Monday, September 16, 2013

||Till Death Do Us Part||

Aku pandang bawah... dan aku lihat lautan penuh dengan manusia.
Aku pandang bawah... dan aku apa yang aku dengar hanyalah bunyi-bunyi bingit dari kenderaan di jalan raya.
Aku pandang bawah... dan apa aku nampak hanyalah kematian. 

Kau pernah janjikan nama
Kau pernah janjikan kemasyuran
Kau pernah janjikan habuan
Kau pernah janjikan aku macam-macam.

Aku dengan bodoh berikan kau segalanya.
Tubuh, jiwa, hati, duit, dan keremajaanku.
Dengan begitu bodoh aku mempercayai kau..
Kau yang jumpa aku dalam keadaan diriku yang lemah.
Dan dari kelemahan aku itulah kau merobek segala-galanya.

Kau gunakan aku.
Gunakan namaku, hartaku, tubuhku, kemasyuranku...
Gunakan semua itu untuk kepentingan kau.
Dan setelah selesai...kau buang aku bagaikan aku sampah.

Sekarang, apa yang kau rasa?
Setelah di tikam dan dihunus pisau pemotong daging di perut, apa yang kau rasa sayang?
Sakit bukan?
Kalau kau nak tahu... sakit yang aku rasa sekarang jauh lebih perit dari apa yang kau rasa sekarang.
Aku harap kau bahagia.
Harap kau puas.
Harap kau sedari kesalahan kau.
Aku tahu semuanya sudah terlambat.
"Maaf" sudah tidak berguna lagi untuk kau sedangkan kau terbaring di atas lantai.
Berdarah sehingga mati. Sehingga malaikat maut menjemputmu.
Tapi jangan bimbang sayang...
Aku akan mengikut mu.
Itu yang pernah aku janji bersamamu suatu ketika dahulu...
"Till death do us part..." itu yang pernah aku katakan kepada mu... 

Aku pandang bawah... dan apa yang aku lihat hanyalah kematian. 

||Rabun||

Malang bagi manusia yang rabun sebenarnya...
Malang kerana setiap kali nak tengok sesuatu, dia perlu menyarungkan spek mata di wajah.
Malang kerana setiap kali dia menyarungkan spek mata, dia di ejek 'skema' oleh orang-orang sekeliling.
Malang kerana setiap kali pakai tudung, tudung kembang apabila dia menyarungkan spek mata di wajah.

Kesiannya jadi rabun.

Tapi nak tahu apa kelebihan jadi rabun?

Haaa... Ni rahsianya.

Untung jadi rabun...
Kau boleh mengelak dari bertentang mata dengan orang ramai.
Kau boleh mengelak dari berkonfratasi dengan orang yang kau rasa tidak selesa.
Kau boleh curi-curi pandang si dia dari jauh dan berpura-pura yang kau sedang tengok tempat lain walhal kau sedang memandang dia.
Kau boleh kurangkan rasa gementar apabila ingin memberi ucapan di hadapan orang ramai.

Banyak lagi keuntungkan jadi rabun.
Tapi banyak lagi malang jadi rabun.
Bezanya, terletak pada diri kita sendiri untuk menggunakan kebaikan dan keburukan menjadi seorang rabun.

Kau rabun?
Selamat datang ke dunia penglihatan yang samar-samar.

Sunday, September 15, 2013

||Truck Aiskrim||

Aku jumpa kau ketika aku sedang berduka.
Kau hadir ketika aku sedang bersedih. marah. kecewa dan...hampir putus harapan.
Tapi...bila kau hadir...bagaikan magik...
Semua itu hilang...
Segala kesedihan, marah, kecewa, dan macam-macam lagi ngaib.
Besar betul kesan kehadiran yang kau bawa untuk aku...

Dan dalam masa kita bersama...
Jujur aku kata, saat kita bersama lah saat yang paling bahagia dalam hidupku.
Bahagia yang tak pernah aku rasakan sejak kematian ibuku.
Bahagia yang tak pernah aku rasakan sejak dugaan yang datang melanda.
Akhirnya... untuk sekian lamanya aku menemui kau.
Kau yang sanggup menerima segala kekuranganku.

Bahagia betul aku bila bersama dengan kau sampai satu tahap...
Aku hanya mahukan mimpiku pada setiap malam hanya ada kau saja.
Dan jujurnya...
Sayang aku kepada kau...sampai satu tahap aku ingin berikan segala-galanya juga kepada kau.

Tapi...sayang. 
Kau seakan-akan seperti sebuah truck aiskrim yang hanya datang pada waktu-waktu petang saja.
Datang lalu berlalu pergi.
Datang, berikan aku aiskrim... lalu pergi. Hilangkan diri. Hilang berikan aiskrim kau kepada orang lain.

Bahagia aku juga kau.
Derita aku juga adalah kau.

Mahu saja aku lontarkan segala caci makian kepada kau...
Tetapi aku tak sanggup...
Sayang lagi barangkali.
Bodoh lagi barangkali.

Kau bodoh. Itu je aku nak kata.

||Teh O Ais & Kopi Panas||

Orang kata dalam bercinta, keserasian amat penting.
Orang kata dalam bercinta, persamaan amat penting.
Kalau Si Lelaki suka A... Perempuan juga harus suka A.
Kalau Si Lelaki suka bola... Perempuan itu juga harus meminati bola.
Kalau Si Lelaki suka kucing... Perempuan itu juga harus menyayangi kucing.

Semuanya sama. Kau tak bosan?

Kini... aku sedang duduk di depan kau.
Kini... kau sedang duduk di depanku..
Masing-masing cuba untuk mengelak dari bertentang mata.
Malu. Segan. Hiks...
Al maklumlah... pertemuan kali pertama.

Kau pesan kopi panas.
Aku pesan Teh O Ais.
Kau pernah bilang yang kau seorang peminat tegar kaffein.
Aku pernah bilang yang aku memang hantu teh.
Kau kata "Teh tak beri apa-apa benefit!"
Aku pula kata "Kopi buat orang mudah jatuh sakit!"
Kau ingat tak? Kita pernah berdebat tentang hal bodoh ini di telefon selama setengah jam.
Berdebat sampai tak sudah sehinggalah kau mula tergelak besar.
Ah... apalah. Benda macam ni pun boleh jadi isu! Kata kau di talian.
Pada mulanya aku mahu marah...tapi...aku juga mula tergelak.
Bangang! carut aku dengan nada yang manja.

Kini. Kopi panas kau sudah pun sampai.
Kini. Teh O Ais aku juga sudah sampai.
Kopi panas di tanganmu. Teh O Ais di jari jemariku.
Kau mula hirup kopi tersebut sebaik saja selesai mengacau air itu.
Jari-jemari ku pula hanya sekadar bermain-main dengan penyedut air aku.
Mataku mula fokus memandang kau.
Kau mula tersedar pandanganku, lalu menjeling.
"Kenapa pandang?"
Aku tersenyum "Saja. Tengah pikirkan sesuatu."
"Apa yang awak pikir?"
Aku tersenyum sipu. "Tentang perbezaan kita."
Kau mula tersenyum kecil. "Akan jadi masalah ke untuk kita nanti?" tanya kau.
Aku terdiam. Berfikir sejenak. Ais di dalam cawan teh o ais aku mula cair. Pandang si dia dengan mata yang...percayalah... kalau aku boleh tangkap gambar mataku, pasti ia bersinar-sinar.
"Hope not." ujar aku dengan ringkas.

Apalah sangat dengan perbezaan antara kau dengan aku.
Jikalau hati sudah berpaut.
Sudah sayang...
Apalah sangat perbezaan yang sekecil semut itu untuk aku dan kau.


||Nasi Panas Lauk Mentega Campur Kicap||

Masa kecik-kecik dulu aku seringkali dimarah Mama sebab suka main hujan...
Bila deman, mula lah dia membebel "Kan mama dah cakap!"
Dan aku hanya mampu tadah telinga mendengar bebelannya sambil
membuka mulut menerima suapan nasi panas berlaukkan mentega bercampurkan kicap dari tangannya yang kasar tapi lembut itu.

100 kali dia bebel dan marah... 100 kali itu jugalah aku kerap melakukan perkara yang sama...
Mandi air hujan macam mana kita mandi dalam bilik air...
Agaknya kalau boleh bawak shampoo dan sabun...dah lama jugak aku buat kerja gila tu.
Tapi nasib baik... biarpun masih mentah... aku mampu berfikiran waras...
Nasib baik.

Tapi sejak dah besar...
Kegilaan untuk mandi hujan tiada lagi...
Mungkin sebab dah besar...
Mungkin sebab dah berumur... dah tua..
Mungkin sebab tidak logik lagi untuk orang dewasa seperti aku bermandi hujan...
Takut di gelar gila oleh orang ramai...
Kita kan perempuan... haruslah jaga penampilan bukan?

Tapi mungkin...mungkin sebab Mama dah tak ada...
Mungkin masa kecik-kecik dahulu...
Aku suka main hujan sebab adanya Mama...
Mungkin aku suka main hujan biarpun tahu aku akan jatuh demam nanti disebabkan adanya Mama...
Sebab aku tahu, kalau aku mandi hujan, kalau aku jatuh sakit...Mama mesti ada untuk jaga aku...
Sambil mulutnya tak berhenti membebel, sambil tu jugalah tangannya tidak jemu menyuapkan nasi panas berlaukkan mentaga bercampurkan kicap dari tangannya yang kasar tapi lembut itu.

Tapi kalau aku jatuh sakit sekarang?
Siapa saja yang ada untuk membebel dan menyuapkan aku nasi panas berlaukkan mentega campur kicap dari tangannya yang kasar tapi lembut itu?


||Pura-pura||

Manusia memang berisiko tinggi untuk berkelakuan celaka kadang-kadang...
Kenapa?
Sebab kadang-kadang...mereka cakap tak serupa bikin...
Kenapa?
Sebab mereka tu manusia.

Hari ni cakap A...
Esok cakap B...
Hari ni cakap Ya...
Esok cakap TIDAK...

Hari ni kata SUKA...
Esok bilang BENCI...

Hari ni kata MAHU BERKENALAN...
Esok KAU BERPURA-PURA TIDAK MENGENALI.

Manusia...eh bukan...KAU MEMANG CAKAP KELING.

Saturday, September 14, 2013

||Kau. Rokok dan Ahhh...||

Fuuuuhhh...
Fuuuuhhh...
Kau hembuskan asap rokok ke udara...
Fuuuhh...fuuuhhh...
Kau hembuskannya sekali lagi...
Aku hanya memerhati dari tempatku...

"Kenapa awak pandang-pandang?" tanya kau sambil mengerut keningnya tebal itu.
Aku tersenyum sipu "Takde...saja je nak tengok..."
Kau tersengih. Lucu barangkali...
"Awak tak kisah kan saya merokok?" Tanya kau.
Aku menggeleng "Tak."
"Kenapa? Bukan perempuan tak suka lelaki merokok?" ulas kau lalu menyedut asap nikotin dengan dalam-dalam.
Aku tersenyum kecil "I'm not like those girls..." jawab aku dengan ringkas.
Kau ketawa kecil "Really? why is that?"
"Just because...." jawab aku sambil menggangkat bahu.
Kau ketawa "Jadi awak memang takde masalah lah kalau saya merokok?" tanya kau lagi.
"Tak."
"Kenapa?"
"Sebab awak nampak seksi." jawab aku dengan jujur.
Kau tergelak besar. "Sebab tu je?"
"Sebab awak nampak cool."
Kau tergelak besar sekali lagi.
"That's why?"
"Sebab saya dah memang suka awak...jadi even kalau merokok atau tak...awak tetap nampak seksi dan cool depan saya." jawab aku sambil tersenyum sipu.
Kau tersenyum sambil menatap mataku dengan pandangan yang mendalam.
"Kenapa awak senyum?" tanya aku yang mula terasa segan dengan cara pandangnya.
Kau diam. Sambil menyedut sekali batang rokok Malboro Lights, kau mengukir senyuman kecil di bibir...

"I'm just happy that i found you..." kata kau sambil menghembus keluar asap rokok kau jauh dari wajahku.

Sunday, September 8, 2013

||Pokok Rahsia||

Tahu tak...
Ada satu kepercayaan di zaman purba kala...
Apabila kita ingin menyimpan satu rahsia...
Rahsia yang sungguh berat sekali untuk di simpan...
Mereka yang ingin menyimpan rahsia ini akan mengorek satu lubang di dalam sepohon kayu...
Dan apabila ia sudah di korek...kita bisikkan rahsia itu ke dalam lubang tersebut...
Merepek bukan?

Tapi kadang-kadang...
Dalam hal-hal merepek itulah...
Hati kita mula terhibur...
Hati kita mula terasa ringan...
Hati kita mula rasa senang...

Jadi apa salahnya dengan merepek?
Kalau itu yang boleh buat kita tersenyum...
Kenapa tidak boleh kita beri ianya peluang...

Izinkan daku mengorek satu lubang pada sepohon pokok yang lama...
Dengan harapan biarlah rahsia di hati ini mati bersama dengan pokok tersebut...
Tapi...aku tahu...sekuat mana pun aku cuba menyimpan rahsia tersebut...
Aku tahu..dan kau juga tahu apa rahsia yang sedang ku simpan...
Aku cintakan kau...
Aku sayangkan kau...
Aku masih menunggu kau...
Itulah rahsianya.

||Apa Kau Nak Sebenarnya?||

Di suruh dan di nasihatinya untuk kita move on...
Di suruh dan di nasihatinya untuk kita melupakan si dia...
Di suruh dan di nasihatinya untuk kita cari kekasih yang baru...
Di suruh dan di nasihatinya untuk kita buka buku baru....

Tapi bila kita mahu move on...
Di katanya "eh...cepatnya move on..."
Bila kita mahu lupakan dia...
Di katanya "Aik... senangnya awak lupakan dia..."
Bila kita mahu dan sudah jumpa kekasih yang baru...
Di katanya "Senangnya awak cari penganti..."
Bila kita mahu buka buku baru....
Di katanya pula "Mudahnya awak buka buku baru..."

Ahh...Celaka apa ini!
Di suruhnya bukan main...
Tapi bila dah berlaku...
Bukan main dia berkata itu ini...

Celaka juga manusia yang sebegini....

Apa yang kau nak sebenarnya?

||Tuhan Wanna-Be||

Acah-acah Tuhan...
Itulah kau...
Acah-acah menghakimi...
Itulah jugalah kau...
Acah-acah sempurna...
Itu jugalah kau...

Wahai Tuhan Wannabe...
Sempurnanya kau di mata manusia..
Sempurnanya kau di luar dan di dalam..
Sempurna sungguh hidup kau...

Wahai Tuhan Wannabe...
Apa segala benda yang kau buat tu betul ke?
Apa segala perbuatan yang kau buat tu tepat ke?
Apa segala benda yang aku dan orang lain buat itu salah?
Betulnya kau...

Wahai Tuhan Wannabe...
Kau sibuk suruh orang jadi diri sendiri...
Kau sibuk persetankan mereka yang menghakimi..
Kau sibuk katakan "better be ourselves" di laman sosial...

Tapi...

Kau sedar tak yang kau sendiri menghakimi orang tanpa henti...
Kau sedar tak yang kau sendiri sibuk cuba jadi orang lain...
Kau sedar tak yang kau sendiri tak mahu jadi diri kau sendiri...

Apa yang kau dapat bila jadi Tuhan?
Duit? Populariti? Nama? Pujian??

Kau sibuk menghakimi orang yang kau sendiri tidak kenal..
Tidak pernah berborak, berjumpa, maupun dengar suara...
Jadi dimana logiknya bila kau sibuk kata aku ini dan aku itu...

Duduklah semeja dengan ku, 
Berbual lah dengan aku...
Tak lama aku mintak..
Cukuplah setengah jam...
Masuklah ke dunia aku dan kenali lah aku dalam masa itu...
Ini tidak...
Tak kenal,
Tak jumpa,
Tak pernah berbicara,
Kau sudah "judge" aku...

Tuhannya Kau......

||"Lying Bastard" And "Cheating Backstabbers"||

Apa itu "move on"?
Apa itu "dumped"?
Apa itu "lying bastard?"
Apa itu "cheating backstabbers"?

Apa itu semua bagi kita?
Bagi aku..."lying bastard" tu adalah engkau.
Manakala "cheating backstabbers" tu pula adalah engkau.
Engkau dan engkau, molek sungguh untuk bersama.
Engkau dan engkau memang sesuai sungguh bersama.

Si "Lying bastard" sibuk suruh kita "move on" setelah "dumped" kita..
Setelah berjanji dan mengucapkan kata-kata harapan setinggi langit ke tujuh...
Diberi alasan "kita tidak sesuai bersama" "Saya rasa hambar dengan awak" "Saya tak boleh go dengan awak."
Alasan....
Alasan....
dan alasan....
Alasan yang diberi kau setelah  si "cheating backstabbers" mula beri "lampu hijau" ke kau. Dia yang kau dah lama punya perasan tapi sayang...tak mampu dapatkan.
Tapi setelah kau bersama aku, kau mula dapat perhatiannya...
lalu kau mula memasang impian untuk bersamanya kembali...
kau mula rasa bosan, hambar, rimas dan macam-macam dengan aku...
kenapa dengan secara tiba-tiba, kau mencari segala kesalahan yang ada pada aku...
kenapa kau rasa begitu secara tiba-tiba?
kenapa dengan tiba-tiba kau ingin meninggalkan aku?
biarpun setelah aku cuba dan tidak henti-henti merayu kepada kau...
merayu supaya jangan buat hati aku remuk...
Kau dengan bersungguh-sungguh dan nekad ingin memutuskan hubungan kita...
Nekad tidak mahu berikan peluang untuk aku memperbetulkan kembali apa yang patut dibetulkan...
Kau langsung tidak ingin cuba menyelamatkan hubungan kita...

sebab apa kau nekad? sebab dia...dia dah mula tarik kau...dia yang kau gila-gilakan dari dulu sudah mula menarik kau...


"Kenapa manusia tamak?" tanya kau ketika kita berdua masih menyayangi antara sama lain...
"Kenapa manusia tak pernah menghargai orang yang ada di depan mereka?" tanya kau lagi setelah mengenang kembali peristiwa kekasih lama menipu dan mencurangi kau...
Apa aku jawab?
"Dia tak pernah bersyukur..." "Dia tak sedar yang dia melepaskan orang yang betul-betul sayangkan dia..."
Lalu kau kata "Saya akan sayangkan awak selama-lamanya...janji."
Dan aku senyum bila kau berkata begitu...

Tapi sekarang...siapa sangka kau akan buat perangai seperti kekasih lama kau...
siapa sangka aku akan jadi seperti kau?
siapa sangka kau dan si dia sanggup perlakukan sebegini terhadap aku...

Kau tahu apa yang paling sakit bila ditinggalkan kau dan dipaksa kau sendiri untuk "move on"....lupakan segala-galanya tentang kau.
Dan kau tahu apa yang masih lagi tergiang-giang ditelingaku?

"Saya berdoa..kalau kita tak ada jodoh kat dunia ni...saya berdoa sangat-sangat, yang kita akan bersama di akhirat nanti."

Jadi katakan lah pada aku...bagaimana harus aku cuba lupakan kau?

Bahagia lah tu bila dah dapat dia yang kau gila-gilakan selama ni?
Bahagia lah tu bila perempuan yang kau kejar-kejar kan dulu mula meminati kau juga?
Bahagia lah tu bila kau dah tinggalkan aku untuk pergi ke dia?
Bahagia lah tu bila hari-hari aku merana bila teringatkan kau?

Seronoknya jadi kau...

Dan kau!

Seronok jadi kawan aku dan pada yang sama mengkhianati aku?
Seronok dapatkan bekas aku?
Seronok bercinta dengan lelaki yang pernah dan masih aku sayangkan?
Seronok buat perangai seolah-olah kau tu mangsa dan aku yang "villain"?
Seronok buat kawan sendiri menderita?

Mesti kau tengah bahagia kan?

kepada si "lying bastard" tolonglah fikirkan balik apa yang kau buat dekat aku...
tolonglah ingat kembali janji-janji manis yang pernah kau taburkan dekat aku dan kini sedang taburkan juga kepada si dia...
dan paling penting...tolonglah berhenti menipu. Kau nak menipu aku sampai bila?

dan kepada si "cheating backstabbers"...
aku harap kau berhenti berlakon...
berhenti berpura-pura...
berhenti pentingkan diri sendiri...
berhenti mengkhianti kawan kau sendiri...
berhenti berkata-kata puitis seolah-olah kau menghargai apa itu "cinta sejati"
berhenti dan fikirkan kembali kesalahan kau kepada aku....
dan aku berharap sungguh kepada Tuhan....yang kau takkan bahagia dengan cara keji kau yang begini, wahai kawan...

Jahatkah aku untuk mendoakan kehancuran hubungan kamu berdua?
Jahatkah aku untuk berasa marah dengan apa yang kau berdua dah buat?
Tak... aku rasa apa yang aku buat ni tak salah... dan siapa kata dunia tu adil?
apa adilkah apa yang telah diperlakukan kepada aku sekarang?
tidak bukan...

Jadi marilah kita tengok sampai bila si "Lying Bastard" dan si "Cheating Backstabbers" mampu bertahan...
Biarlah untuk kali ini...aku berlagak seperti seorang "villain" sebab aku dah muak jadi "orang baik" dalam drama kehidupan ni...



Saturday, September 7, 2013

|| Female Fatale: Part 3||

“Saya nak tanya awak sikit, boleh tak?” Tanya Adam semasa dia sedang menghempas-pulas mengepam sinki tersumbat tu.
“Apa dia?”
“Awak tak kerja ke hah?” Tanya Adam sambil memandang Milla yang berada disebelahnya, memerhatikan sinki yang tersumbat itu dengan matanya yang dari tadi tak kelip-kelip.
“Kenapa tanya?” Tanya Milla semula yang masih lagi tidak mengalihkan tumpuannya dari sinki yang tersumbat itu.
 “Yelah, saya pelik je. Sejak awak duduk kat sini… tak pernah saya nampak awak pergi kerja…” ujar Adam.
“Saya memang tak kerja pun.” Jawab Milla dengan ringkas.
Adam terberhenti apabila dia mendengar Milla berkata sebegitu, lalu dia memandang Milla dengan pelik “Kalau awak tak kerja, macam mana pulak awak dapat duit nak bayar duit sewa rumah, beli barang-barang ni semua?” Tanya Adam.
“Dulu saya memang kerja dekat satu company ni…saya macam semua orang, asyik-asyik kerja je. Makan kerja, minum kerja, tidur pun kerja! boleh kata hidup saya ni kerja jelah, tapi bila saya dah kerja je, dah dapat kumpul duit yang banyak, saya pun terfikir…apa nak buat lepas ni? so, saya pun buat keputusan untuk berhenti kerja…jadi, suatu hari tu saya pun masuk ke dalam office bos saya dan cakap kat dia directly “Saya dah penat dan malas lagi nak buat kerja! Saya nak berhenti!” then, saya pun terus keluar dari office dia, dan walk out!” ujar Milla sambil menyusun semula pinggan yang diletak atas kabinet ke tempat asalnya.
Adam terdiam, kagum dengan cerita yang Milla baru sahaja cerita padanya, dia kagum apabila dia dengar Milla cakap yang dia, terus-terang pada bos nya lalu walk out! Apabila Adam memikirkan tentang hal itu, tak mungkin dirinya dapat melakukan perkara tersebut pada bosnya, kerana dia tak ada keyakinan diri yang begitu tinggi.
“Jadi awak terus keluar?” Tanya Adam sekali lagi.
“Yup! Saya terus keluar dan never look back…never!” ujar Milla dengan semangatnya yang tinggi.
Adam tersenyum, dan tangannya masih lagi memenggang pengepam sinki yang dari tadi tak betul-betul.
“Lepas awak berhenti kerja, awak buat apa nak tanggung diri awak?” Tanya Adam yang semakin tertarik dengan kisah hidup.
“Biar saya ingat balik. Ohh... takde apa-apa sangat. Saya banyak travel. Kalau saya takde duit, biasanya saya buat kerja part-time. Kerjalah apa-apa yang boleh bagi saya duit atau tips hari tu jugak. Kadang-kadang tu saya kerja dekat coffee shop, kedai cd… which by the way, paling lama sekali sebab saya suka dengar lagu-lagu rock and kerja dekat sana dapat dengar cd free. Lepas tu, saya pun pernah kerja hantar delivery mail naik basikal, kerja kontrak pun pernah. Pendek kata, kalau saya nak duit hari tu jugak, saya kerjalah.”
“Macam mana awak boleh cari kerja senang sangat?” tanya Adam dengan hairan. Sebab setahu dia, peluang cari kerja dekat Bandar Aerial ni agak susah sikit.
Sambil tersenyum nakal Milla berpeluk tubuh sambil bersandar di tepi sinki, memandang ke atas siling dapur “Saya ada contact. Sebab tu senang. Lagipun saya ada banyak buat kawan bila saya travel. So, let’s just say that i want a job, saya call diorang jelah.”
Adam hanya mengganguk dan meneruskan semula kerjanya. Setelah berhempas pulas mengepam sinki bodoh tu selama 12 minit, akhirnya sinki tu kembali  betul  dalam keadaannya yang asal semula, membuatkan Milla dan Adam tersenyum puas. “Hah!baru betul..huh! penatnya” ujar Adam sambil mengelap peluhnya didahi sambil diperhatikan oleh Milla
“Macam ni lah… apa kata awak pergi masuk tidur dulu, biar saya kemas dapur ni…lagipun awak nak kerja kan esok?” ujar Milla
“Serius ke? Awak sure tak nak saya tolong?” Tanya Adam yang kelihatan prihatin akan Milla.
Milla menggeleng sambul tersenyum “Betul,takpelah.awak pergilah tidur dulu,sikit lagi je ni.” ujar Milla
“Okay…good night!” ucap Adam lalu beredar ke bilik tidurnya.
    Semasa Adam melangkah masuk ke bilik tidurnya, Adam bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia nampak lalu tanpa disedarinya sendiri, dia telah menjerit dan serta-merta membuatkan Milla yang berada di dapur berlari ke bilik tidur Adam sambil membawa kayu penggelek karipap untuk safety precautions…
“Apa dia? Apa dia?! Mana pencuri tu, biar aku pelengkung dia!! Mana dia??!” jerit Milla bertubi-tubi sebaik saja dia sampai di pintu bilik tidur Adam dengan gayanya yang tak sabar nak membelasah orang dengan kayu penggelek karipapnya tu.
“Mana ada pencuri! Ni hah!! Apa dah jadi dengan bilik saya ni??” Tanya Adam sambil menunjukkan biliknya yang dulu macam tapak perkuburan, bertukar menjadi tapak menanam bunga dan pokok. Semuanya hijau!!
“Oh, pasal ni! Erm… Entah.” jawab Milla dengan seringkasnya lalu cuba mengelak dari Adam dengan keluar dari bilik Adam dengan diam-diam.
“Entah?? Macammana pulak awak boleh kata entah? Kenapa bilik saya hijau sangat?” Tanya Adam yang kelihatan benggang apabila dia menarik colar baju Milla semasa dia dalam ‘percubaan melarikan diri’ dari Adam.
“Sorrylah! Lupa nak bagitahu yang saya ter-renovate bilik awak…” ujar Milla sambil memandang ke tempat lain – tak berani nak tengok mata Adam kerana takut dimarahi olehnya.
“Ter?? Macam mana pulak awak boleh ter-renovate bilik saya??”
“Saya syok sendiri, sampaikan tak sedar yang ter-renovate bilik awak… I got carried away! Alah… lagipun okay apa…lawa jugak saya decorate bilik ni… ada bakat tau!” ujar Milla
“Lawa tu memang lawa Milla… tapi kenapa, why… why… hijau??!” ujar Adam.
“Awak tak suka hijau ke?” Tanya Milla sambil memandang Adam dengan pelik.
“Ya… saya tak suka! dan kenapa bilik saya tiba-tiba ada teddy bear?!” Tanya Adam apabila dia ternampak teddy bear yang bernama ‘Ernie’ dari Sesame Street terletak diatas katilnya…
“Oh, Ernie! Awak tak suka dia ke? Kan dia tu comel!” ujar Milla yang seperti kanak-kanak..
  “Peduli apa saya kalau dia comel ke hodoh ke…but why the hell is he in my room?” Tanya Adam yang jelas sekali tidak menyukai Ernie.
“masa saya on the way nak balik tadi, saya singgah kat kedai second-hand ni…tengok-tengoklah barang yang ada kat sana…pastu bagaikan takdir, saya ternampak Ernie, and you wanna know what? Bila saya nampak Ernie, saya nampak awak kat dalam Ernie so, sebab tulah saya beli Ernie.” jawab Milla
“You see me in Ernie? What the hell is that suppose to mean??!” Tanya Adam yang jelas nampak macam kena sakit jantung dan hanya menunggu untuk rebah saja..
“Ernie memang macam awak! Boring, kelakar, smart, pandai, and…cute!” jawab Milla
“Cute? Saya nie cute?” Tanya Adam sambil menunjukkan dirinya sendiri.
“Of course lah awak ni cute… siapa kata awak ni tak cute? You’re cute guy , you know..” ujar Milla sambil mencubit pipi Adam yang putih tu.
Adam hanya menggeleng-gelengkan kepalanya saja…tapi jauh disudut hatinya – sebenarnya dia kembang jugak dengan pujian Milla tadi. Disebabkan Adam sudahpun mengantuk dan dia sendiri rasa tak ada gunanya kalau dia bergaduh lagi dengan Milla, sama ada dia suka atau tidak bilik hijaunya atau –  dia terpaksa sukakan jugak, dia diberi 2 pilihan (dia sendiri yang buat pilihan tu…takde siapa-siapa yang paksa) sama ada dia mahu terima keadaan biliknya yang baru tu dan tidak lupa Ernie…atau dia mahu mengorbankan biliknya itu dan bermalam diatas sofa dan menyakitkan tulang belakangnya apabila dia bangun pada keesokan harinya. Pilihannya…
“Aku benci warna hijau!!” ujar Adam apabila dia sedang cuba sedaya upayanya menutup matanya untuk tidur ketika sedang berbaring diatas katilnya – dimana satu-satunya benda dalam bilik tu, bukan warna hijau…
     Ketika Adam sedang cuba untuk tidur,dalam cahaya kegelapan yang menyelebungi biliknya… mata Adam terpandang patung Ernie yang tersenyum diatas kerusi dan berposisikan sedang duduk. Entah apa yang ada kat patung tue membuatkan bulu roma Adam terus tercacak dan keadaan menjadi seram sejuk saja tiba-tiba. Adam cuba untuk tidak memandanng Ernie dengan memejam matanya serapat yang mungkin, untuk beberapa minit Adam akhirnya membuka matanya dan memandang semula Ernie yang masih tersenyum, dan masih lagi duduk berhadapan dengannya. Adam hampir saja bangun dari tempat tidurnya apabila tiba-tiba satu bunyi yang amat nyaring kedengaran…dan tanpa berlengahkan masanya… Adam terus berlari keluar dari biliknya tanpa memakai apa-apa kecuali…..boxernya yang berwarna pink.
   
      Ayat yang pertama sekali keluar dari mulut Milla sebaik saja dia nampak Adam sedang tidur diatas sofa yang sememangnya hanya muat untuk dua orang saja dan jelas sekali  tak muat untuk Adam yang terang-teranglah badannya tu tinggi lampai tu adalah… “Apa yang awak buat kat sini ni?”
Apabila Adam dengar saja suara Milla, dia pun segera bangun dan melihat sekeliling lalu memandang Milla yang berdiri di depannya sambil memandang Adam dengan wajah yang kehairanan… “Dah pukul berapa sekarang?” Tanya Adam sambil mengosok-gosok matanya yang sembab
“Pukul 6.00 pagi… kenapa awak tidur kat sini?” Tanya Milla yang masih lagi memandang Adam dengan penuh kehairanan.
“Salahkan Ernie awak tu!” jawab Adam dengan nada yang marah dan bengang!
“Ernie? Apa kena mengena dengan dia pulak? dan kenapa awak tidur kat sini tak pakai apa-apa kecuali boxer pink awak?” ujar Milla sambil menunding jarinya ke arah seluar boxer Adam
Adam memandang dirinya sendiri, memang betul kata Milla, dia memang tak pakai apa-apa kecuali boxernya yang warna pink… dengan perasaan yang agak bengang, Adam pun menutup badannya dengan kain selimut yang sememangnya tersedia di tepi sofa.
“So, what’s wrong with you?” Tanya Milla sambil duduk disebelahnya Adam.
“Ernie tu berhantulah!!” jawab Adam dengan sepantas kilat…dan sebaik saja Adam menjawab, dengan sepantas kilat jugaklah tangan Milla menepuk kepala Adam dengan dengan kuat.
“Ouch!” keluh Adam sebaik saja kepalanya ditepuk oleh Milla.
“Kan saya dah cakap! Jangan cakap pasal hantu lagi!Saya takut hantu tau tak??!” ujar Milla
Adam terdiam.
“Saya rasa kan… saya mungkin terletak pil halusinasilah kat dalam mee semalam… jom! pergi jumpa doctor!” ujar Milla lalu menarik tangan Adam membuatkan selimut Adam terjutuh dan…ya! sekali lagi Milla ditayangkan dengan tayangan percuma.
“Awak tak patut nampak tu..” beritahu Adam yang sekarang cuba menahan perasaannya yang bengang tu.
“Saya dah nampak dah pun...” ujar Milla sambil tersengih-sengih.
Adam hanya mengetap giginya kerana sememangnya dia sudah bengang!
“Saya nak masuk bilik sayalah…” beritahu Adam seakan-akan mengajuk .
“Eh! Nanti dulu! Janganlah mengajuk, saya main-main jelah… saya mana ada letak pil dalam makanan awak!” pujuk Milla Langkah Adam terhenti apabila Milla berkata begitu, lalu dia memandang Milla yang mengukir sebuah senyuman yang sangat menawan.
“Meh duduk sini meh!!” ajak Milla sambil mengutip semula selimut dilantai dan dengan perasaan bagaikan mak kepada anaknya, Milla menyelimuti Adam semula…
“Terima kasih..” ucap Adam apabila Milla sedang menyelimutinya.
“Tak apa-apa… small matter je” jawab Milla dengan manisnya.
 “Awak tolonglah ambil balik Ernie tu!” ujar Adam tiba-tiba.
“Kenapa?” Tanya Milla dengan suara yang manja-manja sedikit.
“Ernie tue menakutkan lah… Dia senyum je, meremang bulu roma saya malam tadi.” Ujar Adam sambil mengosok-gosok badanya.
“Oh my god…Awak ni gile lah Adam… tak pernah ke terlintas kat pikiran awak yang Ernie tu hanyalah teddy Bear… T-E-D-D-Y B-E-A-R!! Of course lah dia selalu senyum, sebab pembuat dia jahit dia macam tu!” ujar Milla dengan jelas.
“Tapi, malam tadi ada bunyi kuat sangat…nyaring, sebab tulah saya tidur kat luar ni!” beritahu Adam..
Milla menepuk dahinya sambil membulatkan matanya bagaikan orang yang kalau nak pitam kerana suhu diluar mencapai tahap maksima iaitu 39 darjah celcius
“Did it ever occur to you, yang rumah awak ni dekat…DEKAT dengan stesen kereta api!? Betul lah…cuba awak cakap kat saya, dah berapa lama awak duduk kat sini?!” Tanya Milla.
“8 tahun” jawab Adam dengan selamba.
“8tahun??!...Homaigad!! Saya nak pitam…maafkan saya kalau saya buat ni…”
tak sampai habis Milla menghabiskan ayatnya, tangan Milla terus menerpa menepuk kepala Adam.

“Bahlul!!”