Pernah rasa di kecewakan?
Pernah rasa di khianatkan?
Pernah rasa tertipu??
Pernah rasa perasaan itu semua dalam satu masa?
Kalau pernah, pasti kau tahu betapa betapa celakanya perasaan itu bukan...
Tiada siapa di dunia ni yang tidak menginginkan kebahagian..
Kau tanya sajalah pada sesiapa pun, bahkan orang gila sekali pun...
"Kau idamkan kebahagian?" sudah pasti mereka menjawab "Ya! haruslah!"
Tapi pastikah kebahagian itu dapat dicapai dengan sekelip mata...
Mestilah tidak...
Rezeki, ajal, maut, jodoh, kebahagian, kesedihan...itu semua datang dari Tuhan yang Satu, Allah S.W.T...
Sebagai manusia, kita diwajibkan untuk berusaha dan mencari hal-hal yang kita idamkan di dunia ini...
Tiada siapa hatinya tidak luluh apabila hati yang lembut ini di tikam bertubi-tubi dalam keadaan yang ngaib. Kau mungkin tidak dapat melihat dengan anak mata yang kasar, tapi aku? Tikaman tersebut terasa lebih jauh perit dari realitinya...
Kau kata kau ikhlas berkawan dengan aku, kerana Dia..
Kau kata kau ikhlas mengenaliku kerana Dia...
Kau juga kata "apa yang berlaku, adalah kehendak Dia..."
Kata kau "Kalau ini yang Allah dah jadikan, beginilah jadinya."
Begitu senang sekali kau libatkan Dia dalam kebodohan kau wahai si Lelaki Celaka...
Kenapa kau kata, sebegitu?
Kenapa kau 'menyalahkan' Dia atas kesalahan diri kau sendiri..
Kau manusia bukan..
Bukankah setiap manusia di muka bumi ini dikurniakan dengan akal fikiran..
Bukankah engkau mampu memikirkan tentang pilihan...
Bukankah engkau punya pilihan untuk tidak menyakiti hati yang menyayangi engkau ini dengan bersikap jujur...
Tapi mengapa...mengapa kau pilih untuk berdusta lalu mengatakan ini adalah Kehendak Dia??
Ah, celaka...berani kau mempertaruhkan nama Tuhan dalam permainan keji kau...
Betapa hippokrit sungguh diri kau...
Pada ketika ini,
Kau mungkin sedang berbahagia...
Aku pula merana dan menderita...
Pada ketika ini,
Kau mungkin sedang ketawa bersama si gadis pilihan hati..
Aku pula menangis ditinggalkan kau...
Pada ketika ini,
Kau mungkin sedang tersenyum..
Aku pula sedang bermuram...
Hanya pada ketika ini sajalah...aku mampu memdoakan kebahagian kau...
Tapi...tipulah kalau aku berkata, aku juga mendoakan kejatuhan kau...
Aku tidak semulia Nabi..
Aku tidak seperti Baginda yang mampu memaafkan dan melupakan..
Aku hanyalah seorang manusia..seorang perempuan yang sedang patah hati..
Tipu aku kata, aku tidak terasa dengan apa yang telah kau buat pada hati ini...
Tipu aku kata, aku tidak berdendam terhadap kau...
Tipu aku kata, aku sudah melupakan kau walhal itu tidak benar...
Mula dari hari ni..
Akan ku gelarkan kau si Celaka...
Celaka kerana bertindak sungguh kejam..
Celaka kerana berdusta sedangkan aku pernah merayu kepada kau agar tidak melakukan sedemikian..
Mula dari hari ini..
akan aku sematkan kecelakaan kau dalam hati ini..
Biarlah masa menentukan berapa lama aku ingin menggangap kau sedemikian..
Biarlah hati ini puas memaki,mencaci, menyumpah seranah kau sampai ia puas..
Andai kau tersedak secara tiba-tiba, ketahuilah itu aku yang sedang memaki kau dari jauh...
Andai ada rezeki untuk aku jumpa kau...bukan perkataan 'maaf' yang aku pinta dari bibir mu..
Tapi izinkanlah aku menghadiahkan satu penampar wanita di wajah engkau yang satu ketika dahulu pernah aku mimpikan...
apekah maksud dia nak kemaskan rumah tue... dia penyamun heh... koh koh koh
ReplyDeleteerrr..part mana yg kabor nak kemas rumah tu aujiz?? :(
Delete