Sunday, March 17, 2013

||DiKhianat & DiCelakakan||

Pernah rasa di kecewakan?
Pernah rasa di khianatkan?
Pernah rasa tertipu??

Pernah rasa perasaan itu semua dalam satu masa?

Kalau pernah, pasti kau tahu betapa betapa celakanya perasaan itu bukan...

Tiada siapa di dunia ni yang tidak menginginkan kebahagian..
Kau tanya sajalah pada sesiapa pun, bahkan orang gila sekali pun...
"Kau idamkan kebahagian?" sudah pasti mereka menjawab "Ya! haruslah!"
Tapi pastikah kebahagian itu dapat dicapai dengan sekelip mata...
Mestilah tidak...

Rezeki, ajal, maut, jodoh, kebahagian, kesedihan...itu semua datang dari Tuhan yang Satu, Allah S.W.T...
Sebagai manusia, kita diwajibkan untuk berusaha dan mencari hal-hal yang kita idamkan di dunia ini...

Tiada siapa hatinya tidak luluh apabila hati yang lembut ini di tikam bertubi-tubi dalam keadaan yang ngaib. Kau mungkin tidak dapat melihat dengan anak mata yang kasar, tapi aku? Tikaman tersebut terasa lebih jauh perit dari realitinya...

Kau kata kau ikhlas berkawan dengan aku, kerana Dia..
Kau kata kau ikhlas mengenaliku kerana Dia...
Kau juga kata "apa yang berlaku, adalah kehendak Dia..."
Kata kau "Kalau ini yang Allah dah jadikan, beginilah jadinya."

Begitu senang sekali kau libatkan Dia dalam kebodohan kau wahai si Lelaki Celaka...

Kenapa kau kata, sebegitu?
Kenapa kau 'menyalahkan' Dia atas kesalahan diri kau sendiri..
Kau manusia bukan..
Bukankah setiap manusia di muka bumi ini dikurniakan dengan akal fikiran..
Bukankah engkau mampu memikirkan tentang pilihan...
Bukankah engkau punya pilihan untuk tidak menyakiti hati yang menyayangi engkau ini dengan bersikap jujur...
Tapi mengapa...mengapa kau pilih untuk berdusta lalu mengatakan ini adalah Kehendak Dia??
Ah, celaka...berani kau mempertaruhkan nama Tuhan dalam permainan keji kau...
Betapa hippokrit sungguh diri kau...

Pada ketika ini, 
Kau mungkin sedang berbahagia...
Aku pula merana dan menderita...
Pada ketika ini,
Kau mungkin sedang ketawa bersama si gadis pilihan hati..
Aku pula menangis ditinggalkan kau...
Pada ketika ini,
Kau mungkin sedang tersenyum..
Aku pula sedang bermuram...
Hanya pada ketika ini sajalah...aku mampu memdoakan kebahagian kau...
Tapi...tipulah kalau aku berkata, aku juga mendoakan kejatuhan kau...

Aku tidak semulia Nabi..
Aku tidak seperti Baginda yang mampu memaafkan dan melupakan..
Aku hanyalah seorang manusia..seorang perempuan yang sedang patah hati..
Tipu aku kata, aku tidak terasa dengan apa yang telah kau buat pada hati ini...
Tipu aku kata, aku tidak berdendam terhadap kau...
Tipu aku kata, aku sudah melupakan kau walhal itu tidak benar...

Mula dari hari ni..
Akan ku gelarkan kau si Celaka...
Celaka kerana bertindak sungguh kejam..
Celaka kerana berdusta sedangkan aku pernah merayu kepada kau agar tidak melakukan sedemikian..
Mula dari hari ini..
akan aku sematkan kecelakaan kau dalam hati ini..
Biarlah masa menentukan berapa lama aku ingin menggangap kau sedemikian..
Biarlah hati ini puas memaki,mencaci, menyumpah seranah kau sampai ia puas..
Andai kau tersedak secara tiba-tiba, ketahuilah itu aku yang sedang memaki kau dari jauh...

Andai ada rezeki untuk aku jumpa kau...bukan perkataan 'maaf' yang aku pinta dari bibir mu..
Tapi izinkanlah aku menghadiahkan satu penampar wanita di wajah engkau yang satu ketika dahulu pernah aku mimpikan...




Friday, March 1, 2013

||Dead End||

Assalamualaikum...

Hari ini adalah hari Jumaat, dan pada hari ini... berakhirlah kepenatan dan kelelahan menjalani latihan industri selama 3 bulan di sebuah syarikat tidak kecil dan tidak besar ini... dan pada 4/3 pula..bermulalah perjalanan hidup aku menjalani dunia pekerjaan yang sebenar. InsyaAllah...everything will go on smoothly :)

Every journey has an end to it. My journey at this company sadly will be end today, at 5:30 p.m. Can't wait! tak sabar rasanya nak menikmati hari sabtu aku dirumah, sambil guling di atas katil ditemani si kucing yang bernama Luffy.

Dan..mungkin..mungkin, aku sudah patut mula menyambung semula menyiapkan cerita aku yang terbengkalai sejak sekian lamanya. cerita yang pernah aku hantar di Lejen..dan Alhamdulillah..mereka menerimanya dengan tangan yang terbuka..tapi disebabkan kekosongan idea dan kesibukan ketika belajar...karya aku itu tidak menemui jalan pengakhirannya..

mungkin sudah tiba masanya untuk aku carikan ending untuk cerita itu tapi bagaimana aku ingin berbuat begitu sedangkan endingnya masih kabur di minda. Kalaulah karakter-karakter dalam cerita itu mampu berkata-kata, mungkin sudah lama mereka mencarut dekat aku kerana sehingga sekarang...kisah mereka masih tiada penghujungnya.

cerita yang telah aku usahakan selama bertahun-tahun kini stuck menjadi khazanah dalam laptop. bak kata orang hollywood, "Hell Development" maksudnya karya yang tidak akan dapat melihat sinar camera. capish.

maybe..i need to develop new story line. this one seems to long and to complicated. banyak yang perlu diperbaikikan..banyak yang perlu dipendekkan, dan banyak lagi benda yang aku perlu siapkan.

InsyaAllah..kalau ada rezeki. Adam, Milla dan Slevin akan jumpa jalan pengakhiran mereka. Tapi buat masa sekarang...korang kena bersabar jelah...