Orang kata dalam bercinta, keserasian amat penting.
Orang kata dalam bercinta, persamaan amat penting.
Kalau Si Lelaki suka A... Perempuan juga harus suka A.
Kalau Si Lelaki suka bola... Perempuan itu juga harus meminati bola.
Kalau Si Lelaki suka kucing... Perempuan itu juga harus menyayangi kucing.
Semuanya sama. Kau tak bosan?
Kini... aku sedang duduk di depan kau.
Kini... kau sedang duduk di depanku..
Masing-masing cuba untuk mengelak dari bertentang mata.
Malu. Segan. Hiks...
Al maklumlah... pertemuan kali pertama.
Kau pesan kopi panas.
Aku pesan Teh O Ais.
Kau pernah bilang yang kau seorang peminat tegar kaffein.
Aku pernah bilang yang aku memang hantu teh.
Kau kata "Teh tak beri apa-apa benefit!"
Aku pula kata "Kopi buat orang mudah jatuh sakit!"
Kau ingat tak? Kita pernah berdebat tentang hal bodoh ini di telefon selama setengah jam.
Berdebat sampai tak sudah sehinggalah kau mula tergelak besar.
Ah... apalah. Benda macam ni pun boleh jadi isu! Kata kau di talian.
Pada mulanya aku mahu marah...tapi...aku juga mula tergelak.
Bangang! carut aku dengan nada yang manja.
Kini. Kopi panas kau sudah pun sampai.
Kini. Teh O Ais aku juga sudah sampai.
Kopi panas di tanganmu. Teh O Ais di jari jemariku.
Kau mula hirup kopi tersebut sebaik saja selesai mengacau air itu.
Jari-jemari ku pula hanya sekadar bermain-main dengan penyedut air aku.
Mataku mula fokus memandang kau.
Kau mula tersedar pandanganku, lalu menjeling.
"Kenapa pandang?"
Aku tersenyum "Saja. Tengah pikirkan sesuatu."
"Apa yang awak pikir?"
Aku tersenyum sipu. "Tentang perbezaan kita."
Kau mula tersenyum kecil. "Akan jadi masalah ke untuk kita nanti?" tanya kau.
Aku terdiam. Berfikir sejenak. Ais di dalam cawan teh o ais aku mula cair. Pandang si dia dengan mata yang...percayalah... kalau aku boleh tangkap gambar mataku, pasti ia bersinar-sinar.
"Hope not." ujar aku dengan ringkas.
Apalah sangat dengan perbezaan antara kau dengan aku.
Jikalau hati sudah berpaut.
Sudah sayang...
Apalah sangat perbezaan yang sekecil semut itu untuk aku dan kau.
No comments:
Post a Comment