepat aku menggeleng. “Aku mengerti. Demi kau. Demi dunia baru. Aku sanggup. Aku sanggup melakukan apa saja.”
Lelaki itu mengganguk dua tiga kali sambil tersenyum lebar “Bagus..bagus...jadi pergilah kau dan laksanakanlah permintaanku dengan sebaiknya. Aku akan tunggu kau di dunia baru nanti.” Kata lelaki itu lalu mula menjauhkan dirinya dari aku. Dakapannya yang tadi erat,kini mula berasa renggang. Dia mula berlalu pergi..tidak..tidak..aku tidak mahu dia pergi! “jangan tinggalkan aku! Jangan pergi!” pintaku yang masih lagi menggengam erat tangannya yang lembut itu.
“Aku akan tunggu kau di dunia baru. Bila kau sudah selesai, datanglah kepadaku. Aku akan tunggu kau. Aku akan tunggu kau...” ujarnya sebelum melepaskan tangganku....
“TIDAAKKKKKKKK!!!!!” jeritku dengan sekuat hati... lalu dia pergi..hilang..dan bagaikan magik, aku tersedar dari tidurku. Bukan..bukan tidur..bukan mimpi. Apa yang aku alami tadi bukanlah sekadar mimpi mahupun mainan tidur. Tidak. Ia lebih dari itu. Ia merupakan satu panggilan ajaib. Panggilan dariNya. Panggilan ke dunia baru.
            Mengingati kembali tentang permintaanNya, aku bingkas bangun lalu pergi ke dapur. Untuk ke dunia baru, aku perlu menjalankan tanggungjawabku dengan sebaik-baiknya. Biarpun ia memerlukan kita untuk berkorban,tapi untuk masa depan yang lebih cerah. Apa salahnya dan untuk masa depan yang cerah jugaklah aku sanggup melakukan apa saja.
            Di dapur aku, aku sibuk mencari sesuatu di kabinet-kabinet dapur. Aku tidak pasti jika barang itu ada, tapi kata hatiku kuat mengatakan barang itu ada. Aku punggah segala benda yang aku simpan dalam kabinet-kabinet tu semua. Satu persatu laci aku buka dan punggah. Tiada. Aku gusar. Bimbang jika barang yang aku perlukan tiada dan kalau ia tiada, rancanganku akan tertangguh. Dan aku tidak mahu perkara tersebut terjadi. Aku tidak mahu mengecewakan Dia.
            Aku sambung mencari dan akhirnya tiba di sebuah laci kecil di hujung kabinet dapur aku jumpa ia. Sebuah kotak sebesar kepalaku terletak baik di dalam laci itu,aku mengambil lalu membuka kotak tersebut dengan berjaga-jaga. Sebaik aku buka kotak itu, jelas kelihatan sepucuk pistol revolver hitam tersimpan rapi. Aku mengambil pistol itu lalu meletakkan ia di atas telapak tanganku. Sudah bertahun-tahun pistol ini tidak digunakan. Sudah berkurun lamanya pistol ini disembunyikan di dalam kotak ini. Senjata sehebat dan semoden ini tidak sepatutnya disimpan dan dibiarkan sehingga ia berdebu dan berkarat. Ia patut digunakan. Baik untuk menjaga keselamatan diri mahupun mempertahankan diri dari sebarang ancaman. Sebelum pistol ini sampai ke tangganku, ia merupakan milik ayah. Ayah seorang askar pencen. Pistol ini merupakan hadiah pencennya yang diberi oleh rakan-rakan setugasnya. Hampir setiap hari dan masa aku lihat ayah habiskan masanya dengan membersihkan pistol ini. setiap kelongsong peluru, penjuru,lubang,nozel pistol ini ayah akan bersihkan dengan seikhlas hati. Tidak terlepas satu tempat pun dia tertinggal untuk bersihkan. Ayah begitu sayang sekali dengan pistol ini, begitu sayang dia sanggup menamatkan riwayatnya dengan ‘menelan’ peluru dari pistol ini pada hari lahirnya yang ke 60 tahun.
            Selesai mendapatkan pistol itu, aku mula mengorak langkah ke bilik stor. Disitu aku mencari barang kedua yang perlu aku gunakan. Tidak sampai 10 saat memunggah,aku jumpa apa yang aku nak. Selesai mencari barang, aku kembali semula ke bilik tidurku dan aku duduk semula di atas penjuru katil.
            Didalam bilik yang penuh sunyi sepi, aku duduk termanggu di tempatku. Cuba untuk memerhati keadaan sekeliling dengan baik. Cuba memahami apa sebenarnya yang sedang berlaku pada diri aku. Apa yang bakal terjadi, akan mencetuskan sesuatu. Ia bakal menentukan masa hadapan aku dan manusia-manusia yang lain. Kita sibuk mencari Tuhan tapi pernahkah kita pikir bahawa adakah Tuhan akan mencari kita dan selamatkan kita semua. Hari kiamat sudah dekat. Aku, kau, dia, mereka semua minta untuk diselamatkan pada hari pengakhiran nanti. Tapi adakah kita pernah berusaha meminta untuk diselamatkan? Pernahkah kita memohon pertolongan untuk diselamatkan olehNya? Pernahkah kita merendahkan ego jijik kita untukNya? Kita mahu diselamatkan tapi kita sombong untuk tadah tangan dan sujud kepadaNya. Untuk apa kau sombong?untuk apa kau ego?untuk apa kau berkeras hati denganNya. Dia yang Esa. Kita hanya debu. Tidak lebih dari itu. Bukankah dah tiba masanya untuk merendahkan ego masing-masing dan kembali kepadaNya. Tidakkah manusia teringat akan kisah bagaimana Iblis telah dilaknat Oleh Allah S.W.T hanya kerana bersikap sombong dan riak. Tidakah mereka ini semua tidak mahu kembali ke kerajaanNya. Aku mahu menuju ke tempat itu. Aku mahu ke dunia baru ini. Masa depan di dunia baru itu tampak lebih indah dari dunia yang jijik dan kotor ini. Dan... aku takkan pergi berseorangan. Aku akan bawa mereka-mereka yang Dia rasa layak untuk memasuki ke dunia baru ini. Aku dipilih olehNya. Dipilih untuk membawa dan memimpin manusia-manusia ini ke dunia baru. Dunia baru yang hanya layak di diami oleh manusia-manusia yang mengsyukuri dan mengakui kewujudanNya. Aku takkan mengecewakan Dia. Aku tidak akan sesekali mengecewakan Tuhanku.
Di tangan kiri ada pistol milik ayah. Di tangan kanan, ada seutas tali. Dan untuk kali terakhir...untuk kali terakhir..aku cuba untuk menikmati kelembutan dan keempukkan katil ku  sebelum aku bangkit dan menjalankan tugas yang diamanahkan olehNya.
-AKHIR-          

||New Blog.New Life||

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Well, here it is..new blog. Actually aku sebenarnya dah ada blog...few years back. Tapi memandangkan tak ada masa nak update, aku ambil keputusan untuk deactivate terus je blog tu. Dalam blog lama, aku just banyak 'berbual kosong" je.. and mostly i talked about the general stuff in live. cinta.boyfriend.crush.musuh.haters.bla,bla,bla..and all that.

Agak bosan tu semua.

So..this will be my new blog. Untuk blog yang ni, InsyaAllah aku akan cuba selalu update dengan cerita-cerita yang menarik lah..

hopefully bukan penuh dengan cerita rabak dan meroyan..hahahah~ hambar...

Aku buat blog ni pun sebab nak kembali ke dunia mengarang dan menulis. You see, i love to write stories. Memang tu adalah minat aku, tapi masalahnya dengan aku ni.Aku suka menulis, aku ada idea tapi bila part nak mengarang tu..MasyaAllah! beku kepala otak! so this is my way of practice lah..hopefully, dengan cara ini..aku boleh latih skill aku menulis cerita-cerita yang power.huhuhu~~

So, here are few stuff that i'm going to write in this blog:
- cerpen/cerita pendek.
- daily life
- open monolog
- kerabakan/meroyan (hopefully tidak selalu)

so yeah..itu je kot.