Sunday, April 6, 2014

|| Nur ||

12:07 pagi.

"Yang...yang..." Aku tersedar dari ulitan mimpi saat terdengar suara dari Nur disebelah. 
"Hmm..." Jawab aku dengan malas tanpa memandangnya. Mata masih tertutup. Badan membelakanginya.
"Yang..." Panggilnya lagi. Kali ini dia menyentuh bahuku lalu mengongcangnya dengan lembut. Serta merta mataku terbuka saat tangannya yang sejuk itu menyentuh bahuku.
"Apa apa Nur?" Tanya ku dengan lembut.
Mata Nur tampak panik. Risau. Wajahnya pucat lesi apabila dia memberitahuku, dia terdengar sesuatu di tingkat bawah di rumah kami. 
Aku mengeluh panjang "Tak ada apa-apa yang. Kucing je tu kot." Kataku dengan tenang.
"Tak yang. Nur pasti tu bukan bunyi dari kucing. Abang tolong lah pergi tengokkan." Rayu Nur. Dan seperti biasa, aku mengeluh. Nur terperasan keluhanku. Dia terdiam.
"Kalau abang taknak pergi tengok. Biar Nur je pergi!" Rungutnya lalu terus bingkas bangun dari katil. Aku tidak berkata apa-apa kecuali perhatikan saja Nur sehingga dia hilang dari pandangan ku. 

Dan seperti biasa, tak berapa selepas itu. Bunyi satu jeritan yang kuat terdengar. Aku bingkas bangun dan berlari turun ke bawah. Tiba di tangga, aku terdiam kaku. Tidak jauh dari ku, tubuh badan Nur terbaring di dalam lautan darahnya sendiri. Lehernya sudah dikelar. Matanya terbuka luas, memandangku. 
Dia berkata "Tengok. Kan Nur dah kata. Ada orang pecah masuk. Abang taknak dengar. Tengok apa dah jadi..."

Dan tanpa berkata apa-apa, aku terduduk di anak tangga. Menangis. Meraung mengenang kembali kesalahan aku. Kesalahan yang terlalu berat sehingga roh arwah isteriku tidak henti-henti mengejutku setiap malam sejak dia dibunuh 2 tahun yang lalu. 

No comments:

Post a Comment