Monday, July 22, 2013

||The Fallen Star||

Bumi bagaikan pentas, dan manusia adalah pelakon-pelakon yang mewarnai kehidupan di bumi ini. Manusia dijadikan dari tanah, lalu ditiupkan roh oleh Tuhan dan kemudian di turunkan ke bumi ini untuk satu hari nanti mereka kembali semula ke syurga Allah. Sama ada destinasi terakhir mereka ke syurga atau neraka, itu terpulang kepada diri mereka dan pahala serta amalan yang mereka kumpulkan ketika hidup. Banyak pahala dan amalan, syurga lah jawabnya. Kurang pahala banyak dosa, neraka lah jawabnya. Semua itu akan dihakimi dengan secara adil ketika tibanya Malaikat Israfil meniup sangkakala-Nya lalu mematikan segala mahluk yang mendiami bumi ini. Dan pada hari itulah, manusia ini akan berkumpul di Padang Masyar secara beramai-ramai lalu mereka akan di adili dengan saksama. Sama ada tempat terakhir mereka di syurga ataupun neraka, itu terletak kepada amalan mereka ketika hidup.
Aku pernah mendiami syurga. Untuk berjuta-juta tahun yang lalu, aku pernah bersama dengan mahluk-mahluk syurga yang lain. Aku pernah menikmati segala kesenangan dan kemudahan di syurga, malah aku juga berada di tempat yang paling tertinggi ketika di sana. Kehidupanku ketika di syurga penuh dengan amalan ibadahku yang teramat lamanya dan di antara mahluk-mahluk Tuhan yang lain, amalan ibadahku lah yang paling tinggi. Ini kerana diciptakan hanya untuk menyembahnya dan tiada apa yang lebih mengembirakanku selain mengembirakanNya. Tapi, tiada benda yang akan kekal selama-lamanya. Kebahagian aku hanya mampu tinggal sementara saja, ini kerana takdir serta masa hadapanku sudahpun dirancang oleh penciptaku. Dia telah mentakdirkan bahawa aku akan sesat, aku akan melawannya, memusuhinya sehingga ke akhir dunia. Namun aku masih lagi tidak mengetahui tentang hal itu sehinggalah Dia mencipta mahluknya yang terbaru. Manusia.
Aku tidak mengerti kenapa harus Dia mencipta mahluk yang namanya Manusia ini. Mereka diciptakan dari tanah dan debu. Tidak kah itu menunjukkan bahawa mereka mahluk bawahan. Mereka lemah, jijik, kotor dan kewujudan mereka hanya akan merosakkan bumi ini.
Entah mengapa aku tidak boleh menerima kewujudan manusia pertama yang bernama Adam ini. Aku berkeras dengan pendirianku untuk tidak menyembahnya. Mengapa aku? Mahluk ciptaan Dia yang dijadikan api, perlu menyembah kepada manusia yang hanya di jadikan dari tanah dan debu sedangkan Dia, aku, dan yang lain-lain adalah lebih berkuasa dari mereka.
Dan disebabkan satu kesalahan, aku dibuang, dihalau, dilaknat oleh Dia. Hanya kerana aku enggan menerima ciptaanNya. Segala amal ibadah yang telah ku lakukan selama berpuluh ribu tahun hilang, lenyap dengan begitu saja. Hanya kerana aku enggan menyembah mahluk yang bernama manusia ini. Ya, aku marah... aku kecewa, terasa dikhianat, terasa dibuang... bagaimana aku tidak merasai semua itu sedangkan selama ini aku hidup hanya untukNya. Hidupku, matiku, cintaku hanya untuk Dia yang menciptaku dari api ini. Tapi dek kerana kasihNya terhadap manusia, aku dibuang oleh kerajaanNya.
Tapi sebelum berlakunya itu semua, aku telah memintaNya sesuatu. Sesuatu yang bakal mengubah nasib manusia di muka bumi ini. aku telah berdoa dan memohon agar kewujudan aku bersifat selama-lamanya di bumi, aku tidak hidup dan tidak mati. Kewujudan aku hanya wujud untuk menyesatkan mahlukNya yang berharga itu. Aku telah bersumpah akan hancurkan manusia ini sehinggalah ke hari kiamat. Aku akan cuba dan terus mencuba serta tidak akan mengalah sehinggalah mahluk ini akan terus lupa kepadaNya.
Dan sehingga kini, aku masih lagi dengan perjuanganku...
Dari jauh, aku hanya memerhatikan saja lelaki yang bernama Adam ini. Adam... suatu masa dahulu, nama ini lah yang telah menyusahkan aku serta keturunanku. Aku benci dengan nama ini...tidak. Bukan saja nama ini, aku benci seluruh umat manusia. Sampai sekarang, aku masih lagi tidak boleh menerima kewujudan mereka di bumi ini. Mereka tidak layak untuk hidup. Beribadah? Hmph...ambil saja contoh lelaki yang bernama Adam ini. Separuh daripada hayatnya, dia tidak pernah melabuhkan lututnya di atas kain sejadah, apatah lagi mengaji.
Manusia seperti dia amat memalukan tapi manusia seperti inilah yang selalu menghiburkan hatiku serta menjadi temanku. Dirinya yang tidak beragama, leka, jahil memuaskan hatiku yang selalu mendambakan manusia seperti Adam ini. Malah bukan dia saja, ada ramai lagi manusia-manusia yang masih jahil, enggan menerima Dia didalam hidup mereka tapi aku?? Aku diterima dan dijemput dengan tangan yang terbuka. Dengan berzina, meminum arak, berdansa dikhalayak ramai, menyanyi sambil menayang aurat serta tubuh badan mereka, mereka dengan secara tidak sedar memasuki ke dalam jeratku. Lebih seronok, ada diantara manusia-manusia seperti ini sedar apa yang mereka lakukan salah, tetapi mereka enggap menolaknya, menolak aku dari kehidupan mereka. Macam Adam.
Ayahnya seorang lelaki yang kuat agama. Dia bukan saja orang yang beragama, malah dia adalah seorang ustaz yang popular di negara yang bernama Malaysia. Di negara ini, majoriti adalah penganut Islam, pengikut Muhammad, dan umat Dia. Di sini adalah tempat kegemaranku, bukan Mesir, bukan Nigeria, bukan Mekah, malah bukan Amerika. Tapi Malaysia. Di sini, aku dapat melihat dan menyaksikan bahawa cepatnya runtuh ahlak-ahlak manusia yang dikatakan begitu cerdik sekali.
Cerdik lah sangat...aku hanya mampu mentertawakan Dia. Islam mungkin agama rasmi dinegara ini, tapi ia bukan agama rasmi rakyatnya. Hanya dengan satu bisikan, aku mampu membuatkan ramai manusia disini lupa akan tanggungjawabnya untuk beribadah. Dengan dua bisikan, aku mampu membuatkan ramai golongan muda berzina di antara satu sama lain. Bayangkan berapa banyak aku perlu membisikkan pengaruhku untuk membuatkan manusia di negara ini keluar dari agamanya.
Balik kepada Adam, seperti yang telah kukatakan ayahnya seorang tokoh ustaz yang terkenal. Dia dikenali kerana keperibadiannya berdakwah dengan orang dengan cara yang sangat lembut, menyampaikan ilmu-ilmu agama seperti mana seorang khalifah wajib lakukan. Aku benci lelaki ini. Setiap kata-katanya yang diambil dari surah Al-Quran bagaikan kaca yang menikamku pada setiap saat. Aku mungkin tidak dapat menyesatkannya kerana ilmu dan imannya. Tapi aku berjaya menerobosi anak lelaki sulungnya iaitu Adam.
Dari kecil lagi, lelaki ini telah menjadi ‘anak’ kesayanganku. Aku dapat lihat begitu banyak sekali potensi dari lelaki ini. Jadi aku ‘menaruh’ harapanku kepadanya. Berharap yang dia tidak akan mengikut jejak langkah ayah dan ibunya. Berharap dia sesat jauh ke dalam dunia aku dan bukan duniaNya. Adam bagaikan saham pelaburan bagiku. Aku melabur untuknya dari usia yang kecil, dan sehinggalah dia remaja. Aku masih berlabur.
Aku mula mengenali Adam apabila di saat dia lahir, ketika ayahnya yang beragama itu ingin mengazankan kalimah Allah ditelinganya, dia melawan dan dari saat itu. Aku telah bersama dengannya. Dia mungkin manusia yang lemah, tapi dimataku dia adalah jaguh. Jaguh kerana dia melawan arus dunia, arus kehendak ibu bapanya, dan yang paling penting. Melawan Dia. Bagi aku itu sudah mencukupi untuk mendapat dihatiku yang kotor ini.
Apa saja yang lelaki ini tidak pernah buat, berzina? Sudah banyak kali dia berzina. Kadang-kadang aku tidak perlu membisik kepadanya, dia sudahpun berbuat begitu hanya kerana dia mengikuti naluri hatinya. Meneguk arak? Arak bagaikan air mineral untuknya? Merompak? Sudah. Merasuah? Sudah. Menindas mereka yang susah? Sudah. Melawan kata-kata ibu bapanya? Chek! Dan seburuk-buruk lelaki ini, ada satu saja yang dia masih belum laksanakan dan aku akan bersumpah dia pasti akan lakukan. Keluar dari agamanya. Inilah  yang aku tunggu dan harapkan dari ‘teman baikku’. Tiada apa yang lebih memuaskan dari menjadi saksi kepada seorang manusia mengambil sumpah untuk keluar dari agama yang telah diturunkanNya.
Kini aku masih mencari jalan dan idea untuk membuatkan dia tuju ke destinasi yang kesitu tapi buat masa ini, aku perlu bersabar. Masa itu akan tiba, dan apabila ia datang. Aku tidak akan melepaskan peluang tersebut. Untuk itu, aku harus terus memerhatikan Adam tanpa putus.
“Cibai! Bapak aku dah cancelkan aku punya credit card lah sial!” ujar Adam kepada rakan-rakannya sebaik saja dia melabuhkan punggungnya diatas sofa empuk, botol bir di tangan kirinya.
“HAHAHAAHHA! PADAN DENGAN MUKA LU LAH! Siapa suruh lu tak ikut jadi pak imam macam bapak kau!” ejek rakannya sambil menghembuskan asap rokok ke mukanya Adam. Dia hanya mencebik dan menunjukkan jari tengah kepada kawannya itu. Disisinya, terdapat seorang wanita yang berbadan montok, putih gebu, berambut panjang sedang menggesel-geselkan buah dadanya di tubuh badan Adam. Dia hanya mampu tersenyum kambing dan menerima geseran itu dengan hati yang terbuka.
“Habis, kalau kau dah tak ada duit, macam mana kau nak hidup beb?” tanya salah seorang rakannya lagi yang asyik memerhatikan seorang gadis menari terhuyung hayang dihadapannya.
Adam mendengus “Duit ada kat mana-mana bro! Tepi jalan pun ada. Kedai pun ada, gua tunjuk parang, duit secepuk gua boleh dapat. Perempuan pun gua boleh dapat ye dak!” beritahu Adam sambil mengenyitkan matanya kepada gadis yang sedang menari-nari itu. Wanita yang berdada besar disisinya ternampak, lalu dia dengan manja mencubit dada Adam dengan lembut “Gataalnyaaa!” ngomel wanita itu. Adam hanya mampu ketawa terkekek-kekek. Dia meramas pinggul wanita itu lalu menghadiahkannya satu gigitan manja di tengkuknya. Wanita tersebut menjerit manja dan sesekali itu dia akan mengerang. Bukan kerana sakit tetapi mula rasa basah apabila jari jemari Adam mula meramas buah dadanya yang bersaiz 34D itu.
“Sayang...tak mau lah kat sini!” ujar wanita itu apabila jari jemari Adam mula menyelinap masuk ke dalam skirt wanita itu.
“hahahaha...apa salahnya kalau kat sini pun. Boleh gua tengok!”
“Babi kau!” ejek Adam sambil membaling tin bir yang kosong kepada rakannya. Wanita itu hanya tergelak-gelak saja apabila di usik sebegitu.
“Yang...jom lah! Masuk bilik jom..” ajak wanita itu sambil bangun lalu menarik tangan Adam mengikutinya.
“hahaha! Okay.okay. jom..dah! gua malas nak layan lu orang! Gua nak masuk bilik, gua nak tibai awek ni.” ujar Adam dengan begitu bangga sekali.
“hahahhah! Have fun lah! Nanti bapak lu serbu rumah ni dengan Jais, mampu kau Adam!” gurau rakannya sambil memerhatikan Adam meramas pinggul montok teman wanitanya dengan penuh gelojoh.
Adam hanya mengendahkan ejekkan rakannya dan terus masuk ke bilik tidur sambil ditemani wanita yang baru saja dia kenal 2 jam yang lalu ketika mereka di kelab malam tadi.
Pagi keesokkan harinya, Adam bangun dengan pening di kepala yang teramat. Semuanya akibat dari terlalu banyak minum. Di sebelahnya, ada seorang wanita yang bogel sedang terbaring terbongkang di atas katil. Adam mengambil sedikit masa untuk mengingati siapa perempuan ini dan untuk berapa saat dia gagal mengingati nama wanita ini, tetapi dia ingat yang dia berjumpa dengan wanita ini malam semalam ketika dia dan rakan-rakannya sedang berkunjung ke kelab malam. Wanita tersebut kelihatan begitu lena sekali, berombak-ombak buah dadanya naik turun, naik turun mengikut hembusan nafasnya yang perlahan itu. Adam hanya perhatikan saja. Begitu juga aku yang setia disisinya.
Aku tidak pernah membantah dengan segala benda yang Adam buat. Sama ada ia terjadi akibat dari pengaruh aku atau tidak. Aku berpuas hati dengan dirinya. Bukan segala benda di dunia ini, terjadi akibat terpengaruh dengan bisikan ku. Ada kala ia berlaku kerana keinginan manusia itu sendiri. Mereka terlalu mengikut perasaan, mengikut kata hati mereka dan akhirnya mereka sendiri yang kecundang dan pada saat itulah mereka menyalahkan aku serta keturunanku.
Kami tidak marah, ataupun mengeluh apabila dipersalahkan atas kesilapan yang manusia tersebut telah lakukan malah aku bangga dengan hal itu kerana tanpa bisikan atau pengaruh dari kami, mahluk ini mampu melakukan dosa dengan sesuka hati dan untuk itu mengapa aku perlu marah.
Adam mula bangun dari katil lalu mencari-cari seluar untuk disarungkan ke tubuh badannya yang bogel itu. selesai memakai seluar, dia terus keluar dari bilik meninggalkan teman wanitanya lalu tuju ke ruang tamu yang penuh dengan tin-tin kosong bir serta rakan-rakannya sedang terbongkang tidur di atas sofa dan lantai bersama dengan teman ‘sepermainan’ mereka di sisi. Adam terdiam seketika. Dirinya kelihatan blur sekejap, pikirannya masih kosong. Masih samar-samar dengan apa yang sedang berlaku.
Dia cuba mengumpul semula pikirannya dengan mengambil sebatang rokok dari atas meja lalu menghidupkan batang rokok itu dengan pemetik api yang dia jumpa bersepah di atas lantai. Selesai membakar, dia menghirup asap rokok tersebut dengan sedalam-dalamnya. Sedikit demi sedikit, pikirannya mula beransur pulih.
 Dia mula ingat apa yang terjadi semalam dan seperti biasa. Malamnya hanya penuh dengan parti dan parti. Tiada apa yang berubah. Dia mungkin bosan dengan cara hidupnya tapi dia selesa. Selesa hidup begini. Selesa mengikut kata hatinya sendiri dan tidak mengikut kata ibu bapanya. Selesa menjadi seseorang yang tiada komitmen dalam hidup. Ya. Dia lebih selesa hidup begini. Pikirnya sambil menghembus keluar asap rokok dari tubuh badannya.

“Kau ni bila nak berubah Adam!? Abah tengok kau semakin hari semakin teruk perangai!” marahnya ayahnya ketika dia pulang ke rumah untuk meminta duit dari orang tuanya.
“Dengar cakap abah tak nak! Duit kau nak aje! Kau ingat aku ni apa? Bank kau?” bebel ayahnya lagi. Adam hanya buat tidak tahu. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan, manusia kata.
“Kau kalau balik, bukan sebab nak mintak duit. Memang tak sah. Duit! Duit! Duit! Itu jelah yang kau kejar-kejarkan. Kerja tak mahu! Duit kau nak aje!” marah ayahnya lagi.
“Eh kau ni bisinglah! Kau nak bagi ke tak aku duit ni? yang kau pandai-pandai cancelkan kredit kad aku buat apa! Memang lah aku mintak duit kau!” jawab Adam dengan begitu berani. Aku hanya mampu tersengih lebar apabila melihatnya melawan kata-kata ayahnya. Aku juga hanya mampu ketawa terbahak-bahak ketika melihat ayahnya menampar muka Adam yang kacak itu dengan sekuat hatinya. Tiada apa yang lebih membahagiakan hati ini selain menyaksikan perbalahan berlaku di dalam sesebuah keluarga. Ayah pukul anak, anak pukul ayah. Anak bunuh ibu, ibu bunuh anak. Begitu senang sekali manusia-manusia ini hilang ahlak serta akidah mereka dalam sesuatu perkara.
Ini ke mahluk yang Engkau bangga-banggakan sangat ketika Engkau menciptanya? Adakah ini mahluk yang Engkau kata mulia apabila kau menyuruh aku dan malaikat-malaikat yang lain menyembahnya? Apa yang berlaku dihadapanku, sudah ternyata dengan jelas bahawa mahluk yang bernama manusia ini lemah pegangan hidup mereka. Ya, meraka menyembah Engkau. Tapi adakah menerima Engkau sebanyak mana mereka menerima aku ke dalam kehidupan mereka di dunia ini. Adam dan ayahnya mula berbalas tumbukan sehinggalah ibunya yang lengkap bertudung labuh, berbaju labuh mula masuk campur dan berusaha sedaya upayanya untuk menghentikan perbalahan antara si anak dan si ayah ini. Dan kerana terlalu mengikut kata hati, Adam dengan secara tidak sengaja telah menolak ibunya dengan kuat sehingga ibunya terhentak kepalanya di atas bucu tangga sehinggalah kepalanya mula berdarah.
Dengan sekelip mata, si ayah dan si anak berhenti berbalas tumbukan dan tamparan dan mereka kini hanya kaku di tempat masing-masing. Tiada siapa di antara meraka bergerak di saat perkara itu terjadi. Si ayah mula sedar apa yang telah berlaku, cepat-cepat memangku kepala si isteri ke pehanya. Tangannya mula berlumuran dengan darah. Suaranya mula meninggi, meminta tolong, merayu Adam untuk mendial nombor telefon ambulans. Sebaliknya Adam hanya berdiri tercegat di situ, kaku.
Dia seakan-akan tidak sedar dengan apa yang sedang berlaku. Dia melihat tubuh badan ibunya yang kaku di pangkuan ayahnya,lalu dia melihat tangan yang baru saja menolak ibu yang telah menggandungkannya selama sembilan bulan dan lapan belas hari itu. Dia tak dapat percaya, tangan yang ibunya pernah sapukan ubat ketika dia terluka akibat terkena paku suatu masa dahulu kini menjadi tangan yang telah mendekatkan ibunya ke akhir hayatnya.
“Adam! Ya Allah! Apa yang kau dah buat ni???!!! apa yang kau dah buat kat mak kau ni!!” marah ayahnya sudah teresak-esak menangis sambil memangku kepala isterinya dengan penuh hati-hati.
“Ada.. Adam.. Adam tak sengaja..aku tak sengaja.” Jawab Adam sambil terketar-ketar.
Ayahnya mengendahkannya kerana sibuk cuba menggangkat tubuh badan si isteri dan membawanya masuk ke kereta. Dia tahu, menunggu ambulans untuk sampai adalah satu perkara yang bodoh. Ayah menghiraukan kehadiran Adam yang mula panik dan bergetar seluruh badan kerana mengenangkan kembali apa yang telah terjadi, dia bimbang jika dia telah baru saja membunuh ibunya. Selesai saja membawa si isteri masuk ke kereta, si ayah cepat-cepat masuk  ke dalam rumah kembali untuk mengambil kunci kereta.
“Abah! Abah! Adam mintak maaf bah! Adam tak sengaja nak buat macam tu kat mak! Ampunkan Adam bah!” pinta Adam berkali-kali sambil berlutut di kaki ayahnya. Aku terkesima. Apa yang telah terjadi. Mengapa Adam berbuat begitu? Insafkah dia? Oh tidak. Ini bukan perkara yang bagus. Aku perlu lakukan sesuatu dengan segera.
Ayahnya terhenti. Sebak mendengar keampunan anak lelakinya itu. ini lah masa aku! “kau nak maafkan dia Man..dia dah buat macam tu kat isteri kau, mak dia.. kau nak maafkan dia dengan senang-senang je. Bodoh kau Man, kalau kau buat begitu.” Bisik aku ditelinganya. Aku takkan lepas Adam dengan semudah itu. Ayahnya mungkin orang yang kuat agama, kuat iman dan akidah tetapi dia tetap seorang manusia dan manusia itu mahluk yang lemah. Sekuat mana pun imannya, jikalau dia dilanda api kemarahan dan kesedihan, iman dan akidah sekuat mana pun tidak akan mampu menolak kepada bisikanku.
“Adam... Abah nak bila, aku balik nanti. Aku tak mahu tengok muka kau lagi. Dan kalau terjadi apa-apa kat mak kau Adam. Kau jangan harap abah nak ampunkan kau!” beritahu ayahnya sambil mengalirkan air mata marah bercampur sedih lalu dia terus meninggalkan Adam di rumah. Ya! Misi aku berjaya. Tidak perlu berbisik sekuat mana, api kemarahan saja sudah boleh membuatkan seorang manusia itu lupa akan erti kemaafan, tidak kiralah ia datang dari seorang anak.
            Muka Adam mula penuh dengan air mata yang berderaian... dia sedih, kecewa, marah, takut apabila mengenangkan kembali kata-kata ayahnya dan keadaan ibunya. Dan di saat itu, matanya terpandang sebilah pisau di dapur. Dia menghampiri pisau itu dan dia memandang pisau itu dengan pandangan yang begitu tajam. Aku tersenyum nakal. Bukankah ini adalah peluang terbaik untuk aku rebuti. Bukankah ini adalah peluang untuk aku gunakan dengan sebaiknya dan sebelum Adam dipengaruhi dengan kata-kata azimat dari mahlukNya yang setia itu, baik aku mulakan langkahku terlebih dahulu.
“kau patut mati Adam. Kau dah bunuh mak kau, bapak kau pun dah tak terima kau lagi. Untuk apa kau hidup Adam. Kau hanya menyusahkan keluarga kau saja...”  Bisik aku ditelinganya.
“Tak...aku bukan sengaja nak buat mak macam tu. Tu semua accident. Abah just cakap macam tu sebab dia tengah marah!” secara automatik, Adam mula memberi respons terhadap kata-kataku.
“Kau pasti ke yang kau tak sengaja buat macam tu dekat mak kau? Mana kau tahu abah hanya berkata sebegitu hanya disebabkan dia marah. Pasti dia sedang marah dan kecewa dengan kau! Kau baru saja bunuh isteri dia dan yang juga mak kau!”
“TAK! Aku tak sengaja! Aku bukan nak bunuh mak. aku just nak duit! Abah yang taknak kasi!” jawab Adam yang mula meninggikan suaranya biarpun dia sedang bercakap dengan dirinya sendiri.
“HAHAHHAHA! Sedarlah diri Adam. Mak kau dah tak ada. Abah kau pun dah tak terima kau... kau patut mampus Adam. Mampus saja lagi senang. Kalau kau hidup, kau pasti akan ditangkap dan dipenjarakan. Kalau kau mampus, kau bebas! Bebas dari cengkaman dunia ini.”
Adam terdiam. Dia berfikir sejenak. Mula menimbangkan kata-kata aku... tangannya mula mengambil pisau di atas meja, dipenggang dengan erat “Betul jugak tu. Kalau mak mati, abah mesti pergi buat report polis. Mesti polis akan tangkap dan penjarakan aku. Aku...aku tak nak kena tangkap! Aku tak nak masuk penjara!” ujar Adam dengan sekeras hati. pisau yang dipenggang mula di hayun-hayunkan seakan-seakan sedang mengertak seseorang sedangkan dia bersendirian di rumah.
“Ya betul tu! Cuba kau bayangkan kalau kau masuk penjara nanti. Semua kawan-kawan kau tak mahu berkawan dengan kau. Tiada lagi wanita yang mahukan kau. Kau tiada sesiapa lagi Adam. Semua orang di dunia telah abaikan kau. Baik saja kau mati Adam. Baik saja kau bebaskan diri dari semua ini.”
“Ya...mungkin ada betul tu. Mungkin lebih baik baik aku mati. Mak pun dah tak ada. Abah pun dah bencikan aku. Kawan-kawan yang ada pun hanya ada apabila mereka memerlukan aku. Tiada guna aku hidup di dunia ni hanya semata-mata untuk orang gunakan...” luah Adam secara tiba-tiba. Pisau yang dipenggang semakin erat di tangan. Hati aku semakin membuak-buak keriangan...
“Bebaskan diri kau Adam! Bebaskan diri kau dari sialan ini semua!” sorak aku dengan sekuat hati di telinganya.
“Maafkan Adam mak.....”

Dan dengan hati yang berdebar...aku telah menyaksikannya. Aku telah menyaksikan kejadian seorang manusia yang telah meragut dua nyawa termasuk nyawanya sendiri dalam satu hari, selang beberapa minit. Dengan sekelip mata, Adam telah menamatkan riwayatnya dengan mengelar urat kedua-dua tangannya dengan hati yang rela dan dengan itu, dia telah secara rasminya terkeluar dari agamanya dan kini, rohnya tidak akan diterima bumi mahupun dosanya akan di ampun ketika pada hari pengadilan nanti. Tempat yang dia layak untuk berada adalah neraka saja. Katakan selamat tinggal kepada syurga Adam dan katakan lah selamat kepada rumah baru kau iaitu neraka.
 Betapa mudahnya kerja aku di bumi ini, kehadiran aku di muka bumi ini masih wujud hanya kerana untuk menyesatkan manusia dari jalan yang benar. Aku diberikan kebebasan untuk menodai siapa saja yang aku mahukan dan aku diberikan hak untuk menyesatkan mahluk ini jauh dari penciptaNya. Aku mungkin adalah salah satu mahlukNya yang dicipta dari api. Aku mungkin pernah menjadi pengikutnya yang paling setia dan aku mungkin pernah menyembahNya suatu ketika dahulu. Tapi apa yang telah terjadi sudah pun tertulis di Loh Mahfuz...aku adalah satu-satu mahluk ciptaannya yang akan cuba membawa kesesatan kepada manusia sehinggalah ke hari kiamat, dan aku tidak aku pernah berhenti dari melakukan perkara tersebut sehinggalah nyawaku tamat. Aku akan tetap berada di bumi ini untuk memastikan mahluk ciptaanNya yang sungguh berharga ini akan terus melupakanNya dan aku akan menjadi saksi utama kepada kehancuran umat manusia di bumi ini.
Panggillah aku Syaitan, panggillah aku jin, iblis, dajjal mahupun Azazil...aku lah mahluk ciptaan Tuhan yang dijadikan dari api dan aku akan terus mendampingi manusia dan menyaksikan kehancuran yang kau bawa ke bumi ini.

No comments:

Post a Comment